Pengarah Eksekutif IKD ialah Khalid Jaafar bekas Setiausaha Akhbar Anwar Ibrahim. IKD yang sangat aktif IPTA dan IPTS. IKD turut bekerjasama rapat dgn MAFREL mengadakan penyelidikan. IKD amat aktif mempengaruhi minda golongan muda dan berpelajaran terhadap Anwar Ibrahim. IKD sendiri pernah menerima RM20 juta daripada Konrad Adeneur Foundation (KAF) pada awal penubuhannya. KAF turut menaja Interfaith Commision (IFC).
Apa itu IKD ? klik sini info lengkap IKD
Apa agenda IFC , baca di sini atau terus di bawah ini
Apakah tuntutan orang-orang bukan Islam yang dibuat melalui IFC ?
i. Seseorang anak yang dilahirkan oleh ibubapa Islam tidak seharusnya secara terus menjadi orang Islam.
ii. Orang-orang bukan Islam yang telah memeluk agama Islam hendaklah diberikan kebebasan untuk kembali kepada agama asal mereka (murtad) dan tidak boleh dikenakan tindakan undang-undang.
iii. Sebarang kes pertukaran agama orang Islam kepada bukan Islam tidak sepatutnya dikendalikan oleh mahkamah syariah tetapi dikendalikan oleh mahkamah sivil.
iv. Tidak perlu dicatatkan di dalam kad pengenalan seseorang Muslim bahawa ia beragama Islam.
v. Orang bukan Islam tidak perlu dikehendaki menganut Islam sekiranya ingin berkahwin dengan orang Islam. Orang Islam hendaklah dibenarkan keluar daripada Islam (murtad) sekiranya ingin berkahwin dengan orang bukan Islam tanpa boleh dikenakan apa-apa tindakan undang-undang.
vi. Seseorang atau pasangan suami isteri yang menukar agamanya dengan memeluk Islam tidak patut diberikan hak jagaan anak.
vii. Orang-orang yang bukan Islam yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan seorang yang memeluk Islam hendaklah diberikan hak menuntut harta pusakanya selepas kematiannya.
viii. Kerajaan hendaklah menyediakan dana yang mencukupi untuk membina dan menyelenggara rumah-rumah ibadat orang bukan Islam sebagaimana kerajaan menyediakan dana yang serupa untuk masjid.
ix. Orang-orang bukan Islam hendaklah dibenarkan dan tidak boleh dihalang daripada menggunakan perkataan-perkataan suci Islam dalam percakapan dan sebagainya.
x. Bibel dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Indonesia sepatutnya dibenarkan untuk diedarkan kepada umum secara terbuka.
xi. Pelajaran agama bukan Islam untuk penganut agama itu hendaklah diajar di semua sekolah.
xii. Program-program berunsur Islam dalam bahasa ibunda sesuatu kaum hendaklah ditiadakan. Program dakwah agama lain selain Islam pula hendaklah dibenarkan untuk disiarkan dalam bahasa ibunda masing-masing.
xiii. Orang-orang Islam yang membayar zakat tidak sepatutnya dikecualikan daripada membayar cukai pendapatan dan wang hasil zakat sepatutnya digunakan juga untuk keperluan orang-orang bukan Islam.
xiv. Sepatutnya Islam tidak disebut sebagai pilihan pertama masyarakat Malaysia seperti dalam soal pakaian menutup aurat kepada pelajar sekolah.
Baca lagi perihal IKD ini yang anda perlu ketahui jika ingin memahami rentak tulisan dan ideologi kebanyakan nama nama yang akan saya petik dari Masterdedah di bawah ini :
IKD melalui Universiti Bangsar Utama (UBU) pimpinan Hishammudin Rais telah mendidik pengikut mereka berfikir bebas dan liberal. Melalui IKD dibentuk Open Dialouge Center (ODC) yang ditaja oleh National Endowment for Democracy (NED).
Grup seni yg dibayangi IKD ialah team Komuniti Seni Jalan Telawi (KSJT). KSJT dianggotai Fathi Aris Omar (Wartawan Mstar), Hasmi Hashim (Ketua PKR Bahagian di Johor), Amir Sari (Exco Mahasiswa Angkatan Muda PKR) dan Rahmat Haron (bekas wartawan Center for Independent Journalist, CIJ, bekas pelajar UM). Laman web KSJT ialah jalantelawi.com.
Antara filem kontroversi yang dihasilkan pengikut mereka ialah 'Bukak Api' (filem seks bebas golongan pondan dan homoseks) dan juga 'Dokumentari Hari-hari Terakhir seorang Komunis' ( mengagungkan Chin Peng).
'Bukak Api' ialah filem Osman Ali, dan Filem 'Dokumentari Hari-hari Terakhir seorang komunis' adalah karya Amir muhammad. Mereka ini mempunyai hubungan langsung dengan IKD melalui Grup seni Komuniti Seni Jalan Telawi (KSJT). Jalantelawi.com turut mendapat pembiayaan drpd Friedrich Naumann Stiftung (FNS).
maklumat tentang Fathi Aris Omar :
Fathi Aris Omar pernah berguru di Utan Kayu, Indonesia berkenaan Islam Liberal dan sekarang ditaja oleh Nippon Foundation, satu yayasan dari Jepun. Fathi Aris sekarang bersama dengan laman Mstar. Fathi Aris aktif menyebarkan falsafah pemikirannya dalam laman blog.
Cuma di manakan Amin Iskandar belajar sedangkan beliau antara penulis di Malaysiakini ? nanti saya cari dulu ...ada saya bagitahu anda nanti....lihat di ruang penulis ada nama nama di atas seperti Hishamuddin Rais, Fathi Aris Omar di kalangan penulis Malaysiakini ..Merekalah orang yang bertanggungjawab melakar persepsi kepada pemerintah kita hingga ramai telah terpedaya dengan ulangan fakta dan ulasan mereka sehingga akhirnya ramai telah menolak kestabilan pemerintahan parti BN dan mengambil risiko menukar kepada Pakatan Rakyat yang kini masih terumbang ambing di dalam melaksanakan segala janji janji mereka kepada rakyat...
Hati hati kerana ramai 'musuh dalam selimut' sekeliling kita sekarang.....berbangsa sama dan agama luarannya sama dengan kita....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan