Mohd. Anwar terajui MGA
Mohd. Anwar Mohd. Nor (duduk, tiga dari kiri) bersama barisan exco baru Persatuan Golf Malaysia di Melaka, semalam.
MELAKA - Tan Sri Mohd. Anwar Mohd. Nor dipilih sebagai Presiden Persatuan Golf Malaysia (MGA) yang baru selepas menewaskan penyandang jawatan itu, Datuk Robin Loh dengan kelebihan satu undi dalam mesyuarat agung tahun persatuan itu di Melaka, semalam.
Anwar memperoleh 150 undi manakala Robin mendapat 149 undi dengan dua undi rosak.
Seramai 301 perwakilan membuang undi.
Selain presiden, jawatan lain turut menyaksikan persaingan sengit dengan dua jawatan Naib Presiden dimenangi penyandangnya, Datuk Mohd. Yaacob Mohd. Kassim selepas meraih 151 undi dan Low Teck San (146 undi).
Datuk Zulkifli Ismail juga berjaya mempertahankan jawatan Setiausaha Kehormat yang disandangnya selepas mendapat 180 undi berbanding 121 undi oleh pencabarnya, Nor Afendi Mohd. Razlan.
Jawatan Bendahari Kehormat juga menyaksikan penyandangnya, Andrew Bryan Perera mengekalkan jawatan itu menerusi 180 undi yang diperolehnya bagi menewaskan Chow Chee Keong (124 undi).
Anwar pada sidang akhbar selepas pemilihan itu berkata, beliau akan bekerjasama rapat dengan semua badan dalam sukan itu untuk membawa sukan golf ke satu tahap baru.
"Dalam mesyuarat ini, beberapa isu dibangkitkan dan kita akan meletakkan semua itu dapat perancangan strategik kita terutama pembangunan remaja," katanya.
Sementara itu, Robin menggesa semua ahli merapatkan kembali hubungan bagi memastikan MGA terus maju ke hadapan.
Beliau juga memberi jaminan akan memberikan kerjasama penuh kepada barisan kepimpinan baru persatuan itu demi kemajuan berterusan sukan golf di negara ini.
Sebelum pergi layan dulu video Anwar di bawah :
Tiada ulasan:
Catat Ulasan