Panglima mengucapkan ribuan terima kasih kepada selebriti terkenal Wardina Safiyyah yang tampil dengan pantas menolak dakwaan beliau pro kepada pembangkang.
Panglima turut menyentuh isu beliau bersama pemimpin Pakatan seperti Nik Nazmi dan Azmin Ali (gambar bawah) dan dalam hal ini beliau telah diminta dengan baik oleh Panglima untuk menjelaskan hal hubungannya dengan Pakatan.
Tajuk artikel Panglima : Gambar Wardina Bersama Azmin Ali Di Majlis Pakatan - TV3 Hanya Diam ?
Kita tidak mahu ada peminat beliau terkeliru bahawa beliau menyokong Pakatan. Itu sahaja tanpa niat untuk menutup pintu rezekinya yang gigih memberi semangat motivasi kepada pelajar.
Cuma sebagai selebriti beliau perlu pandai 'bermain politik' agar tidak menjadi mangsa diperalatkan oleh pemimpin politik.
Khasnya Pakatan yang kini sangat terdesak mencari sokongan khususnya melalui artis terkenal termasuk Wardina sendiri.
Sepatutnya Wardina yang dikhabarkan akan membuat 'press conference' esok (Rabu) perlu bersifat terbuka dalam menerima teguran dari bloggers bukan sebaliknya.
Kami hanya menulis tentang perkara yang kami rasakan perlu disentuh tanpa ada agenda apa apa. Pengalaman kami mengkaji isu-isu negara kita khasnya isu semasa mendapati BN adalah jauh lebih baik dari Pakatan dengan hujjah-hujah yang tidak muat untuk disenaraikan satu persatu di sini.
Kepada peminat dan majikan Wardina, sila baca kenyataan bagaimana beliau telah diperalatkan oleh Pakatan dalam tulisannya yang disiarkan oleh blog kopi panas di sini
Antara lain beliau menulis :
- Saya telah dipanggil oleh YB Nik Nazmi untuk turut serta bersama dalam Karnival Mesra Rakyat bersama dgn Uthaya Sankar, Safee Sali dan ramai lagi pada pagi Sabtu tersebut. Saya yakin tiada agenda politik dalam program ini maka saya bersetuju. Saya diminta memberi MOTIVASI KEIBUBAPAAN (satu bidang yang memang dekat dengan hati saya)
- Akan tetapi saya tidak dapat hadirkan diri pada pagi tersebut kerana hal yang tidak dapat dielakkan, maka disuruh oleh YB untuk hadir pada majlis penutupan pada waktu malam pula. Saya bertanya apa sebenarnya program malam itu. Perlukah saya hadir? Kerana seikhlasnya saya sudah teramat penat kerana baru lepas pulang dari satu lagi program di SIRIM Shah ALam bersama 400 wanita dan remaja perempuan. YB menegaskan bahawa ramai menantikan kehadiran saya. He insisted me to come.
- Tiada siapa memberitahu saya apa agenda malam itu.Walaupun berkali-kali saya bertanya. Saya dibawa ke restoran untuk makan malam. Kemudian saya diberitahu YB Azmin sudah sampai. Saya tidak pula tahu, kerana tiada siapa memaklumkan kepada saya. YB Azmin bukanlah seorang penjenayah dan saya bukanlah seorang yang biadap.Kami berbual dan ini kali pertama saya berbual dengan beliau. Saya berjumpa dengan ramai orang...janganlah begitu jumud dalam pemikiran. Bagaimana pula gambar saya dengan Datin Seri Rosmah Mansur? Ada yang nak tolong sebarkan?
Saya sedar implikasinya sekiranya saya kelihatan duduk semeja dengan beliau. Tetapi saya merasakan bahawa amat perlu untuk kita tidak berfikiran sempit dan menghormati hak saya atau sesiapa sahaja untuk bertemu dan berbincang denagn sesiapa pun! Saya tidak melakukan kesalahan.
Saya dijemput berucap untuk memberi motivasi kepada penduduk di situ hanya untuk 10 minit. Saya jujurnya agak terkilan kerana diberi masa yang begitu singkat. Sepatutnya saya tidak perlu pun hadir. Tetapi saya ini orang yang berpegang kepada janji. Saya sepatutnya dimaklumkan dengan lebih terpenci mengenai apa yang akan berlaku.
Sepatutnya lebih berkesan jika saya turun padang dan mengadakan motivasi bersama ibu-ibu dalam kumpulan yang lebih kecil agar impaknya lebih terkesan. Saya megakui saya tidak berapa gemar dikaitkan dengan mana-mana parti politik dan saya amat dukacita dengan apa yang berlaku. Buat masa ni lebih banyak yang dapat saya sumbangkan sekiranya tidak menyertai mana-mana parti politik...anatara sebabnya juga saya merasakan kita di Malaysia belum mencapai satu tahap yang benar-banar 'matang dan tulus' maka saya sememangnya tidak teringin pun melibatkan diri dalam politik....
Diharap Wardina lebih berhati-hati lagi di masa akan datang. Lebih elok beliau meminta maaf kepada bloggers yang dikritik beliau secara tidak langsung. Bagi mengelakkan persengketaan berpanjangan berlaku antara bloggers dengan beliau sebagai public figure yang dikenali ramai.
Jika berminat menceburi bidang politik (seperti imej twitter di bawah) silalah berbuat demikian asalkan tidak menyertai politik yang menfitnah dan dipimpin oleh ketua bermoral rendah.
Wardina di portal Mstar Online juga dilaporkan berkata : “Saya amat kecewa. Saya tidak terlibat dengan mana-mana perhimpunan haram. Ini semua salah faham pihak-pihak tertentu,” katanya kepada mStar Online ketika dihubungi di sini, Selasa.
Blog lain yang turut menyentuh isu ini seperti http://www.selamatkanrakyatselangor.com/
Moga kita semua dapat memahami antara satu sama lain. Insya ALlah !!!
Pesanan : satu group fb baru nama 'Facebooker 1Malaysia' telah diwujudkan oleh Panglima pada 6.6.2011. Sasaran 1 Juta sebelum 13 Julai 2011. Sila klik di sini http://on.fb.me/kFnvGS untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Berikan pendapat anda sebanyak di sini.
Komen menyalahi undang-undang akan ditanggung oleh penulisnya..
Tapisan tidak dibuat di blog ini.
Cuma ulasan mencarut dan sewaktu dengannya akan dipadamkan.