Cerita 1
Pagi ini saya menerima mesej dari sahabat kita PasMuda tentang grafik Logo BPN yang semakin menarik dengan tambahan flash pada tulisan sekeliling logo tersebut.
Untuk makluman logo sebelum ini pun PasMuda yang telah menambahkan tulisan sekeliling logo dan kali ini beliau telah menghasilkan tulisan bergerak / flash di logo BPN tersebut.
Saya harap anda dapat jenguk logo tersebut di sini untuk perhatian dan komen sahabat BPN semua. Harap anda dapat berikan pandangan bernas anda di ruang komen di bawah ini.
Terima kasih.
Cerita 2
Parpu dan Gomo serta Faisalrohban akan ke Bukit Gantang. Mereka akan bersama sama pejuang yang lain di sana untuk tujuan membuat liputan pilihanraya yang akan diadakan. Pemergian mereka telah diatur oleh seseorang dan sesiapa berminat boleh hubungi saya atau antara mereka bertiga bagi urusan penginapan dan kemudahan2 lain.
Selain itu, rakan bpn yang sudah berada di Bukit Gantang atau Selambau atau Batang Ai bolehlah menghantar gambar atau video atau cerita dari sana untuk disebarkan oleh team bpn. Memandangkan ramai antara kita sibuk bekerja maka bantuan bahan bahan tersebut oleh petugas parti atau jentera pilihanraya tempatan amatlah dialu-alukan. Setakat ini saudara sekupangdua banyak menghulurkan info kepada kita.
Cerita 3
Perisik-Rakyat hari ni cuba menggambarkan UMNO/ BN semakin terdesak hingga memanggil budak PLKN untuk membantu. Dia juga cuba menggambarkan UMNO/BN bergolak. Kesian budak ni. Mentaliti kebudak budakan begitu jelas. Sah dah tak ada idea betul diorang ni. Rasa macam mereka ni jenis blogger yang tidak ada isu dan tak ada intelektualiti untuk menulis dan memberi fakta sebenar kepada rakyat.
Percaya atau tidak mereka ini asyik asyik dengan andaian, khabar angin sebagai asas penulisan. Kalau macam nilah caranya maka kita akan bertukar dari fakta kepada persepsi/andaian/ agak agak serta khabar angin sebagai rujukan utam kita. Jika anda rasa dapat tahan muntah boleh lah ke blog pencacai upahan PR di sini http://perisik-rakyat.com/2009/03/umnobn-bukit-gantang-bergolak.html
Cerita 4
Semalam di chatroll Apaingelai ada memberitahu PKR Jerai sudah runtuh, mereka telah keluar beramai ramai tidak puas hati terhadap parti mereka PKR. Hari ini saya menemui berita sahihnya. Punca mereka keluar parti kerana mereka merasakan sudah diperdaya dan akhirnya PKR bahagian Jerai tersebut sudah roboh. Berita mengenainya ada di sini oleh Mstar Online. Jelas semakin hari semakin roboh PKR dan tidak mustahil ia akan tinggal menjadi batu nisan sahaja tidak lama lagi selepas ini.
Cerita 5
Blog rasmi BPN untuk PRK Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai sudah siap dibina oleh saya semalam. Ia akan dikendalikan oleh beberapa admin iaitu TaipingMali, YeopPerak ApaiNgelai dan saya sendiri. Lebih ramai admin lebih baik untuk pastikan blog rasmi kita tersebut dapat dikemaskini setiap detik bagi memudahkan ramai orang mendapatkan maklumat tentang PRK di dua bukit satu batang tersebut dengan pantas dan jelas.
Anda boleh lihat blog tersebut di sini http://kempen-3prk-bpn.blogspot.com/
Itu sahajalah dulu untuk edisi pagi ini.. Panjang umur lapang masa saya update lagi.
Chow dulu !
1. Kata UMNO nak berubah. Nampaknya masih dengan cara lama lagi.
BalasPadam2. Bila ada saja PRK atau PRU, ada saja sayap parti pembangkang bubar sana...bubar sini. Kenapa tak bubar sebelum berlakunya PRK atau PRU.
3. Agak-agak siapa yang 'master mind' sebenarnya yang suruh PKR Jerai tu dibubarkan? Pemimpin PKR ka...Pemimpin PAS ka...Pemimpin UMNO@BN ka..? UMNO BELUM BERUBAH.
apa kaitan UMNO dengan pembubaran parti pembangkang?
BalasPadamLantak merekalah nak bubar ke nak apa. Tiada kaitan langsung dengan UMNO.
Yaaa. PKR akan musnah tanpa kubur tanpa nisan.
BalasPadamMasih kira untung kalau tinggal batu nisan.
Bila PKR musnah, gam PR hancurlah. PR pun berkecailah. Pun tak berkubur tak bernisan juga.
Maka amanlah negara.
SU KJ - khabarnya blog anda sudah lenyap ?
BalasPadamDibubar juga ? hehehe.
Gothic - saya sengaja highlight untuk dedahkan bahawa mereka yang bubar tidak masuk MIC tetapi tidak berpuas hati. Soal lain tu kita tak tahu maka tak perlu lah saya pula buat andaian..
Dal - selamat datang blog saya. Rasanya first time saudara/i datang sini.
PKR tak ada aman negara - mungkin ye..
Sebab yang buat demonstrasi pun dari geng PKR juga. sampai PAS pun dah reti demonstrasi sekarang.
tq komen semua...
Tulong tanya kepada pemudapadang rengas walaupu UMNO cawangan Biong / Sauk/ Seterus/ chuar/ chegor galah / kati/ cheh tidak bubar tetapi bilangan yang setia kepada UMNO tinggal berape orang.
BalasPadamUMNO kini yuran ahli Ketua Cawangan atau Ketua Bahagian yang bayar.
Jadi fikirkan ape pemudapadang rengas buat untuk meyakinkan mereka kembali kpd UMNO.
Ape kah Pembangunan yang di buat oleh YB Nazri untuk kawasan dia?
Fikir fikirkan lah.