Cerita 1
Petang ni bekalan internet streamyx baru pulih. Tidak pasti apa masalahnya cuma ia memang mendatangkan masalah kepada saya walaupun ia masalah yang jarang berlaku sebenarnya.
Semalam sempat belayar sekejap guna internet jiran belakang rumah dan saya tidak lama kerana sudah lewat malam. Sempat berchat dengan parpu kumbang dan beberapa blogger bpn yang lain. Walaupun semalam saya sempat sambil berziarah untuk mengemaskini blog menggunakan smartphone. Kerana cuaca dan liputan Celcom yang begitu luas dan pantas.
Semalam memang benar benar menjadi hari bersejarah kerana program merapatkan ukhwah sesama saudara a.k.a ziarah berjaya dengan 4 buah rumah dilawati, semuanya buat kali pertama dalam hidup selepas sekian lama berhajat melawat mereka.Alhamdulillah.
Biasa melayari internet dengan kelajuan 1 mbps ibarat memandu Mercedes dengan kelajuan 190 km/j dan apabila berlaku kerosakan / gangguan talian streamyx saya terpaksa menukar kepada broadband Maxis yang begitu lembab..Ibarat seolah olah bertukar kepada kelajuan lebih rendah 286 kbps atau macam naik kancil 850cc dengan kelajuan 80 km/j.
Apa rasanya ? Memang menyeksakan...
Cerita 2
Sekejap tadi ada komen masuk tulis tak setuju dengan sistem Raja di negara kita di sini. Nick nama Froggy tulis :
aku cume nk bgtau kt sini aku cume menentang konsep beraja di malaysia..yg langsung x menyumbang kepade gaji aku tiap2 hari..
Ingat dah tak ada lagi nak sentuh isu Raja kita ni lepas hari tu 13 Mac 2009 dah ada 6 orang didakwa di mahkamah. Siap menangis lagi. Namun tak sangka masih ada yang cuba cuba barangkali menjolok sarang tebuan. Orang bukan Melayu barangkali mamat ni. Sebab tak ada rakyat Raja akan derhaka dan tulis kasar serta biadap macam tu...Sila lihat komen tersebut klik di sini
Cerita 3
Dah dengar kisah Nizar cuba berceramah di masjid Simpang? Kesian. Dia tak sempat habiskan kempennya di sana. Dia telah berjaya dihalang Pengerusi Masjid tersebut.Berita lanjut lihat berita Mstar sini
Semalam juga rahsia Nizar sudah terbongkar di mana beliau sudah terjaga dari tidurnya dan tidak lagi menggunakan status Menteri Besar di dalam borang pencalonan. Alhamdulillah ! Akhirnya kenyataan tetap menjadi kenyataan walau pahit untuk ditelan....
Cerita 4
Bekas Ketua Wanita UMNO Kak Fidah (panggilan mesra) tetap hadir berkempen walau baru sahaja kehilangan jawatan yang sudah berbelas tahun tahun disandangnya. Ia mengharukan saya dan harap ramai bekas bekas yang menjadi ketua dulu turut mengikut langkah penuh semangat beliau demi memastikan kemenangan UMNO kali ini..Berita penuh klik sini
Cerita 5
Berita hangat malam ini Ezam akan membelasah Anwar di Bukit Selambau seperti mana makluman GAP di sini. Jika saudara/i ada di sana, jangan lupa dengar ceramah beliau dan beberapa bekas PKR yang pasti hangat..
Juga komen saudara AbangTuah ( klik sini ) berkenaan kenyataan Mukhriz yang disifatkan sangat mulia di sini. Alhamdulillah nampaknya blogger Pro KJ seperti Abang Tuah sudah dapat menerima Mukhriz bahkan memujinya... perpaduan ini tentunya adalah hasil perpaduan Tun M dan Pak Lah seperti yang kita saksikan dua hari lepas.
Moga pro KJ atau Khir atau Mukhriz kembali merapatkan saf dan menutup keretakan agar perpaduan Melayu Muslim akan semakin jitu dan kukuh selepas bertahun kita bergaduh dan hampir hampir runtuh !!!!
Walaupun ada juga cubaan nakal tetap mengatakan perubahan UMNO yang berjaya kembali bersatu hati semasa persidangan lepas, tidak akan memberi kesan di Bukit Gantang seperti laporan Malaysiakini di sini
Itu sahaja 5 cerita untuk edisi petang ini...
Moga kita akan berusaha lebih gigih demi membina agama bangsa dan negara kita dengan mendapat limpah perkenan Tuhan Maha Esa..
Salam Pang5..
BalasPadamTerima kasih di atas info terkini..
Salam perjuangan
Tamin - lama tak nampak. Saya pun sibuk sikit sejak dua menjak ni.
BalasPadamUMNOPK - ye benar..kita nakkan saf padu utk bakal PM kita.
salam perjuangan.
salam..aku nk mintk izin ler ambik SUMPAH MELAYU tu ltak kat blog aku..bole eh..aku ambik gmbr tu jer..bkn pe aku sdih ler skrng org mlayu sndri khiant Raja sndri..Politik2 gak..tp kdaulatn raja jgn ler wat main2..
BalasPadamHidup UMNO + BN..!!
Assalamualaikum Panglima,
BalasPadamSama-samalah kita doakan yang terbaik buat Bangsa, Agama dan Negara kita.
Eh, budak celaka mana yang komen tak suka sistem raja tu? Dajai betoi!
BalasPadamSedingin Salju,
BalasPadamBudak celaka yang hang kata tu mungkin dari keluarga Umno kot. Kan Umno ni dah terkenal sebagai penderhaka Raja sejak zaman Ghazali Jawi, bawa hingga ke zaman Mahathir dan ke zaman Derih Jusoh. Kalau pun tak mak budak tu, mungkin bapa dia mesti fanatik Umno yg mengajar dia ilmu penderhakaan tu.
Zai - sila sila..Ambiklah buat peringatan untuk kita semua.
BalasPadamSemutapi - tq masih suka datang sini..
Terima kasih atas komen saudara/i di atas.
Aha, modal lama keluak balik dah.
BalasPadamwe are your new worst nightmare.
BalasPadamkami pakai otak, bukan pemfitnah.
http://prioryofjenin.blogspot.com/