Pages

30 Jun 2011

Wajib Sebar : Fatwa Imam Syaukani 220 Tahun Lepas Terhadap Puak Hasut Rakyat Benci Pemerintah !!!



Dalam mencari jalan keluar kepada konflik BERSIH yang dikatakan setengah ahli agama tidak bercanggah dengan agama maka Panglima terpaksa mencari ulama yang bercakap tentang perkara ini sejak ratusan tahun yang lampau. Keghairan untuk menjayakan BERSIH menyebabkan ada juga pandangan menghalalkannya diguna oleh Pemimpin Pakatan seperti Adun PKR Nik Nazmi di sini http://nikhassanazmi.blogspot.com/2011/06/hukum-demonstrasi-bersih-20-halal-tidak.html

Ini kerana jika pendapat ulama yang ada di Malaysia hari ini digunakan sudah tentu pandangan mereka akan diputarbelitkan dan dituduh dibayar atau untuk mengampu pemerintah. Berbeza dengan pandangan Imam yang sudah lama dikenali dalam dunia Islam yang tidak mampu dipatahkan hujah mereka oleh sesiapa pun termasuk Haji Hadi atau Nik Aziz tentu lebih relevan untuk situasi genting ini.

Semoga sedikit bingkisan ini mampu membuka pintu hati kita agar tidak menyertai perbuatan menentang Ulil Amri untuk merosakkan keamanan negara kita. Banyak pihak yang rugi akibat BERSIH kali pertama dahulu dan jangan kita biarkan ramai orang akan kerugian sehingga menderita atas perbuatan kita menyertai perhimpunan HARAM tanpa PERMIT bernama BERSIH sedangkan ia jelas KOTOR dari segi kesan penganjurannya.

Mungkin ada yang tidak tahu 21,000 pemandu teksi di Lembah Klang akan kerugian RM 3.2 juta akibat demonstrasi haram ini. Klik sini jika anda tidak percaya http://www.yousaytoo.com/ 

Paling tidak, fikirkan adakah anda sebagai rakyat Malaysia akan menyokong usaha Ambiga yang jelas menyokong agenda murtad dan IFC yang ditolak oleh majoriti umat Islam ?

Jangan biarkan anda diperbodohkan oleh pemimpin rakus untuk mengejar kuasa bertopengkan agama !!!

PAS itu parti dan Islam itu agama....

Baca keterangan di bawah dan sebarkan ...



Imam asy-Syaukani rahimahullah (Wafat: 1250H) dalam blog An-Nawawi menyatakan:


ويؤدب من يثبط عنه" فالواجب دفعه عن هذا التثبيط فإن كف وإلا كان مستحقا لتغليظ العقوبة والحيلولة بينه وبين من صار يسعى لديه بالتثبيط بحبس أو غيره لأنه مرتكب لمحرم عظيم وساع في إثارة فتنة تراق بسببها الدماء وتهتك عندها الحرم وفي هذا التثبيط نزع ليده من طاعة الإمام

“Orang yang melakukan provokasi dan kekacauan (membakar emosi rakyat) untuk membenci pemerintah, mereka wajib diberi hukuman, maka yang diwajibkan adalah menghentikan perbuatannya (agar tidak timbul kekacauan). 

Jika mereka tidak juga berhenti dari melakukan kekacauan (provokasi tersebut), maka mereka berhak mendapat hukuman yang berat dan dipisahkan daripada orang-orang yang mereka provokasikan, sama ada dengan cara dipenjara atau selainnya. 

Ini adalah kerana mereka telah melakukan suatu perkara yang sangat-sangat diharamkan dan dalam masa yang sama telah berusaha menebar fitnah yang berpotensi mengakibatkan pertumpahan darah serta mencemarkan kehormatan yang menodai harga diri. 

Provokasi seperti inilah yang menyebabkan seseorang keluar dari ketaatan terhadap pemerintah.” (asy-Syaukani, as-Sailul Jarrar, 1/942 – Maktabah Syamilah)



Kehebatan Imam Syaukani yang menjadi mufti ketika berusia 20 tahun, dapat dilihat pada karya-karya yang telah beliau hasilkan. Di antaranya terdapat 240 buku masih berbentuk manuskrip (belum diterbitkan dalam bentuk kitab). 

Kitab yang sudah tercetak mencapai empat puluh lebih, di antaranya:

1. Fathul Qadir al-Jami’ baina Fann ar-Riwayat wad Dirayat fit Tafsir (5 jilid).
2. Nailul Authar Syarah Muntaqal Akhbar (4 jilid).
3. As-Sailul Jarar al-Mutadaffiq ala Hada’iqil Azhar (4 jilid).
4. Irsyadul Fuhul ila Tahqiqil Haq min Ilmil Ushul (1 jilid).
5. Al-Badru ath-Thali’ bi Mahasin man ba’da al-Qarni as-Sabi’ (2 jilid).
6. Ad-Dararil Mudhiyyah Syarah ad-Duraril Bahiyah (2 jilid).
7. Ad-Durarul Bahiyyah fil Masa’ilil Fi’iqhiyah (kitab yang sedang diterjemahkan).
8. Al-Fawa’idil Majmu’ah fil Ahaditsil Maudhu’ah (1 jilid).
9. Tuhfatu az-Zakirin bi ‘Iddatil Hishnil Hashin (1 jilid).
10. At-Tuhaf fil Irsyad ila Mazhab as-Salaf.
11. Al-Qaulul Mufid fi Adillatil Ijtihad wat Taqlid.

Info ini diperolehi dari blog http://jamalkajian.wordpress.com/  

Selain itu juga Imam Abu ‘Abdillah al-Qurthubi rahimahullah atau dikenali dengan nama gelaran Imam Qurtubi (Wafat: 671H) turut menyentuh perkara yang sama :



والذي عليه الأكثر من العلماء أن الصبر على طاعة الإمام الجائر أولى من الخروج عليه، لأن في منازعته والخروج عليه استبدال الأمن بالخوف، وإراقة الدماء، وانطلاق أيدي السفهاء، وشن الغارات على المسلمين، والفساد في الأرض.


“Apa yang dipegang oleh kebanyakan dari para ulama’ bahawasanya sabar dalam mentaati pemerintah yang zalim lebih utama dari keluar memberontak kepada mereka, kerana memisahkan diri dan keluar memberontak itu akan menukarkan keamanan kepada ketakutan, dan tertumpahnya darah yang disebabkan oleh tangan-tangan orang yang bodoh dan hanya akan menyebarkan kefasadan (keburukan) dalam kalangan umat Islam dan di atas muka bumi.” (Tafsir al-Qurthubi, 2/109)


Mohon info ini disebarkan demi keamanan dan kesucian Islam !!!



Pesanan : satu group fb baru nama 'Facebooker 1Malaysia' telah diwujudkan oleh Panglima pada 6.6.2011. Sasaran 1 Juta sebelum 13 Julai 2011. Sila klik di sini http://on.fb.me/kFnvGS untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Berikan pendapat anda sebanyak di sini.

Komen menyalahi undang-undang akan ditanggung oleh penulisnya..

Tapisan tidak dibuat di blog ini.

Cuma ulasan mencarut dan sewaktu dengannya akan dipadamkan.