Pages

16 Julai 2010

Gempar : Malaysiakini terpaksa memuji DS Najib isu kenaikan harga minyak?

Sebelum itu mari kita baca komen menarik di blog Luthtextile tentang isu minyak. Ia boleh dikatakan komen yang benar bukan direka cipta oleh sesiapa.

epool86says:16/07/2010 at 6:35 PMSebenarnya bg mereka yg rajin membaca, kerajaan sebenarnya dah berterus terang akan menghapuskan subsidi minyak, namun dlm peringkat berfasa bkn serta merta. Jadi apa yg berlaku sekarang adalah sebahagian dari proses tersebut.Bagi kami yg bekerja di oil company, sebenarnya faham sebab2 dan rasionalnya.

Apa yg berlaku adalah malaysia skrg sudah terbahagi kpd dua kumpulan iaitu golongan berkemampuan dan golongan tidak berkemampuan. Oleh kerana bilangan rakyat yg semakin bertambah, adalah penting bg kerajaan utk optimize subsidi hanya kpd golongan sasar dan bkn lg menanggung semua org.dlm konteks subsidi bhn bakar, golongan berpendapatan rendah memiliki kenderaan berkuasa rendah seperti motosikal, kereta tempatan, atau mungkin tiada kenderaan langsung. sedangkan org kaya memiliki kenderaan besar dan mengisi lebih bnyk minyak kerana keperluan minyak utk kenderaan besar jauh lebih tinggi, pengguna proton isi rm30, pengguna toyota isi rm100.

jd sebenarnya majoriti minyak bersubsidi dinikmati oleh mereka yg tidak sepatutnya.maka itu sudah lari dari objektif kerajaan utk target kpd golongan sasar. antara alternatif utk masalah ini adalah pengenalan kupon beras, subsidi minyak hanya utk bot nelayan, bantuan kebajikan, etc.mengikut penganalisis, kerajaan telah membuat silap kerana terlalu bnyk menghabiskan duit utk subsidi sejak puluhan tahun yg lalu, kesan dan impak tidak dpt dilihat dlm jangka masa pendek. tapi skrg selepas 50 tahun merdeka, negara kita makin jauh ketinggalan, pendapatan isi rumah rendah, dan perkembangan pendapatan negara tidak seiring dgn pertambahan penduduk, kerana sebahagian besar investment dihabiskan utk subsidi.

kerajaan yg sudah sedar kesilapan ini cuba utk memperbetulkan semula haluan kita. mungkin itu akan menyebabkan mereka kalah pilihanraya, namun mereka tahu itu yg terbaik dan terpulang kpd rakyat utk menerima atau tidakcadangan penggunaan mykad semasa isian minyak baru2 ini pula tidak dpt dilaksanakan kerana kekangan teknikal dan implementasi.utk masalah harga barang naik selepas kenaikan harga minyak, ini sebenarnya masalah peniaga yg mengambil kesempatan dan masalah ini bertambah buruk akibat kelemahan penguatkuasaan kerajaan.

kita merasa susah kerana pendapatan perkapita kita tidak sepadan dgn kenaikan harga barang dan kos sara hidup, apakah puncanya? puncanya ialah kerajaan gagal membangunkan asset value negara kita dan hanya fokus kpd subsidi utk memastikan rakyat senang dlm jangka masa yg pantas sejak berpuluh tahun dahulu.walau apa pun, lain org lain cara, dan kita berhak menentukan cara mana yg terbaik utk memacu perkembangan ekonomi dan kemajuan negara kita. ada pihak yg berpendapat subsidi harus dikekalkan dan mungkin mereka ada perancangan sendiri, apa yg penting sesiapapun yg memerintah buatlah keputusan yg terbaik utk negara, dan jgn membuat keputusan utk meraih sokongan semata.

Sebelum itu tulis Blogger Luthtextile :

Bila kerajaan bagi subsidi itu, sumbangan ini, elaun itu tak ada pon rakyat nak maki – maki kerajaan, senyap lagi ada la. Biasalah, mungkin dasar tak kenang budi kot. Bila satu benda yang mendatangkan gembira kepada diri sendiri, senyap seribu bahasa sampai tak reti nak syukur, dan bila ada perkara yang tak kena sikit a.k.a macam kacau sikit diri dan keluarga baru nak terpekik terlolong salah orang itu dan salah orang ini.Hello, aku tak bodohla nak sokong kerajaan membabi buta. Sapa la yang nakkan harga barangan naik, sapa suka bayar benda mahal dan bayar lebih? Orang kaya yang duit belambak – lambak tu lagi kedekut liat nak bayar bandinglah dengan orang biasa macam aku ni.

Mungkin, aku tak kahwin lagi dan tak ada tanggungjawab nak sara anak bini tapi kena fikir secara rasional la. Bila ada benda macam ni nak salahkan gila – gila pada kerajaan, nak maki dan mencarut pada orang lain. Serupa diri tak ada adab.Aku tengok reaksi rakan – rakan yang tulis dan keluarkan kenyataan di Facebook, Twitter dan macam – macam lagi tu terlalu ikutkan emosi. Ketepikanlah emosi tu, bukan hang sorang yang nak bayar harga minyak RM1.85 tu, berjuta – juta rakyat Malaysia lain bayar harga sama juga. Hang tulis caci maki carut marut kat Facebook orang tu melambangkan diri hang tu sendiri tak boleh pakai.Senang cerita, orang yang tulis macam tu tak payah nak layan tak payah nak hirau sebab dia tak hormat orang lain dan kita sebagai pemerhati tak perlu nak hormat dia.

Panglima :Sebelum itu lagi lihat Malaysiakini akhirnya terpaksa membuat cerita palsu isu editor akhbar diminta guna tajuk utama yang diminta oleh Kerajaan. Selepas ini 'gear kedua' mereka ialah menuduh Kerajaan mengawal media massa dan akhirnya 'gear ketiga' ialah gelaran kuku besi akan ditanam dalam minda rakyat kepada DS Najib Tun Razak.

Permainan media Malaysiakini dapat dibaca dan malang bagi mereka kali ini kerana kebijaksanaan Kerajaan yang sudah menerangkan kepada rakyat lebih awal rasional subsidi distrukturkan semula berbanding dahulu di mana penerangan dibuat selepas rakyat sudah marah kerana minyak dinaikkan.

Malaysiakini sudah terperangkap dan mereka mampu 'melihat' dan mengakui kebijaksanaan DS Najib menghadap tipu helah pembangkang.

Lihat Malaysiakini terpaksa mengakui kebijaksanaan PM di sini http://malaysiakini.com/news/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Berikan pendapat anda sebanyak di sini.

Komen menyalahi undang-undang akan ditanggung oleh penulisnya..

Tapisan tidak dibuat di blog ini.

Cuma ulasan mencarut dan sewaktu dengannya akan dipadamkan.