Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

10 Oktober 2011

Presiden PVTM Gila Glamour Hentam Menteri?

Di bawah ini ada kiriman pembaca blog panglima  Mohd Fauzi bin Mohd Fadhil tentang isu askar veteran membabitkan Presiden Veteran Tentera Malaysia Datuk Ali. Beliau dikatakan telah menghentam Menteri Pertahanan Datuk Seri Zahid Hamidi antaranya termasuk isu terbaru berhubung Akta Veteran 2011. 

Ali Tinju

Presiden PVTM Datuk Ali  (gambar FB)

Berikut email beliau : 


Tuan Panglima,


Terlebih dahulu saya memohon seribu kemaafan atas kedatangan email yang tidak diundang ini ke kotak email tuan panglima. Mulanya saya teragak-agak untuk menulis di cyber cafe cerita ini kerana ia boleh membuka aib bekas tentara kita, tetapi kemarahan melihat tindakan bekas tentera yang sanggip menghina menteri yang menjaga hal ehwal tentera,telah menolak diri saya untuk melakukan semua ini.

Saya tidak berniat mencemarkan nama baik blog tuan panglima atas kedatangan email yang akan menceritakan tentang seorang individu yang dikenali baik melalui media massa dan kalangan veteran tentera. iaitu Presiden Persatuan Veteran Tentera Malaysia Datuk Ali. Tetapi saya merasa tindakan ini penting demi parti saya sayangi iaitu UMNO.

Saya ingin menulis memandangkan kelakuan beliau sebagai Presiden PVTM telah merobek perasaan ahli ahli PVTM sendiri. Bilamanya beliau menconteng arang ke muka pemimpin parti dengan kelakuan tidak bersopan sebagai pemimpin persatuan veteran.Kita tidak kisah menegur Menteri tetapi kita perlu mengetahu had dan kaedah sesuai untuk membetulkan pandangan beliau.

Mana pergi kesetiaan sebagai bekas satria menentang musuh negara  jika beliau menghina menteri kita khasnya menteri pertahanan dr Zahid Hamidi? Saya mendapat tahu dari rakan yang selalu mengguna Facebook bahawa Datuk Ali kerap menghentam Dr Zahid Hamidi atau membanding dengan menteri lain,ekorang saya tidak selalu mengguna facebook setiap masa.

Jika ada kesalahan pihak menteri beliau sepatutnya menggunakan saluran berbincang bukan saluran media sosial untuk meluahkannya. Perbuatan ini tidak wajar dibuat oleh seorang Presiden sebuah persatuan bekas tentera.Kita mempunyai 43 persatuan maka jangan kita membuat tindakan mencemar nama baik rakan yang lain.

Harapa saya tuan panglima,agar ahli PVTM bangkit menentang tindakan Presiden mereka yang tidak boleh dijadikan teladan ini. Jangan mereka sekadar pak angguk kepada orang seperti ini.

Sekali lagi email saya ini bukan untuk menjatuhkan maruah Datuk Ali tetapi sekadar ingin menyentuh tindakan Datuk Ali yang sebenarnya boleh ke hadapan lagi jika diperbaiki sedikit pendekatannya di dalam memimpin persatuan. Email saya bukan untuk memalukan beliau tetapi untuk menegur kesilapannya dalam memimpin persatuan PVTM.

Sekian,harap dimaafkan teguran ini hendaknya.




Mohd Fauzi B. Mohd Fadhil


Kg Balok, Kuantan Pahang.




nota : salinan email seperti imej di bawah ini (klik untuk lebih jelas)



Panglima : Pertama sekali terima kasih kepada penulis email yang sudi menceritakan pandangan beliau ke sini. Meskipun Panglima tidak mengetahui dengan mendalam apa itu PVTM atau disebut 'persatuan veteran tentera' tetapi tulisan encik Mohd Fauzi kali ini tetap disiarkan... 

Sejak membuka peluang kepada sesiapa sahaja yang berminat ingin berkongsi pengalaman atau info untuk menulis di sini, hanya kali ini ada orang sudi menulis apa yang mereka tahu dan alami bagi dikongsi di blog ini.

Harapan panglima agar anda sudi menghulurkan bahan menarik dan bermanfaat untuk kita penuhkan dalam blog ini.Walau Panglima terpaksa terbit 100 artikel sehari hasil sumbangan anda.

