Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

29 November 2011

Akhbar China Press Hina Mantan Perdana Menteri - Tun Mahathir - Orang Tua Nyanyuk !!!



Antara yang ditulis ialah : 

  • Mahathir lupa bahawa beliau bukan Menteri Kanan, dan usia beliau sudah menjangkau 80 lebih tahun dan tidak jauh lagi untuk masuk kepada usia 90 tahun.

  • Seorang tua dan sudah berumur, buah fikiran tidak lagi cekap ataupun tangkas seperti orang-orang muda, ini adalah lumrah semula jadi yang diakui ramai, kata-kata Mahathir kini sudah tidak mantap lagi, sama seperti cara dia berjalan yang sudah tidak tegap. Jika sekarang ini percakapan beliau kadang-kadang baik dan kadang-kadang tidak baik, kadang-kadang salah kadang-kadang betul, kadang-kadang terkeliru yang tidak habis-habis.

  • Tun Mahathir adalah bekas Perdana Menteri yang disanjung tinggi dan yang dimuliakan, sebelum bersuara beliau perlu buat kerja rumah dan kajian terlebih dahulu, bangaimana jika dicadang upah beberapa orang setiausaha untuk itu?



Secara mudah kita boleh faham apabila Tun Mahathir diserang ini bermakna analisa beliau sangat ditakuti sehingga menyebabkan pandangan bernasnya dihentam oleh akhbar bernama China Press. 

Namun dengan menghina seorang negarawan bergelar Tun sudah tentu semua orang akan marah termasuk orang Cina sendiri yang mengangumi kejayaan beliau membangunkan negara ini.

Adakah China Press tidak fikir dahulu sebelum hina mantan Perdana Menteri ???

Adakah penulis artikel tersebut dari Singapura (merujuk kepada alamat email yahoo beliau  nasi04@yahoo.com.sg ) ???

Dendam ke apa yang menyebabkan Tun Mahathir seorang yang tidak lagi berkuasa, dihina sedemikian rupa ?

Baca artikel asal yang disalin dari blog Mymassa dan sebarkan :





China Press
Perkara: Remeh Temeh Tun Mahathir?
Ruagan: kedai kopi orang ramai m/s C19
Tarikh: 22 November 2011 (Selasa)

Tajuk:

kekeliruan Mahathir tidak habis-habis
penulis: Kim Ting / nasi04@yahoo.com.sg

Bekas Perdana Menteri kita Tun Mahathir pernah menyandang jawatan perdana menteri lebih 20 tahun, menyebabkan beliau rasa bangga diri, dan sangat rasa yakin kepada diri sendiri, sebab itu walaupun beliau sudah bersara sejak beberapa tahun ini, masih tidak henti-henti bersuara tentang isu remeh-temeh, seperti beliau mahu setiap rakyat di Negara ini dengar cakap beliau, termasuk Perdana Menteri sekarang Najib. Mahathir lupa bahawa beliau bukan Menteri Kanan, dan usia beliau sudah menjangkau 80 lebih tahun dan tidak jauh lagi untuk masuk kepada usia 90 tahun.

Seorang tua dan sudah berumur, buah fikiran tidak lagi cekap ataupun tangkas seperti orang-orang muda, ini adalah lumrah semula jadi yang diakui ramai, kata-kata Mahathir kini sudah tidak mantap lagi, sama seperti cara dia berjalan yang sudah tidak tegap. Jika sekarang ini percakapan beliau kadang-kadang baik dan kadang-kadang tidak baik, kadang-kadang salah kadang-kadang betul, kadang-kadang terkeliru yang tidak habis-habis.

Contohnya, baru-baru ini beliau mengingatkan Barisan Nasonal, BN tidak boleh hanya mengharapkan tiket-tiket undi dari orang-orang Cina, jangan asyik memberi kepuasan kepada kemahuan orang-orang Cina, memang benar apa yang beliau katakan itu, kerana penduduk kaum Cina hanya menduduki 23 peratus di Negara ini, orang-orang Melayu lebih daripada separuh banyaknya, dan orang Cina tiada sebab untuk mempengaruhi keputusan PRU, sedangkan waktu ini orang-orang Melayu sudah berpecah-belah, barulah mereka lihat tiket-tiket undi dari kaum Cina, apabila UMNO melalui tiket- tiket undi orang-orang Melayu sudah boleh memerintah kerajaan, kenapa pula mahu ambil perhatian terhadap tiket undi kaum Cina?

Tukar Sikap Pengundi

Tun Mahathir berkata, “di kebanyakan kawasan Cina yang berpecah-belah, tiket undi Melayu memainkan peranan penting”, jika orang-orang Melayu sendiri tidak menyokong BN, jika benar perkara itu berlaku, sudah tentu ini satu perkara yang amat dasyat. Dan apa sebenarnya yang telah berlaku sekarang ini, Mahathir juga mencadangkan tidak boleh adakan PRU dalam masa terdekat, BN perlu penuhkan tempoh tamat penggal PRU terlebih dahulu, Mahathir berharap dalam tempoh itu BN dapat mempengaruhi semula semua sikap pengundi.

Mahathir memberi mesej bahawa ada orang-orang yang bercakap tentang “orang Cina sebagai penumpang” itu semuanya benar, sebaliknya kenapa isu itu menerima kritikan. Dengan  itu beliau mahu orang-orang Melayu huraikan perkara yang sebenar, kenapa Negara ini dinamakan Malaysia.  Di sini mungkin lebih ramai orang akan berkata bahawa Mahathir sudah semakin keliru. Nama itu hanya satu Simbol, adakah ia melambangkan kuasa yang ada sekarang? Kaum lain terima nama Negara ini, ia melambangkan bahawa mereka bersikap terbuka menerima apa yang ada. Adakah beliau sanggup dengan nama Negara ini menyebabkan rakyat Negara ini tidak bersatu padu?

Seterusnya Mahathir berkata lagi: “ada orang mengatakan BN tidak tolong orang-orang Cina, sebaliknya kekayaan orang Cina berlipat kali ganda dari orang-orang Melayu”, ini bukan kali pertama Mahathir mahu orang-orang Melayu jangan iri hati terhadap kekayaan orang-orang Cina, tetapi mereka tidak faham bagaimana orang-orang Cina bertungkus lumus mencari rezeki dan kekayaan, ia bukan dari pemberian kuota dari pihak kerajaan ataupun hasil ikatan kontrak dari kerajaan.

Tun Mahathir adalah bekas Perdana Menteri yang disanjung tinggi dan yang dimuliakan, sebelum bersuara beliau perlu buat kerja rumah dan kajian terlebih dahulu, bangaimana jika dicadang upah beberapa orang setiausaha untuk itu?

Terjemhan
23 November 2011
2201111034
660 karakter 






Pesanan : satu group fb baru nama 'Facebooker 1Malaysia' telah diwujudkan oleh Panglima pada 6.6.2011. Sasaran 1 Juta sebelum 13 Julai 2012. Sila klik di sini http://on.fb.me/kFnvGS untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Mahatdir taklah nyanyuk seperti kamu semua yg masih iri hati kerana tidak dapat angkat muka di zaman pemerintahan beliau.
Pandangan2 beliau tetap tajam dan padu kerana beliau tetap diundang di dalam atau luar negara untuk menyampaikan ceramah politik atau ekonomi. LU SEMUA ADA MACAM TUN MAHATDIR ADER ??????

SESTER berkata...

tapi menteri Dinosaur kat singapore tu pun tua jugak. pandangannya tetap mendapat impak ke atas pentadbiran mereka.

Tanpa Nama berkata...

Setuju dengan pendapat Tanpa Nama 29 Nov.

Mereka naik muka sejak pemerintahan Tun Dol yang "flip flopping, auto-piloting and sleepy". Najib pulak liberalisasi itu ini. Membongkok kapada kaum Cina. Lagi mereka berleluasa.

Saya harapkan timbul pemimpin yang tegas dan berani. Saya juga selalu terkenang hal diFiji - pendatang dibiarkan British hingga jadi majoriti, menang pilihan raya tapi tidak dibenarkan merintah - Tentera rampas kuasa.

Cari Blog Ini

Translate