Sahabat Setia Panglima

Engin Carian Blog

Memuatkan ...

02 Februari 2012

Video Teressa Kok Pemalas



Pesanan : satu group fb baru nama 'Facebooker 1Malaysia' telah diwujudkan oleh Panglima pada 6.6.2011. Sasaran 1 Juta sebelum 13 Julai 2012. Sila klik di sini http://on.fb.me/kFnvGS untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih

Video Anwar Ibrahim Sokong Israel cc @NajibRazak @anwaribrahim



Pesanan : satu group fb baru nama 'Facebooker 1Malaysia' telah diwujudkan oleh Panglima pada 6.6.2011. Sasaran 1 Juta sebelum 13 Julai 2012. Sila klik di sini http://on.fb.me/kFnvGS untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih

@Catriona_Ross Nafi Ikut Ajaran Bob Lokman Di Twitter

Video Debat @khairykj dengan @rafiziramli - Apa Pandangan Anda ?



Pesanan : satu group fb baru nama 'Facebooker 1Malaysia' telah diwujudkan oleh Panglima pada 6.6.2011. Sasaran 1 Juta sebelum 13 Julai 2012. Sila klik di sini http://on.fb.me/kFnvGS untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih

Ustaz Dong Trabolta Buat Kelakar - Tahniah Nadi TV







Komen saya : kelakar....


Psy-war yang 'sangat baik' dan memang lawak gila.


Idea 'hebat' ini patut dipuji.


Saya kenal siapa dalam video ni. PW rasanya.


Mesti makin ramai rakyat sokong BN selepas tengok video ni...


Cuma bagi saya muzik salah bila diguna ke jalan yang salah...


Diguna untuk perkara baik tidak salah. 


Nabi Daud main seruling.


Hadis ada sebut bab seruling..


HR:Imam Bukhari dan Muslim:
“Sesungguhnya bertuah engkau(Abu Musa Al-asyari)kerana Allah kurniakan seruling dari jenis seruling keluarga Nabi Daud. 


Jika seruling haram kenapa diibaratkan sahabat baginda Abu Musa dengan seruling ?


Fikir-fikirkanlah dan selamat beramal.


terima kasih atas info blog di bawah.





tambahan :


Al-‘Allamah as-Syeikh Abdul Ghani an-Nabulsi menegaskan dalam kitabnya Idhoh ad-Dilalat fi Sama’i al-Alat -(Menjelaskan dalil-dalil dalam masalah yang berkait dengan hukum mendengar alat-alat muzik) - bahawa hukum haram segala bentuk alat muzik yang disebutkan dalam hadis bukanlah disebabkan alat-alat muzik itu sendiri atau suara dan bunyian yang terhasil daripadanya. Kalaulah dihukumkan dengan sebab yang demikian, maka sudah tentulah bunyi-bunyian yang merdu seperti suara burung juga termasuk dalam hukum haram. Sedangkan ulamak telah bersepakat bahawa suara kicauan burung dan seumpamanya itu tidaklah dihukum haram. Bahkan mengguna dan mendengar alat-alat muzik dihukum haram adalah disebabkan faktor-faktor luar yang haram yang beserta dengannya dan juga yang membawa kepada “al-Lahwu”. Menurut beliau “al-Lahwu” ialah perkara-perkara yang dengannya menyebabkan manusia lalai daripada melakukan ketaatan dan menunaikan kewajipan kepada Allah serta membawanya kepada melakukan perkara-perkara yang haram dan dilarang oleh syariat. 





Beliau seterusnya menegaskan bahawa sesiapa yang memerhatikan semua hadis yang datang daripada Rasulullah sollallahu ‘alaihi wasallam mengenai alat-alat muzik ini, dia akan mendapati larangan-larangan tersebut dikaitkan dengan menyebut ‘ al-Malahi ’ – iaitu perkara-perkara yang melalaikan - dan juga menyebut tentang arak, penyanyi-penyanyi perempuan yang mendedahkan aurat, perkara-perkara keji dan kefasikan bersamanya. Ini bermakna ia dihukum haram dengan sebab perkara-perkara haram tersebut bukannya alat muzik itu sendiri. Hadis-hadis yang tidak menyebutkan perkara-perkara tersebut adalah hadis-hadis Ahad yang tidak boleh dithabitkan hukum dengannya secara qot’ie (putus dan muktamad). Bahkan hadis-hadis yang bersifat mutlak (umum) ini, dikhususkan oleh hadis-hadis yang menyebut tentang perkara-perkara haram yang mengiringi permainan muzik. Dengan itu, maka hadis-hadis yang menyebut tentang pengharaman alat-alat muzik hendaklah dilihat dalam konteks bahawa ianya disertai dengan perkara-perkara haram dan boleh menyebabkan kelalaian kerana di sana terdapat hadis yang melarang bermain muzik dikaitkan dengan perkara tersebut. 





