Fahaman Wahabi Tak Sesuai Diamalkan Di M’sia : Jamil Khir
KUALA LUMPUR, 23 Nov – Kerajaan berpendirian bahawa fahaman Muhammad Abdul Wahab (Wahabi) tidak sesat namun ia tidak sesuai diamalkan di negara ini kerana dikhuatiri boleh membawa kepada perpecahan umat, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom.
Beliau berkata kerajaan memandang berat terhadap kekeliruan dan perselisihan faham yang timbul berhubung isu ini tetapi setakat ini ia masih terkawal.
“Kumpulan yang menyokong pegangan Muhammad Abdul Wahab ini tidak terkeluar daripada Ahli Sunnah Wal-Jamaah, namun apa yang mesti diatasi dan ditangani adalah isu-isu kontroversi yang bersangkut dengan masalah furu’iyyah (cabang) yang cuba dibangkitkan mereka,” katanya ketika menjawab soalan Mohd Nor Othman (BN-Hulu Terengganu) pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat di sini hari ini.
Mohd Nor ingin tahu sejauh manakah fahaman Wahabi meresap dalam kalangan masyarakat.
Jamil Khir berkata keputusan itu berdasarkan hasil beberapa perbincangan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan iaitu pada kali ke-12 (1985), kali ke-14 (1985), kali ke-16 (1986), kali ke-40 (1996), kali ke-42 (1997) dan kali ke-44 (1998).
Ia juga turut dibincangkan dalam mesyuarat Panel Kajian Aqidah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) kali ke-14 tahun 2000 dan kali ke-20 pada tahun 2002 serta kali ke-23 pada 2003, katanya.
Beliau berkata kesemua keputusan itu adalah untuk menyekat penularan isu atas alasan isu-isu khilafiyyah fiqhiyyah yang dibangkitkan dan boleh menggugat perpaduan umat islam di Malaysia.
Kepada soalan tambahan Nasharudin Mat Isa (Pas-Bachok) tentang aspek ancaman yang boleh dilihat dari gerakan Wahabi, Jamil Khir berkata situasi yang berlaku hari ini adalah khilaf yang diperbesarkan sehingga menimbulkan sensitiviti umat.
“Keadaan ini sekali gus menimbulkan pandangan berbeza kepada kelompok masyarakat. Justeru, demi menjaga kesejahteraan rakyat, kerajaan memberi pendekatan bahawa Sunnah Wal Jamaah merupakan pegangan akidah dalam konteks negara Malaysia dan Mazhab Syafie menjadi pegangan,” katanya.
http://umno-online.com/?p=50169
Seterusnya cerita Tokoh Ma'al Hijrah 1433 Hijrah jika anda belum tahu :
TOKOH Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan 1433H / 2011M, Pengarah Institut Pengurusan dan Penyelidikan Fatwa Sedunia (INFAD) merangkap Pengerusi Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Malaysia, Profesor Emeritus Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin bersama isteri, Puan Sri Ramah Abd Manan berkongsi kegembiraan bersama keluarga selepas Majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, semalam. - Foto Afendi Mohamed
Dalam satu entri ditulis tokoh ini jelas ia agak lembut dengan ajaran Wahabi.
Apakah ini bermakna pihak pro wahabi sudah lama menguasai Majlis Fatwa tanpa disedari atau boleh jadi ia disedari namun disokong oleh pihak yang juga menjadi pegawai JAKIM seperti yang pernah timbul dalam tulisan seorang tokoh anti-wahabi Ust Zamihan Al Ghari.
Yang penting jangan biarkan anasir wahabi memenuhi JAKIM selain anasir PAS PKR yang telah pun berada di dalamnya sebelum ini...
Tulis tokoh tersebut :
"Berdasarkan pegangan dan fahaman tradisi masyarakat Islam maka Ahli Salaf dan generasi berikutnya tidak tergolong dalam Ahli Sunah Waljamaah. Oleh itu pemahaman tradisi ini harus dinilai kembali berasaskan pendekatan yang patut ditonjolkan bagi memahami aliran Ahli Sunah yang sebenar dengan lebih terbuka supaya fahaman yang sangat terbatas dan keresahan rohani serta perbezaan pendapat dapat dikurangkan.
"Ahli Salaf dari perspektif metodologi ini tidak berakhir pada generasi pertama Islam. Malahan ia berterusan dan diperjuangkan oleh ulama yang ikhlas seperti Imam Malik bin Anas (w. 179H), Imam Ahmad bin Hanbal (w. 241H) dan pengikut-pengikut mereka. Pada awal abad ke-7 Hijrah lahir Imam Ahmad bin Abdul Halim (Ibnu Taimiah) dan Ibnu Qayyim Jawziyyah (w. 751H). Beliau adalah seorang murid setia kepada Ibnu Taimiah. Kemudian pada abad ke-12 Hijrah lahir pula di Semenanjung Tanah Arab seorang tokoh bernama Muhammad bin Abdul Wahab yang mengasas aliran Wahabiah. Walaupun kehadiran dan peranan tokoh-tokoh di atas berbeza dari sudut dan situasi persekitaran, namun faktor itu membuatkan mereka sentiasa mendahulukan petunjuk Quran dan Sunnah. Mereka tidak menerima pendekatan lain atau pandangan dari mana-mana sumber sebelum mereka menyelaraskannya dengan Quran dan Sunnah Nabi s.a.w.".
Apa pandangan anda ?
Memberi imej yang baik kepada Wahabi seperti kita mengakui dan merestukannya yang boleh bawa perpecahan di negara kita !
Baca lagi di sini tentang bab tokoh tersebut di sini http://www.tranungkite.net/
Pesanan : satu group fb baru nama 'Facebooker 1Malaysia' telah diwujudkan oleh Panglima pada 6.6.2011. Sasaran 1 Juta sebelum 13 Julai 2012. Sila klik di sini http://on.fb.me/kFnvGS untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih
1 ulasan:
Bro,
Lu dah kenape dari dulu. Asik2 wahabi, asik2 wahabi. Lu confirm ka dia wahabi? Apsal asik2 lu cedok blog lain? Apsal lu tak tanya dia ni sendiri.
Btw... Kalau kita tuduh org takde bukti sahih... Itu wahabi atau lahabau?
Gua tak kisah la bro lu mau ckp ape. Tapi, next time make sure dulu b4 cakap2 mcm ni.
Btw, gua nk tanya sikit. Kalau prof ni pro wahabi.. Kalau org sunnah, tapi main perempuan, minum arak, makan haram, main no ekor... lu nk cakap macam mana?
Catat Ulasan