Mungkin pihak Datuk Ali ada jawapan kepada tulisan En Mohd Fauzi B. Mohd Fadhil di atas boleh menulis kepada Panglima jawapan beliau dan ia boleh disiarkan di sini Insya Allah.

Semoga tidak ada kekeliruan sehingga merosak hubungan baik antara umat Islam. Sesiapa sahaja boleh menghantar jawapan mereka untuk menjelaskan keadaan sebenar kepada rakyat. Termasuk Datuk Ali.

Tentang isu ditimbulkan oleh Datuk Ali, Panglima sudah periksa ada satu isu terbaru disentuh beliau dalam blog peribadinya itu. Isu akta veteran. Link anda boleh klik di sini http://alitinju35.blogspot.com/

Maka selepas dicari jawapan maka di bawah ini diperturunkan jawapan Datuk Seri Zahid Hamidi tentang akta tersebut pada 5 Oktober 2011 yang lalu di Mstar Online...  


Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ketika menggulung perbahasan menjelaskan bahawa Rang Undang-Undang itu bukan bermaksud mahu membatalkan persatuan bekas tentera sedia ada sebaliknya hanya memindahkan kuasa pendaftaran daripada Jabatan Pendaftar Pertubuhan Malaysia (ROS) kepada Pendatar Persatuan Bekas Tentera.

"Cuma pindah, soal aset tidak timbul. Apa juga jawatan, kekal...aktiviti terus berjalan. Kalau tak ada duit Majlis Veteran akan bantu. Cuma jangan tubuhkan persatuan-persatuan ini untuk tujuan politik," katanya.

Beliau berkata dana daripada Tabung Rayuan Hari Pahlawan boleh diagihkan kepada mana-mana persatuan yang tidak mempunyai sumber kewangan mengikut jumlah ahli per kapita.Ahmad Zahid berkata tempoh perpindahan pendaftaran daripada ROS kepada Pendatar Persatuan Bekas Tentera akan mengambil masa selama 21 hari.

Beliau berkata pihak-pihak terlibat dengan persatuan bekas tentera tidak perlu khuatir dengan perubahan kuasa pihak yang mendaftarkan persatuan-persatuan tersebut. Tambahnya, kementerian telah mengadakan sesi-sesi dialog sebelum rang undang-undang itu dibentangkan di Parlimen bagi mendapatkan maklum balas dan mendengar pandangan pelbagai pihak berhubung cadangan terbaik sebelum Majlis Veteran dapat ditubuhkan.

Rang Undang-Undang Veteran 2011 bertujuan menubuhkan Majlis Veteran Malaysia yang antara lain bertujuan menyelia pelaksanaan dasar dan pelan tindakan berhubung dengan hal ehwal veteran selain menjadi badan pemantau bagi semua persatuan veteran di Malaysia.

Di bawah akta baru itu kelak, akan memberi faedah kepada semua anggota walaupun tempoh perkhidmatan mereka hanya sehari.

Antara faedah di bawah akta itu ialah kenaikan pencen minimum pesara, pencen terbitan isteri, bantuan sara hidup, faedah perubatan, pendidikan, peralatan pesakit, elaun pingat dan bantuan sosio ekonomi. Selain itu, akta itu turut membabitkan penyelarasan pemberian elaun bulanan kepada pesara serta kemudahan skim perubatan. Persidangan dewan disambung pada Rabu. -BERNAMA

Kepada sesiapa yang ada cerita lain yang ingin diterbitkan di sini bolehlah menghantar email kepada panglimaperangcyber@yahoo.com.

Panglima mengalu-alukan kedatangan email anda untuk memberi bahan terbaik kepada pembaca yang datang ke blog ini. Anda juga boleh menghantar melalui twitter dengan mengalamatkan gambar atau info anda kepada akaun twitter panglima iaitu @panglima_cyber.

Terima kasih.

Pesanan : satu group fb baru nama 'Facebooker 1Malaysia' telah diwujudkan oleh Panglima pada 6.6.2011. Sasaran 1 Juta sebelum 13 Julai 2012. Sila klik di sini http://on.fb.me/kFnvGS untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate