Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

10 Mac 2009

Edisi Petang : Agenda di sebalik isu PPSMI -Malaysiakini



JANGAN dipolitikkan isu pendidikan anak-anak kita. - GAMBAR HIASAN

Pada Sabtu lalu, sekumpulan manusia yang kesemuanya beragama Islam berkumpul di pekarangan Masjid Negara. Kehadiran mereka bukanlah bertujuan untuk menyemarakkan sambutan Maulidur Rasul yang diadakan semalam atau berarak sambil berselawat bagi memuji junjungan besar tersebut.


Sebaliknya perkumpulan mereka di kawasan yang seharusnya menjadi tempat penyatuan umat Islam itu diselimuti perasaan benci dan marah, malah ketika berarak menuju ke Istana Negara terdengar kata makian dan cacian dilemparkan.


Demikian senario di ibu negara pada Sabtu lalu, apabila sekelompok orang Melayu yang kononnya mendakwa mencintai dan membela bahasa Melayu berarak menentang pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI).


Adalah sesuatu yang janggal apabila penentangan dilakukan selepas enam tahun ia dilaksanakan. Mereka tidak berkata apa-apa dan jauh sekali berarak pada tahun 2003 apabila ia mula diperkenalkan. Mereka takut kerana ketika itu Barisan Nasional (BN) dan UMNO berada dalam kedudukan yang cukup kuat.


Justeru kalau mereka turun melakukan demonstrasi apatah lagi dengan ketegasan pucuk pimpinan negara ketika itu sudah pasti mereka akan merasa bahananya. Tetapi kini mereka tahu BN tidak kuat dan UMNO semakin lemah, oleh itu semua isu termasuklah PPSMI dipolitikkan.


Apa yang menghairankan adalah sikap Pas yang kini semakin pandai turun ke jalanan untuk membantah sesuatu isu. Perubahan yang berlaku kepada Pas adalah sejak mereka bersekongkol dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR).


Adalah sesuatu yang aneh apabila pemimpin-pemimpin Pas mempunyai semangat yang begitu tinggi dalam isu PPSMI sedangkan sebelum ini jika ada perkara berkaitan kepentingan hak-hak Melayu, ada pemimpin Pas berkata mereka memperjuangkan Islam.


Ternyata sekali Pas semakin terperangkap dengan permainan politik PKR. Parti itu tidak sedar atau sengaja melupakan bahawa PKR hakikatnya sedang 'memperkudakan' Pas untuk melaksanakan satu demi satu agenda politik mereka.


Turun ke jalanan membuat tuntutan bukanlah perangai Pas tetapi perangai buruk PKR tetapi kenapa Pas boleh terikut-ikut seperti mana yang berlaku pada Sabtu lalu.


Atas sebab itulah, kenyataan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein bahawa demonstrasi pada Sabtu lalu didalangi oleh pembangkang tidak boleh dinafikan. Bukan sahaja pemimpin mereka hadir malah ribuan penyokong mereka juga turut menyertainya.


Apa yang malangnya, pemimpin-pemimpin yang kononnya selama ini memperjuangkan Islam - sebuah agama yang cukup mencintai keamanan dan kedamaian - membiarkan sahaja penyokong mereka bertempur dengan pihak polis (yang sudah pastinya majoritinya orang Melayu dan Islam).


Kalau mereka benar-benar memperjuangkan Islam, mereka akan berusaha mengelakkan konfrantasi, apatah lagi dengan pihak berkuasa.


Pihak polis sudah mengarahkan jangan berarak tetapi perintah itu diingkari. Semua ini dengan jelas membuktikan dari semasa ke semasa, telatah pemimpin dan penyokong pembangkang dalam berhadapan pihak polis semakin samseng dan ganas.


Namun kekecohan dalam isu PPSMI itu tidak harus dilihat dari segi permukaan sahaja, sebaliknya orang Melayu perlu melihat secara halus kenapa dari semasa ke semasa, ada sahaja isu yang dipolitikkan.