Beliau juga mensyaratkan tujuan dan niat yang baik walaupun tidak disertai dengan perkara-perkara haram dan melalaikan ketika bermain muzik dan mendengar nyanyian yang diharuskan. Niat memainkan peranan. Sekiranya dia mempunyai niat atau cita-cita yang tidak baik melalui alat muzik yang dimainkan serta nyanyian harus yang didengarinya seperti bercita-cita atau berkhayal meminum arak, berfoya-berfoya dan berseronok dengan perempuan ketika bermain muzik dan mendengar lagu itu atau dia mahu kalau boleh perkara tersebut ada dalam majlis tersebut, maka hukumnya adalah haram juga. Peranan niat yang membawa kesan kepada hukum harus dan haram ini samalah seperti peranan niat ketika membaca al-Quran bagi mereka yang berada dalam keadaan berhadas besar. Jika dia berniat membaca al-Quran maka hukumnya adalah haram dan jika berniat zikir maka hukumnya adalah harus. Begitu juga seseorang yang minum air teh dengan niat minum arak dan juga seorang suami yang bersetubuh dengan isteri dalam keadaan dia niat menggauli atau menggambarkan isterinya itu adalah perempuan tertentu yang bukan isterinya maka kedua keadaan tersebut, hukumnya adalah haram.





Pendapat Al-‘Allamah as-Syeikh Abdul Ghani an-Nabulsi ini turut dipersetujui oleh al Ustaz Mustofa Ahmad az-Zarqa sebagaimana tersebut dalam kitabnya Fatawa Mustofa az-Zarqa. Bahkan beliau turut memperakui bahawa kitab karangan Al-‘Allamah as-Syeikh Abdul Ghani an-Nabulsi tersebut adalah sebagai rujukan terbaik dalam mengetahui hukum yang berkait dengan masalah alat-alat muzik. Dalam kitab Fatawanya juga, al-Ustaz Mustofa Ahmad az-Zarqa telah menukilkan pandangan al-‘Allamah Ibnu ‘Abidin r.a. dalam Hasyiahnya, syarah kepada kitab Raddu al-Mukhtar di mana nas kata-katanya ialah:





“Aku berpendapat: Ini semua memberi maksud bahawa alat-alat muzik itu bukanlah haram kerana alat muzik itu sendiri, tetapi ia di sebabkan al-lahwu (iaitu disertai dengan perkara-perkara haram dan melalaikan daripada menunaikan tanggunggjawab dan kewajipan kepada Allah). Hukum ini sama sahaja sama ada orang yang mendengarnya atau bermain menggunakannya ”. Beliau seterusnya menegaskan “ Apakah kamu tidak lihat bahawa hukum bermain alat muzik itu, kadang-kadang harus dan kadang-kadang dihukum haram. Ini semua adalah disebabkan perbezaan niat dan tujuan mendengarnya. Dan sesungguhnya setiap perkara itu adalah berdasarkan kepada tujuan dan niatnya ”.





Di antara ulamak mutakhir di zaman kita ini yang sependapat dengan golongan ulamak yang kedua ini ialah as-Syeikh Dr. Yusuf al-Qardhowi sebagaimana dijelaskan dan dihuraikan dengan pangjang lebar dalam kitabnya Malamih al-Mujtama’ al-Muslim Allazi Nansyuduhu - ( Ciri-ciri unggul masyarakat Islam yang kita idamkan) - dan juga al Halal wa al-Haram fi al-Islam - ( Halal dan haram dalam Islam ). Dalam huraian tersebut beliau telah menolak hujjah-hujjah yang dikemukakan oleh golongan yang mengharamkan alat-alat muzik dengan menyatakan bahawa hadis-hadis yang diriwayatkan mengenai alat-alat muzik adalah dipertikaikan kesahihannya.


