Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

27 November 2011

Biar Betul : Persatuan Bekas Askar PVTM Bakal Telan PBTM ?

Akta Veteran, Muhammad Ghani & PBTM - Selamat Bersidang!

Written by GreenHood
Saturday, 26 November 2011 01:01


Oleh: GreenHood

Adakah ‘keadilan’ bila mana Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM) sebagai persatuan yang berpengaruh dengan jumlah keahlian 300,000 lebih terpaksa berkongsi ‘meja bulat’ dengan persatuan kecil seperti Persatuan Veteran Tentera Melayu (PVTM) yang punyai hanya 200 lebih keahlian?

Namun itulah hakikat yang terpaksa diterima apabila rang undang-undang pembentangan Akta Veteran 2010 memperuntukkan Majlis Veteran bakal memainkan peranan sebagai badan induk yang mengawal lambakan persatuan bekas tentera yang bakal didaftar semula setelah Akta tersebut diluluskan.

Majlis Veteran

Di bawah seksyen 3 Akta Veteran 2010 (AV10), Majlis Veteran (MV) adalah ‘meja bulat’ yang akan dianggotai oleh 9 individu dipengerusikan oleh menteri berkaitan tentera iaitu Menteri Pertahanan.

Selain Menteri Pertahanan, seksyen 3 (2) (b) hingga (d) juga menamakan Ketua Setiausaha Kementerian, Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Veteran Angkatan Tentera Malaysia serta Assisten Ketua Staf (Perkhidmatan Anggota) Markas Angkatan Tentera Malaysia untuk turut serta di dalam ‘meja bulat’ tersebut.

Manakala peruntukan seksyen 3 (2) (e), membenarkan 5 anggota yang dipilih melalui peruntukan khas kepada menteri berkaitan, dari kalangan persatuan-persatuan bekas tentera sedia ada yang sehingga kini dilaporkan berjumlah 43 buah persatuan keseluruhannya.

Melihat kepada kerangka pembentukan MV, ia bakal berfungsi sebagai penyelia kepada pergerakan persatuan-persatuan bekas tentera atau penubuhan baru sekiranya ada.

Secara umum, ia adalah bagi menformalkan susun-atur pergerakan seluruh persatuan yang ada supaya dapat maju bersama tanpa ada mana-mana yang tercicir jauh kerana setiap persatuan tersebut tetap dianggotai oleh bekas-bekas perajurit yang menjadi aset negara dan diiktiraf pengorbanan mereka.

Pendaftaran Semula

Seksyen 7 hingga 11 AV10 merupakan seksyen yang berkaitan pendaftaran persatuan-persatuan bekas-bekas perajurit negara.

Semua persatuan yang wujud atau telah sedia ada hendaklah terlebih dahulu mendaftar semula di bawah peruntukan AV10 ini. Bermakna, setiap persatuan yang asalnya telah berdaftar di bawah Akta Pertubuhan 1966 akan terbatal de lege lata(by law in force) secara ab initio (from the beginning) dan wujud semula secara de integro (a second time) setelah selesai pendaftaran baru di bawah AV10.

Di sinilah bermulanya konflik yang timbul dari beberapa persatuan bekas-bekas perajurit terutama yang dilontarkan oleh Presiden PBTM, Dato’ Haji Muhammad b. Abdul Ghani dan Presiden PVTM, Mohd Ali b. Baharom.


Konflik

Mohd Ali adalah antara yang kini lantang menentang walau pun pada pembentangan kali pertama rang tersebut iaitu sekitar penghujung tahun 2010 beliau adalah orang yang kuat menyokongnya.

Ini berbeza dengan Muhammad Ghani yang tidak banyak bersuara namun gerakan akar umbinya begitu kuat dirasai sehinggalah baru-baru ini dengan meluasnya berita penentangan beliau terhadap rang undang-undang tersebut di akhbar-akhbar perdana.

Antara alasan yang disandarkan menjadi tentangan pihak-pihak ini adalah berdasarkan 2 faktor; pertama, kekhuatiran terhadap ‘kebebasan bersuara’ bilamana MV akan dipengerusikan serta turut dianggotai oleh kerajaan dan kedua, pembatalan dan pendaftaran semula yang memungkinkan persidangan buat kali pertama harus dilakukan dan kelayakan penjawat-penjawat utama persatuan tersebut akan terbatal dan terganti dengan yang baru.