Lebih malang lagi dalam isu PPSMI, kemuliaan institusi istana mahu diseret sama oleh pembangkang dan kalau nanti pendirian Istana tidak menyebelahi mereka maka jadilah apa yang berlaku di Perak, akhirnya istana akan dimaki-hamun. Sebenarnya inilah tujuan puak-puak yang berarak itu.




Kesudahannya semua institusi berkaitan orang Melayu semakin dilemahkan dan perkara ini diakui oleh Hishammuddin yang juga Ketua Pergerakan Pemuda UMNO dalam satu SMS kepada penulis, kelmarin.


Antara lain Hishammuddin berkata, "Saya tengok ada grand design hendak meruntuhkan semua tiang-tiang seri negara oleh pihak tertentu 


(1) institusi raja (2) agama dan institusi masjid (3) Perlembagaan dan undang-undang negara, (4) polis dan pihak keselamatan negara (5) nilai kesopanan hormat menghormati antara kita (6) sejarah dan warisan bangsa (7) keharmonian kaum.


"Semua ini untuk menghuru-harakan negara semata-mata kerana rakus nak rampas takhta," tulis beliau yang turut menyifatkan demonstrasi pada Sabtu lalu seolah-olah mengulangi sejarah September 1998 apabila Masjid Negara menjadi tempat perkumpulan manusia yang kononnya memperjuangkan reformasi.


Oleh itu dalam isu PPSMI ini, orang Melayu seharusnya berfikiran terbuka dan tidak terpengaruh dengan emosi apatah lagi dakyah pembangkang.


Mungkin ketika ini mereka melihat apa yang dilakukan oleh pembangkang adalah betul dalam isu PPSMI, tetapi cuba mereka terutama orang Melayu yang berkumpul di Masjid Negara pada Sabtu lalu bertanya apa yang mereka lakukan apabila Kerajaan Negeri Pulau Pinang di bawah kepimpinan DAP menggunakan bahasa lain selain bahasa Melayu di papan tanda jalan di negeri itu.


Apakah mereka berkumpul di Masjid Negeri Pulau Pinang dan kemudian berarak ke kediaman Yang Dipertua Negeri untuk menyerah memorandum?


Apakah mereka menyerah sebarang bantahan kepada kerajaan negeri kerana berani melanggar apa yang diperuntukkan dalam Perlembagaan?


Tidakkah apa yang dilakukan oleh DAP itu lebih dahsyat daripada PPSMI yang jelas bertujuan hendak membantu meningkatkan pendidikan anak Melayu.


Jelaslah puak-puak yang berkumpul di Masjid Negara termasuk pemimpin pembangkang mengamalkan sikap double standard. Mereka hanya berani berhadapan dengan isu yang ada kaitan dengan kerajaan dan UMNO tetapi apabila ada isu berkaitan pakatan pembangkang terutamanya DAP, mereka hanya akan mendiamkan diri. Persoalannya adakah ini yang dikehendaki oleh Islam?


Kesudahannya yang akan mengaut keuntungan adalah pihak lain kerana orang Melayu dilemahkan dan dijatuhkan oleh orang Melayu sendiri.


Orang Melayu yang membiarkan institusi raja dihina apabila bersedia bermesyuarat di bawah pokok. Orang Melayu sanggup berbaring di jalan raya kerana kehilangan kuasa walaupun hanya menjadi boneka.


Dan orang Melayu yang 'paling berani' bertempur dengan anggota polis Melayu. Itulah orang Melayu selepas Mac 2008.


Persoalannya, adakah orang Melayu terutama di dalam Pas memikirkan grand design ini?


Atau mereka juga turut terpengaruh kerana tidak mahu 'ketinggalan kereta api' dalam merebut kekuasaan sehingga rela diperalatkan oleh PKR?


Sukar untuk dipastikan tetapi apa yang nyata, hari demi hari segala berkaitan dengan entiti orang Melayu semakin dilemahkan.


Mungkin juga PPSMI ada kelemahannya tetapi kenapa perlu orang Melayu hendak menyelesaikan masalah itu dengan turun ke jalanan, sedangkan dalam masa yang sama pihak lain hanya tersenyum melihat gelagat kebodohan kita?


Oleh itu sedarilah bahaya yang menanti orang Melayu. Jadikan isu PPSMI sebagai 'kejutan' kepada kita bahawa di sebalik apa yang dibantah, ada agenda lebih besar yang disembunyikan oleh pihak pembangkang.


Pas diharap menyedari agenda berkenaan jika mereka benar-benar memperjuangkan Islam demi kesejahteraan umat dan bukan hendak merebut kuasa semata-mata.

9 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

alahai, tak cukup bernas la, korang dok sokong berapi2 tapi anak2 melayu kita yang luar bandar ramai dok fail math ngan sains, padahal bukan sebab tak minat math or sains, tapi sebab tak mampu nak mahir dalam english.... kita orang melayu, cakap bahasa melayu, berfikir dalam bahasa melayu, kenapa nak suruh mengira dan hafal dalam bahasa inggeris? fasih benar ke kita ngan english ni? cikgu sendiri tergagap2 nak speaking... bahasa inggeris itu penting, tapi janganla sampai otak kita pun nak kena berfikir dalam bahasa inggeris... tang mane melayunye? fikir2kan...

pastu bila rakyat bersuara, korang cakap ini suara pembangkang, nak sangat ke kami ni sokong pembangkang nanti?....

kamal berkata...

NIAT PAKATAN MAHU LIHAT MELAYU BODOH
Memang inilah kerja parti pembangkang...tak habis habis mahu bangsa sendiri menjadi bangsa yang dungu...bodoh la yang senang.Sampai hal hal pendidikan untuk anak anak pun di tentang dan diserang habis2an.

Apakah mereka tidak mahu melihat anak anak bangsa berjaya dalam menghadapi zaman yang semakin mencabar ini.Kenapa sekarang harus kita mempersoalkan PPSMI yang sudah menampakan sedikit kejayaan pada anak anak kita.

ppsmi march 070309 tear gas.jpg
Bagi pakatan rakyat apakah tiada satu jalan penyelesaian dapat dicari dari melibatkan anak anak dari mengadakan demontrasi yang tidak secara langsung akan mengheret mereka kekancah pemberontakan.

Sepatut nya perlu kita tangani akan masaalah disiplin para pelajar yang mana gejala membuli dan memukul semakin menjadi jadi masa diperingkat sekolah.Mungkin inilah hasilnya dari tindakan pakatan rakyat yang sering mengadakan demontrasi bagi mencari jalan penyelesaian dari duduk semeja.

anti ppsmi rally 070209 rally banner
Kenapa hanya pelajar anak anak bangsa kita yang selalu menyertai demonstrasi jalanan ini.Bagi saya ini lah kepentingan politik bagi pakatan untuk menjatuhkan kerajaan.Janganlah kerana ingin menunjukan tindakan yang diambil itu betul kita tunjukan pada anak anak tentang kelemahan diri dan lemah semangat dari kita.

Seharusnya kita sebagai pemimpin pada anak anak ini perlu kita memberikan semangat bagi mereka untuk menempuh hari hari yang semakin mencabar dan bergelora bagi hadapi tempoh menuju negara 2020 nanti.

Apakah akan hilang indentiti bangsa melayu hanya dengan mempelajari matematik dan sains dalam bahasa inggeris .Tidak mungkin kita akan menjadi satu bangsa yang lemah hanya dengan perlaksanaan PPSMI.

anti ppsmi rally 070209 pak samad chokes
Kepada Sasterawan Negara Datuk A Samad Said dan pengerusinya Datuk Dr Hassan Ahmad jangan kerana ingin berpolitik ingin kita lihat anak anak bangsa yang akan menerajui negara ini nanti adalah terdiri dari anak anak yang lemah jati diri dan tidak tahu untuk menghargai ilmu.