Pesanan : satu group fb baru nama 'Facebooker 1Malaysia' telah diwujudkan oleh Panglima pada 6.6.2011. Sasaran 1 Juta sebelum 13 Julai 2012. Sila klik di sini http://on.fb.me/kFnvGS untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih

Ketua Polis Negara Hidup Kembali ! Ditemui Di KLIA cc @PDRMsia



Selepas disebarkan sudah 'mati', akhirnya Ketua Polis Negara sudah 'hidup' semula. 

Disambut di KLIA hari ini pulang dari luar negara. 

Alhamdulillah selamat pergi dan balik...

Angkara fitnah negara boleh musnah!


Pesanan : satu group fb baru nama 'Facebooker 1Malaysia' telah diwujudkan oleh Panglima pada 6.6.2011. Sasaran 1 Juta sebelum 13 Julai 2012. Sila klik di sini http://on.fb.me/kFnvGS untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih

Video Ceramah Dr Hassan Ali cc @drhasanali @anwaribrahim

Akibat kepanasan Dr Hasan Ali muka dikritik Anwar Ibrahim.


Kenapa geng Erdoogan Anwarinas tidak bersuara pertahan diri?


Kena God Father juga yang hentam Dr Hassan Ali.


Titan vs Titan.


Jangan lupa Dr Hassan Ali orang kesayangan Hj Hadi.


Published with Blogger-droid v2.0.2

01 Februari 2012

Ucapan Bekas Ketua Penerangan PAS Ust Hassan Basri bersama @drhasanali di Bangi Semalam Dedah @KhalidSamad Parasit PAS cc @NajibRazak @anwaribrahim



Ucapan Ustaz Hassan Basri, Mantan Ketua Penerangan PAS Negeri Selangor (2001-2003) pada 31 Januari 2012 di Balai Pahlawan, Seksyen 2, Bandar Baru Bangi, Selangor. Roadshow: MASA DEPAN POLITIK MALAYSIA - Demi Kedaulatan Agama Islan, Bangsa Melayu & Institusi Raja-raja (IMR). anjuran NGO & Sekretariat Mobilisasi Ummah serta Kelab Mahasiswa Bangi/Serdang. 

Berita penuh : Hasan dedah pemimpin parasit


Oleh MOHD. AINUDDIN ALIFF SALEHUDEN dan AHMAD FADZLY ESA
pengarang@utusan.com.my


HASAN Ali berucap pada 'Program Bicara Memurnikan Aqidah Ummah' yang turut dihadiri Hasan Basri Mohd. (kanan) dan Adib Ghazali (dua dari kanan) di Dewan Rukun Tetangga Seksyen 17, Shah Alam, malam semalam. – UTUSAN/Ahmad Fadzly Esa

Parpukari dan Papagomo Serang Anuar-Reform Lagi Sesudah Berdamai Dengan UMB ???

Assalamualaikum kepada pembaca semua dan selamat malam.


Sementara berehat menikmati cuti hari ini, beberapa kisah yang tidak diketahui umum ingin didedahkan. Sebenarnya tulisan ini ditulis dari pagi dan disiapkan ketika azan Maghrib berkumandang sebentar tadi.

Kisah ini bukan perkara sulit kerana kita tahu hanya yang tertakluk akta tertentu seperti OSA sahaja yang tidak boleh ditulis.

Antaranya kisah perbualan telefon Panglima dengan Parpukari semalam. Antara yang disebut beliau sudah berdamai dengan Tun Faisal dan juga tidak ingin bersengketa lagi selepas ini. Lagi menggemparkan artikel serang KJ juga tidak ada lagi diterbitkan demi mengelakkan persengketaan sesama sendiri.

Terima Kasih Theunspinners Dan Tahniah UMB cc @NajibRazak

Pertama sekali Panglima ingin mengucapkan terima kasih kepada pengendali laman Theunspinners yang buat pertama kali membuang dua posting yang mengutuk Ketua Penerangan UMNO Datuk Ahmad Maslan, Unit Media Baru Pemuda UMNO, dan juga kawan kami Blogger Umno-Reform termasuk juga sahabat UMB Saudara Razman Hakimi. 


Klik sini http://theunspinners.blogspot.com/2012/02/bukan-baju-warna-itu-blog-ini-dan-orang.html


Sebagai blogger alif ba ta yang mahu lihat perpaduan sesama kita dari dulu hingga kini, tindakan tersebut patut dipuji dan sudah tentu ia jangan diulang kembali.


Persaingan sihat perlu diwujudkan dan tindakan mencerca nama baik pihak lain, jangan diamalkan ketika kita sedang bersiap menghadapi PRU 13.

Video Terhangat

Loading...