Pages

18 Oktober 2011

Krisis PBTM - PVTM : Perebutan Kuasa Kalangan Bekas Tentera & Pandangan Panglima !!!



Panglima sebenarnya malas nak sentuh isu ini. Kerana ia berkaitan dengan veteran askar kita yang tidak ada kaitan sangat dengan panglima dari segi kehidupan dan prioriti isu yang biasa disentuh di sini. Pernah Panglima menyiarkan tulisan tentang PVTM di sini dari email pembaca dan tetapi tidak terfikir meneruskannya kembali kali ini.

Link :
http://penembak-tepat.blogspot.com/2011/10/presiden-pvtm-mohon-maaf-menipu-gelaran.html  


http://penembak-tepat.blogspot.com/2011/10/presiden-pvtm-gila-glamour-hentam.html


Namun apabila mendapat maklumat demi maklumat tentang krisis PBTM dan PVTM dan kritikan terhadap Akta Veteran 2011 maka panglima fikir sesuatu perlu dilakukan untuk menjernihkan keadaan. Agar pihak PBTM PVTM dan Kementerian Pertahaann tidak berselisih faham sesama sendiri akibat kesilapan maklumat atau kegelojohan seseorang yang mungkin terpengaruh dengan hawa nafsunya yang mahu menonjolkan diri.


Dalam situasi yang ada berdasarkan info yang diperolehi dari carian Google maka Panglima melihat ada sedikit pencerahan dalam isu ini dan di bawah ini ada sedikit nasihat sebagai orang yang suka menganalisa dan mengkaji dan meluahkannya kembali di blog peribadi agar dibaca dengan lapang dada.


Sebelum itu mungkin molek jika kita membaca dahulu sedikit tulisan oleh blogger yang tidak pun dikenali oleh Panglima di bawah tentang Presiden PVTM. Mungkin maklumat beliau boleh membantu kita mengenali sosok tubuh orang yang dimaksudkan.


Tulisan yang diterbitkan pada 24 Mac 2011 oleh blogger PBS di link  


http://pbs112103.blogspot.com/2011/03/ali-tinju-satu-pendedahan.html



Pada hujung minggu yang lepas, aktiviti saya dipenuhi dengan berjumpa beberapa rakan lama, di sepanjang pertemuan kami banyak perkara yang dibualkan. Setiap kali berjumpa, bercerita mengenai pengalaman lama semasa berkhidmat dalam tentera mesti menjadi salah satu agenda utama yang biasa akan dimulakan dengan perkataan ‘Masa Aku Dulu’. Setiap isi cerita tersebut biasanya akan diselangi dengan gelak tawa kerana mengenang banyak peristiwa yang mencuit hati dan ada juga cerita yang sedih. 

Pada kali ini saya rasa terpanggil untuk menulis blog ini setelah rakan lama saya Tn Hj Salleh Kicap menceritakan terdapat individu yang sedang dalam usaha memburukkan dan berlawan dengan Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM).

PBTM telah ditubuhkan sejak tahun 1922 lagi dan merupakan pertubuhan yang paling tua di Malaysia. Bukan setakat itu sahaja, individu ini turut membuat serangan peribadi kepada presiden PBTM dan peg kanan tentera atas alasan yang tidak diketahui, mungkin ada udang disebalik batu. .Berikutan itu, saya mengambil keputusan untuk mengenali dengan lebih rapat individu yang bertanggungjawab yang dikenali dengan panggilan ALI TINJU.

Semalam saya telah berusaha menghubungi beberapa rakan lama untuk mendapatkan maklumat mengenai ALI TINJU. Daripada maklumat yang diperolehi seperti berikut:

1. Nama : 1085628 Pbt Mohd Ali bin Baharom @ Mahat
2. Tarikh Masuk Tentera: 20 Okt 1990
3. Tarikh Tamat Perkhidmatan : 29 Sep 1998 (7 tahun 340 hari)
4. Unit: RAMD
5.  Persatuan: Presiden Persatuan Veteran Tentera Melayu (PVTM)

Dalam hati saya berkata, hebat ALI TINJU ni berhenti prebet tapi boleh jadi presiden persatuan (bangga pun ada anggota bawahan boleh berjaya). Tapi saya hairan kenapa ALI TINJU menggunakan pangkat yang ada untuk menjatuhkan orang lain. Apakah motif ALI TINJU?, Ada kepentingan lain ke?. ALI TINJU merasakan dirinya sebagai presiden PVTM perlu diberi layanan seperti Menteri Pertahanan dan Bekas-bekas Panglima Angkatan Tentera, memang dasar besar kepala. Itulah susah apabila prebet mendapat kuasa jadi presiden dalam persatuan yang ditubuhkan sendiri, (masuk bakul angkat sendiri) mula lupa daratan dan lupa diri. 