Memansuhkan PPSMI bermakna kita mahu bangsa melayu terus ketinggalan dari mendapat tempat dalam persaingan dunia yang semakin mencabar.PPSMI tidak akan menghapuskan bangsa melayu itu dan sama sekali juga tidak menghapuskan bangsa bangsa lain dimalaysia ini.

Kenapa puak puak PAS yang mahu PPSMI ini dihapuskan.Tidak mahu anak melayu menguasai ilmu kerana PAS takut akan hilang pengaruh ,biar pemimpin mereka sahaja yang berilmu.

Tidak pula kelihatan orang orang DAP dan PKR menentang kerana mereka tahu bahasa inggeris adalah penting pada mereka.

Apakah untuk menjadi seorang doktor kita tidak perlu bahasa inggeris,begitu juga untuk menjadi seorang peguam,jurutera dan berbagai lagi keperluan kerja yang memerlukan kan kita mahir dalam pengguasaan bahasa.

Dalam zaman dunia yang penuh cabaran ini janganlah kita yang ibarat rumah kata pergi kubur kata mari ini kita sekat akan kebolehan dan keupayaan anak anak melayu dari terus menimba ilmu yang akan membawa mereka kearus kemajuan yang akan bakal akan mereka tempuhi.

PPSMI perlu diteruskan bagi memberikan anak anak kita peluang untuk mereka memperolehi masa depan yang baik untuk terus mereka bersaing didalam dunia yang tiada sempadan ini.Yang penting bukan cara demontrasi untuk kita cari jalan penyelesaian kerana ianya hanya mendedahkan anak anak kita pada satu perkara yang akan melemahkan diri dan bangsa itu sendiri.

Yang penting adalah perlu kita teliti bersama bagi meningkatkan lagi tahap kemampuan anak anak kita supaya ianya akan memberi manfaat pada seluruh warga malaysia itu sendiri dan jenerasi jenerasi yang mendatang yang merupakan pewaris pada negara yang berdaulat dan merdeka.

Akhir sekali mari lah kita renungkan dengan hati dan fikiran yang tenang apakah PPSMI ini untuk diri kita atau untuk jenerasi yang akan mewarisi ketamadunan yang kita sama sama bangunkan. LU PIKIR LA SENDIRI

qwerty berkata...

bahasa inggeris adalah bahasa ilmu selain bahasa arab. tidak terlalu susah untuk belajar bahasa inggeris,. lihatlah kaum2 sahabat anda bahasa apakah yang digunakan secara lancar kalau tidak bahasa inggeris. bahasa inggeris senang dipelajari jika kita bukan bangsa yang pemalas untuk belajar. pelajar2 sekolah rajin dan tidak pemalas dapat menerima pembelajaran PPSMI disekolah2.jadi didiklah anak2 anda supaya rajin belajar PPSMI dari diajar untuk rajin berpolitik dan berdemontrasi.

abe MIE 'TERJAH' berkata...

PPSMI- demonstrasi hanya mencemarkan maulidur rasul sahaja...

penghayatan melalui penghinaan ..itulah slogan maulidur rasul tahun ini

Panglima Perang Cyber berkata...

tugu demokrasi di Perak juga satu penghinaan...

sangat dahsyat penderhakaan mereka sekarang.

jangan biar mereka mencabar ketuanan Raja kita.

Jeepers Creepers berkata...

setiap perkara mempunyai pro dan kontra..kita boleh melihatnya dari dua sudut yang berbeza.

ada kebaikan dan kelemahan isu ppsmi ini. tetapi yang buruk tidak semestinya tidak elok.

setiap kelemahannya kita perlulah perbaiki.

tetapi yang penting, setiap keputusan yang diambil oleh kabinet haruslah mengambil kira pandangan dan persetujuan orang ramai.

