Pages

17 Jun 2008

MB Selangor : antara ‘buang duit’ VS 'buang masa’

Jika Nik Aziz tidak bercadang mengharamkan Islam Hadhari di negerinya selepas Dr Asri berkata Islam hadhari mengelirukan kita, hari ini muncul Juara Babi Selangor iaitu MB Tan Sri Khalid Ibrahim mengatakan ia membuang masa.( berita sini )

Maknanya penat lelah barisan agamawan dan pemikir Islam menubuhkan serta memperkenalkan Islam Hadhari ini sebagai sia sia? Adakah ia sangat jelek dari BABI sehingga BABI yang tidak dirangka oleh Pakatan Rakyat ( kerana hasil cadangan zaman BN ) tetap diteruskan dan Islam Hadhari dari BN juga diharamkan dari dilaksana di sana ?

Apakah konsert Masd Idayu dan Ella tidak ada apa masalah hingga mereka dibenarkan menyanyi dan pada masa yang sama semua ustaz dan ustazah penceramah Islam Hahdari disekat di sana ?

Adakah itu pandangan MB Selangor yang baru sahaja memerintah 100 hari selepas Selangor dipegang BN selama 50 tahun sebelum ini ?

Jika tidak mahukan Islam Hadhari sekalipun, Selangor tidak perlu menghadkan pergerakan aktivit mempromosi Islam hadhari kerana ia khusus bagi membangkitkan umat Islam. Bukan untuk mewujudkan jurang antara agama di negara kita.

Islam Hadhari tidak ubah seperti pakaian baru yang menampilkan imej baru di tubuh badan yang sama..

Akhirnya. MB Selangor Khalid Ibrahim memilih untuk ‘buang duit ‘ dengan menjemput Ella dan Mas Idayu dari memberi kerjasama kepada Islam Hadhari yang disifatkan sebagai ‘buang masa’…

Itulah pemikiran MB Selangor dan itulah rasional beliau menolak Islam Hadhari di Selangor meskipun tidak sedar ia juga bermakna mengatakan hasil penat jerih ulama kita menghasilkannya sebagai satu ‘aktivit buang masa’…

La haulawala Quwwata Illa Billah !

3 ulasan:

  1. Tuan Pang5 Perang,

    Kalau zaman perang, muka-muka PR kita tembak awal2. sebab mereka boleh dikategori sebagai pengkhianat negara

    BalasPadam
  2. Bab Islam hadhari ini saya dah berbincang berbuih2 dengan teman-teman sekerja, dengan ustaz-ustaz serta yang arif bab agama.Secara amnya ianya memang baik perlaksanaannya juga baik malah dalam satu blog yang ditulis oleh prof madya dr Uitm Johor menganalisa betapa baik dan bagusnya Islam Hadari.Persoalaannya perkataan "Islam Hadhari" itu yang menjadi masayarakat keliru kerana kita dibiasakan dengan perkataan "Islam al sunnah jumaah" menurut Islam juga jika adat itu dilakukan tidak bertentang dgn syarak maka apa yang dilakukan oleh adat hendaklah diutamakan. Saya faham kita hendak melakukan atau melaksanakan Islam itu cara hadhari agar lebih indah tetapi mengubah perkataan Islam ke Islam hadhari itu yang menyebabkan lahirnya fitnah terhadap Islam itu sendiri. Kerana itu tidak heranlah ada negeri yang menolak konsep Islam Hadhari..sekian sekadar pendapat dari saya jer..

    BalasPadam
  3. Kalau konsert Mas edayu, Ella dan artis-artis tu memang jelaslah HARAM.
    Dah nama Melayu tak habis-habis nak berhibur. Pelik.. pelik.. dalam kes ini sepatutnya MB Selangor kena berkeras untuk mengharamkan konsert syaitan tu . apa alasan pun hibura yang macam itu memang saya tentang habis-habisan.

    BalasPadam

Berikan pendapat anda sebanyak di sini.

Komen menyalahi undang-undang akan ditanggung oleh penulisnya..

Tapisan tidak dibuat di blog ini.

Cuma ulasan mencarut dan sewaktu dengannya akan dipadamkan.