ALI TINJU cuba menjatuhkan PBTM yang mempunyai keahlian melebihi keahlian melebihi 150,000 ahli, sedangkan PVTM yang ditubuhnya hanya mempunyai tidak sampai 200 ahli. Saya hairan bagaimana ROS boleh meluluskan penubuhan PVTM kerana dengan keahlian yang sedikit PVTM tidak boleh menyumbang kepada pembangunan bekas tentera dan memperjuang hak veteran tentera. ROS perlu mengkaji kembali penubuhan PVTM kerana denagn latarbelakang buruk ALI TINJU sebagai presiden akan membusukkan nama baik bekas-bekas tentera kelak.  Dalam siri akan datang saya akan menceritakan lebih lanjut mengenai siapakah ALI TINJU.




Ketika mencari dalam Google didapati Portal KO juga melaporkan Presiden PVTM sedang giat melobi untuk jadi calon http://www.kritis-online.com/ 


Ada juga cakap-cakap memberitahu cerita tidak berapa enak didengar tentang Presiden PVTM tentang program tertentu dan melibatkan wang. Bukan masalah minta peruntukan tetapi sikap beliau yang begitu telah menimbulkan kebenciaan sesetengah pihak yang berurusan dengannya.


Betul atau tidak, wallahu A'lam.


Tentang latar belakang Presiden PVTM dan aktiviti mereka anda boleh dibaca di blog Armand PJU ( dulu Ketua Wira PERKASA ) di sini 


http://armandpju.blogspot.com/2011/07/persatuan-veteran-tentera-melayu-pvtm.html




Isu kecaman PVTM terhadap Akta Veteran 2011 disentuh dalam entri terakhir blog peribadi Ali Tinju pada 6 Oktober 2011 di sini :


http://alitinju35.blogspot.com/2011/10/kenapa-akta-veteran-diluluskan-salam.html



(maaf hanya ini sahaja yang Panglima temui dalam Google )

gambar dari FB Presiden PVTM 

Selain itu sebagai tambahan kenyataan Naib Presiden PBTM tentang Akta Veteran 2011 yang diulas blog Sungai Rapat Online boleh anda klik di sini






Kesimpulan :


1. Perselisihan PBTM dan PVTM jangan dipanjangkan. Kedudukan PBTM sebagai persatuan paling lama sejak 1922 harus dihormati oleh PVTM dan kewujudan PVTM pula perlu mengisi kekurangan yang ada pada PBTM tanpa perlu menjatuhkannya.


2. Perbezaan nama persatuan jangan menimbulkan masalah sekiranya matlamat mereka sama demi menjaga kebajikan ahli ahli. Persaingan wajar ditukar kepada perkongsian.


3. Jangan kerana mengejar pengaruh maka tindakan tidak cerdik dibuat oleh pihak yang berkepentingan. Utamakan kepentingan umum dan korbankan kepentingan diri dan peribadi.


4. Perpecahan kalangan veteran askar/tentera hanya merugikan bangsa Melayu bukan menambah keuntungan sedikitpun. Sudah cukup perpecahan yang berlaku dan jangan ditambah lagi perpecahan umat dengan perpecahan bekas askar yang pernah menjadi tulang belakang keamanan negara Malaysia.


5. Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Zahid Hamidi tidak wajar disalahkan atas perkara yang bukan di bawah tanggungjawab beliau dan jika ada sebarang perkara berbangkit tentang isu Akta Veteran 2011 maka saluran yang ada perlu digunakan sebaik mungkin,  bukannya membuat provokasi di ruang maya atau saluran yang tidak sesuai.


Isu Akta Veteran yang khabarnya menimbulkan tidak puas hati Presiden PVTM dan Presiden PBTM sudah dijelaskan oleh Datuk Seri Zahid Hamidi di sini :







Keterangan lengkap tentang Akta Veteran 2011 ini anda boleh baca di hansard Parlimen di sini : http://www.parlimen.gov.my/files/billindex/pdf/2011/DR012011.pdf


Selain itu keratan akhbar di bawah juga boleh dijadikan panduan dalam menilai sikap bekas askar terhadap Akta Veteran 2011.



Kerajaan (pada pandangan Panglima)  sudah tentu tidak ada niat sedikitpun untuk menggugat kepimpinan persatuan sedia ada dan seharusnya tidak ada pihak merasa terancam dengan Akta Veteran yang dibentangkan yang jeas demi menjamin kebajikan para tentera yang banyak berjasa kepada negara.


Semoga bangsa Melayu Islam kita akan kekal dipelihara perpaduannya oleh Allah Taala dan mari kita jernihkan perselisihan faham dengan meningkatkan kemaafan dan mengenepikan hasutan syaitan.


Wallahu A'lam.



Imbas kembali : Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Zahid Hamidi dan
Presiden PVTM dalam satu majlis.

Pesanan : satu group fb baru nama 'Facebooker 1Malaysia' telah diwujudkan oleh Panglima pada 6.6.2011. Sasaran 1 Juta sebelum 13 Julai 2012. Sila klik di sini http://on.fb.me/kFnvGS untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Berikan pendapat anda sebanyak di sini.

Komen menyalahi undang-undang akan ditanggung oleh penulisnya..

Tapisan tidak dibuat di blog ini.

Cuma ulasan mencarut dan sewaktu dengannya akan dipadamkan.