Islam Tanpa Sempadan berkata...

sila ke blog saya tuan panglima..

Tanpa Nama berkata...

Buat semua penyokong pakatan rakyat dan penyokong umno terutama panglima dan kekawan dari BPN sila baca penulisan dari Sayuti...mungkin ada perkara yang menarik boleh diulas....ketepikan kencian masing-masing....buat sdr kamal....jangan la emosi sangat....nanti apa beza awak dengan geng pakatan rakyat yang berdemontrasi tu.... buat abg mie terjah tahniah la sebab kurang mencarut dan lucah......bukan apa buat malu geng BPN aje..asyik-asyik mencarut..asyik asyik lucah...

Hishamuddin Menghukum Dengan Sebelah Mata

KATA Hishamuddin bin Hussein bin Onn bin Jaaffar, himpunan membantah PPSMI Sabtu lalu didalangi oleh pembangkang. Alasannya mudah sahaja sebab beliau ada nampak pemimpin pembangkang menyertai himpunan berkenaan.

Hukuman Hishamuddin itu terlalu mudah dan seolah-olah dibuat oleh mereka yang berfikir secara kebudak-budakan atau hukum sebelah mata. Tuduhan Hishamuddin itu bersifat politik untuk menuduh Pas supata rakyat bencikan Pas.

Dengan tuduhan itu juga beliau membayangkan kebijaksanaan dan pandangan jauh beliau selama ini di mana apa yang disangkakan itu benar. Bahawa dalang di sebalik anti PPSMI itu ialah pembangkang, khususnya Pas.

Mungkin Hishamuddin tidak membaca pun memorandum yang serahkan oleh Dr Hassan Ahmad dan rombongan GMP kepada beliau dan beberapa menteri dan ahli Parlimen lain di parlimen tidak lama dulu. Kalau ketua Pemuda itu membaca dan memahami intipati memorandum itu beliau tidak akan membuat tuduhan murah begitu.

Beliau akan menjaga lidahnya dan tidak berselindung di sebalik ting kecil untuk menyelamatkan diri dan menjaga maruah politiknya. Tetapi kerana beliau bercakap tanpa berfikir menyebabkan Hishamuddin telah mendedahkan kedangakalan akal fikir siasahnya.

Sebagai Menteri Pelajaran sepatutnya Hishamuddin seorang yang banyak membaca dan berfikir dengan menggunakan otak dan bukan dengan kulit kepala. Perjuangan memansuhakn PPSMI bukan baru. Ia bermula sejak mula-mula ia hendak dilaksanakan lagi.

Sudah berpuluh seminar, konvensyen, forum, ucapan, pandangan, tulisan dan sebagainya diadakan sebagai membantah perlaksanaan dasar berkenaan.

Yang membantah dan menyuarakan kebimbangan mereka bukan saja pemimpin pembangkang tetapi pemimpin Umno sendiri dan juga para cerdikpandai lain yang tidak ada apa-apa kepntingan politik. Tengku Razaleigh Hamzah adalah antara tokoh yang menentang dasar pendidikkan PPSMI ini.

Ada juga kalangan pemimpin Umno yang boleh dikira ada nama turut sama menentangnya. Tetapi kerana mereka Umno yang kena menjaga kedudukan dan kepentingan penentangan itu dilakukan secara sorong tarik, macam kura-kura menyembunyikan kepalanya.

Saya percaya orang Umno bawahan juga tidak setuju dan keliru dengan polisi berkenaan berkenaan. Tetapi disebabkan dasar itu diperkenalkan oleh parti mereka, mereka terpaksa menyokongnya walaupun dalam hati mempertikaikannya. Sebabnya mudah kerana orang-orang Umno diluar bandar juga (yang cerdik dan tidak taksub dengan parti) menyedari akan masalah yang dihadapi murid berhubung PPSMI ini.

