Nampak gaya komen isu Amin Iskandar puji Parti Komunis Malaya mendapat sambutan hangat dan sokongan padu dari sahabat BPN. Terima kasih atas ulasan dan komen anda yang begitu hebat sekali di dalam membanteras fahaman yang mengatakan komunis berjuang untuk kemerdekaan walhal merekalah yang berjuang untuk kesamarataan yang bercanggah dengan Islam.
Terkini, saya baru saja menemui dua artikel menarik tentang komunis yang perlu anda baca. Satu keterangan lanjut tentang komunis dan juga kaitannya dengan Freemason / Illuminati dan perancangan jahat Dajal untuk memusnahkan kebangkitan Islam kali kedua di akhir zaman ini...
Juga ada kiriman istimewa dari peminat blog saya tentang gambar Khalid Jaafar berpakaian komunis yang tidak dinyatakan di manakah lokasi gambar tersebut diambil. Tetapi agakan saya barangkali di China...
Sila lihat gambar di bawah dan berikan pendapat anda tentang gambar tersebut !
Cuma sesiapa ada kelapangan bolehlah cari dan gali hasil tulisan beliau di sini http://www.khalidjaafar.org
takut takut ada terjumpa sebarang pujian dan sanjungan terhadap perjuangan komunis di sana... Saya takut saya tidak berkesempatan mengkajinya.... Jika ada sila maklumkan kepada sahabat kita di ruang komen blog ini.
Siapa Khalid Jaafar ini ? Sila baca artikel saya pada 7 Jun 2008 di sini http://penembak-tepat.blogspot.com/2008/06/ikd-dan-khalid-jaafar-pkr.html untuk mengenali beliau.
Lagi jelas keterangan siapa beliau sila ke AIDC di sini http://anwaribrahimdotcom.blogspot.com/2009/01/mengenal-pemikiran-anwar-ibrahim.html
Selepas anda melihat pujian Amin Iskandar, gambar Khalid Jaafar dan juga pembelaan terhadap PKM oleh pendikar gunung kriang dan semut api, maka sangat mudahlah anda menilai sendiri siapakah yang berjuang menolak atau menyokong komunis....
Adakah BN/UMNO atau Pakatan Rakyat ?
Ok, ada masa kita sambung lagi.. Jangan lupa klik sini untuk baca artikel menarik tentang komunis yang menyembelih orang kita ketika zaman sebelum merdeka
Komunis hari ini tidak lagi dihutan melancarkan perang gerilia keatas penduduk pencintaan keamanan.
BalasPadamMereka sekarang banyak menyamar dengan membacakan ayat-ayat Quran untuk memancing undi.
Setengah daripada mereka berketayap barjubah tetapi dari mulut-mulut mereka tersembur berbagai racun bisa yang mencerai-beraikan angota dari badan masyarakat pencinta keamanan secara halus meresap menjadikan tiap anggota badan tadi curiga-mencurigai lalu berkecai menjadi seumpama bangkai hidup. Dari bangkai-bangkai hidup ini kaum komunis sebegini mendapat sestenance mereka dan menjadi kuat.
Mereka menggemuk atas kerusakan masyarakat.
Kita berdiri teguh bersama Tuan Panglima.
Salam PPC,
BalasPadamSaya harap saudara menarik balik perkataan yang menggambarkan saya pembela PKM dalam blog saudara:
"Selepas anda melihat pujian Amin Iskandar, gambar Khalid Jaafar dan juga pembelaan terhadap PKM oleh pendikar gunung kriang dan semut api, maka sangat mudahlah anda menilai sendiri siapakah yang berjuang menolak atau menyokong komunis...."
Ingin sekali lagi saya jelaskan bahawa saya tidak pernah bersimpati dengan PKM, Umno atau mana-mana parti yang terpesong perjuangannya. Seperti yang pernah saya ulas dan katakan sebelum ini, jika saya bersimpati dengan PKM sudah lama saya menjadi ahli Umno, satu-satunya parti berdaftar di negara ini yang saya nampak begitu sinonim dengan ideologi kediktatoran komunis. Jadi selagi saya tidak bersama Umno, saudara boleh menganggap saya tidak akan bersimpati dengan PKM, Umno atau apa-apa parti lain yang percaya hanya kediktatoran saja kaedah bagi memajukan bangsa.
SALAM PANG5?
BalasPadamHMM? TU LA BAH TU, KITA NI BEKUNYAYANG KASI TAU PENYUKUNG2 PAKATAN NDAK GUNA TU ADA SSTU YANG SBENARNYA SUDAH TIDAK KENA SGT2 DGN ANWAR N D GHENG TAPI...KALAU SMUA MEMBUTAKAN HATI YANG MEMANG DAH PUN BUTA..BAIK DI KASI OPERASI MENGURIK KEDEGILAN SECARA PECUMA..
SALAM PERJUANGAN.
hurmm maaf mungkin pendapat ini akan dibantah ramai tetapi pada saya, ianya tidak salah kerana kita berkunjung ke China iaitu sebuah negara komunis. Dan tidak salah sekiranya kita mencuba pakaian dan topi mereka sebagai kenang kenangan.
BalasPadamSaya juga mempunyai sebuah topi rusia yang mempunyai lambang sabit dan tukul. Ianya dibeli sebagai tanda cenderahati. Adakah ianya salah?
Cuba jangan melihat sesuatu perkara secara sempit. Bukalah mata anda. Komunis sekarang adalah berbeza dengan dahulu. Malah soviet union juga tidak wujud lagi.
Cuba fikirkan, kini hanya Rusia yang membantu Iran didalam teknologi dan senjata. Dimana Amerika yang kononnya demokrasi itu?
Harus ingat, musuh sebenar kita bukanlah komunis tetapi zionis dan kristian. Sesungguhnya perperangan agama lebih bahaya dari peperangan idealogi.
Anda semua melihat komunis jahat kerana chin peng tetapi adakah Tun Razak bersalah kerana membuka hubungan diplomatik kepada negara China ditahun 70 an dahulu?
Saya sudah membaca blog panji hitam. Banyak entry didalamnya meragukan. Antaranya mengatakan komunis ajaran dibawa oleh Mao Ze dong sedangkan ianya diasaskan Karl Max di Rusia.
Berfikirlah secara matang dan mengikut logik akal. Jangan disebabkan benci kepada seseorang, pemikiran kita menjadi tertutup.
adakah russia bebas dari pengaruh zionist?? xkesah siapa yg mewujudkan ideologi komunist,yg penting ideologi ini menyeleweng...adakah sejarah yg kita belajar kat skolah yg menyatakan komunist adalah ajaran karl max betul?maklumat ini tidak ditapis dulu oleh THH??saye pon xtau...yg saye tau,saya sayang agama,bangsa saya...peace :)
BalasPadamtahniah kepada penulis2 blog yg memberikan info2 yang menaikkan kesedaran dan menyedarkan kita...bangsa melayu yang masih tidur..mamai..Allahuakbar!!