Walaupun penentangannya kini secara meluas dan memorandum mengenainya sudah memasuki Istana Negara, namun masih juga ada yang belum faham mengapa PSPMI dibenci. Hishamuddin dan mereka yang sebebal dengannya hendaklah sedar isu PPSMI bukan merupakan ideologi mana-mana parti politik.

Gerakan menentangnya kerana hendak mendaulatkan kedudukan bahasa Melayu dan menyelesaikan masalah yang dihadapi murid-murid luar bandar berhubung isu berkenaan tanpa mengira warna kulit dan keturunan.

Kerana sikap berkata sebelum berfikir menyebabkan ramai yang tidak tahu hujung pangkal mengenai PPSMI tetapi malangnya mereka ingin juga mengambil bahagian maka timbullah kekeliruan. Bila sudah jadi begini maka jadilah mereka mengkritik terhadap apa yang mereka tidak faham dan tidak tahu.

Bagi pengetahuan yang masih keliru, apabila GMP menentang PPSMI bukan bermakan GMP dan sekelian orang menyokongya menolak pembelajaran bahasa Inggeris. Mereka bukan berfikiran sempit dan membenci kepada bahasa penjajah itu tana tentu fasal. Apa yang diperjuang dan dipersoalkan mengenai pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris yang menjejaskan pendididan dan peratus kelulusan anak-anak sekolah di kampung. Itu saja.

Bacalah kajian dan analisa mengenai keputusan USPR tatkala PPSMI dikuatkuasakan. Tengok secara jujur dan ikhlas kesan dan implikasi ke atas dasar berkenaan dan jangan cuba menegak benang basah atau rela menerimanya sebagai bagus kerana ia dibuat oleh Umno.

Kenapa orang-orang Umno seperti ini sudah membuang mata zahir dan mata hatri mereka untuk menilai mana yang buruk dan mana yang baik.

Kepada Hishamuddin dan orang sebebal dengannya pula jangan mudah menundign jari kepada pembangkang. Yang jelas isu PPSMI bukan isu parti politik. Masa perarakan tempoh hari tidak ada pun pemimpin tertinggi PKR dan DAP? Apakah ianya isu pembangkang? Kata Hishamuddin beliau tidak nampak pun muka-muka Umno di dalam himpunan berkenaan? Apakah wajah orang Umno ada tanda khusus?

Nampaknya semakin hari Hishamuddin semakin besar kepala dan keras kepala. Sikap Hishamuddin yang tidak langsung memberi reaksi kepada ‘sunggutan’ Abdulah Ahmad Badawi mengatakan isu PPSMI sudah menjadi isu besar dan perlu diatasi segera menunjukkan Ketua Pemuda itu sudah tidak ada hormat langsung kepada bakal bekas Perdana Menteri itu.

Sikap dan cara Hishmauddin berdolak dalih dalam isu PPSMI ini ia menyedihkan orang Melayu. Sudah pasti rasa sedih dan terkilan itu juga akan terbawa ke dalam perhimpunan agung Umno kelak. Sekiranya Hishamuddin terus bebal dan berdegil dengan sikapnya kini tidak mustahil beliau akan diajar oleh perwakilan kelak.

Kedudukan beliau yang kini dikataskan calon favourite untuk Naib Presiden mungkin boleh jatuh mendadak kalaupun tidak tergolek terus. Sekiranya Hishamuddin tergolek ini bermakna perwakilan Umno pada 24 – 28 Mac ini masih ada hati dan kecintaan kepada bahasa ibunda mereka.

Sebaliknya kalau Hishamuddin masih menang jelas bahasa Melayu sudah hilang dari hati Umno.

Tai berkata...

kenapa isu bahasa kebangsaan di Pulau Pinang tidak diperjuangkan? Apakah ini keikhlasan namanya?

Cari Blog Ini

Translate