Jaminan Menteri Pertahanan

Menteri Pertahanan, YB Datuk Seri Dr Ahmad Zahid b. Hamidi telah menjelaskan bukan sahaja di dalam sidang dewan parlimen namun pertemuannya dengan bekas-bekas perajurit itu bahawa pihak persatuan hendaklah bersikap positif dalam memberi nafas baru kepada bekas-bekas perajurit negara melalui AV20 yang diperkenalkan.

Tidak keterlaluan jika saya mengandaikan bahawa akta tersebut adalah pertamanya satu pengiktirafan kerajaan terhadap jasa-bakti bekas-bekas perajurit dengan membuka peluang melalui MV untuk menjadi satu badan yang lebih profesional dalam mengendalikan terutamanya hal-ehwal kebajikan mereka. 

Kewujudan AV10 seumpama Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan yang mengiktiraf hak istimewa bangsa Melayu. Atau umpama masyarakat kaum Asli juga punyai akta serta keistimewaannya sendiri.

Jika disamakan dengan masyarakat kaum Asli dilihat seolah menjatuhkan maruah mereka, mungkin dilabel istimewanya bekas perajurit seumpama golongan profesional yang punyai akta sendiri - ambil contoh peguam dan doktor - malahan memperuntukan penubuhan majlisnya seperti Majlis Peguam (Bar Council) dan Persatuan Pengamal Perubatan (Malaysia Medical Association), begitulah juga visi Zahid dalam menjayakan AV10, satu pengiktirafan yang selama ini tidak pernah difikir oleh menteri-menteri sebelumnya.

Zahid malahan dalam kenyataannya menyebut bahawa pendaftaran semula yang begitu dibimbangi oleh penentang-penentangnya, berjanji akan memastikan bahawa perubahan pendaftaran dari ROS kepada MV adalah umpama menukar sarung atau kulit sedangkan isinya adalah sama. Ia tidak akan mengubah kedudukan jawatan serta aset mahupun kewangan persatuan tersebut.

Atau mungkinkah perakaunan kewangan persatuan tersebut sendiri menghadapi masalah hingga begitu khuatir untuk diumumkan? Ini bukanlah satu yang memeranjatkan kerana ada dari kalangan persatuan-persatuan tersebut yang telah disiasat di bawah Suruhanjaya Pencegahan Rasuan Malaysia (SPRM) baru-baru ini.

Sebenarnya, soal ‘hilang hak kebebasan bersuara’ bukanlah alasan konkrit sewajarnya dilontarkan oleh penentang AV10. Kedudukan personel dari kerajaan tidak akan mempengaruhi keputusan bilamana 4 menentang 5 dari persatuan-persatuan menunjukkan kelebihan kepada persatuan berbanding kerajaan.

Dan perlu diingat, bahawa majlis-majlis yang bebas seperti Majlis Peguam dan MMA mengambil masa sebelum diserahkan sepenuhnya dan dikawal oleh ahli-ahlinya sendiri.

Tanpa perlu saya mengulang kebaikan-kebaikan boleh didapati di dalam AV10 seperti keahlian walaupun berkhidmat hanya sehari serta menjaga kebajikan termasuk keluarga ahlinya yang telah pun sebelum ini diwar-warkan dalam banyak berita arus perdana, apa sebenarnya yang dilakukan oleh kerajaan adalah membuka pintu kepada kedudukan yang lebih baik dan profesional kepada bekas perajurit. 

Menghapuskan Birokrasi

Kesepaduan dan kerapatan antara kerajaan dan bekas perajurit adalah lebih bermakna bilamana mereka dapat duduk bersama dalam ‘meja bulat’ dari mengharapkan saluran Jabatan Hal Ehwal Veteran Tentera (JVT) yang selama ini membentuk halangan atas nama birokrasi. Pendek kata, saya melihat bahawa Zahid mahu menghapuskan birokrasi yang melambatkan pergerakan bantuan dari kementeriannya kepada bekas-bekas perajurit dan itu merupakan matlamat utama serta jaminan darinya.

Perkara ini adalah penting kerana bekas-bekas perajurit adalah antara penerima geran khas dari kerajaan dan jumlah geran tersebut bukanlah satu angka yang kecil untuk dipandang ringan oleh kerajaan melalui kementerian yang berkaitan. Bahkan, pemberian geran-geran ini hendaklah berlaku ‘adil’ kepada seluruh 43 persatuan berbanding hanya beberapa persatuan yang berjaya mengumpulkan jumlah ahli yang ramai.

Nah! Bukankah awalan penulisan ini telah saya tanyakan, adakah ‘keadilan’ mendudukkan satu persatuan yang besar bersama persatuan yang kecil? Sudah pasti ada!
Jaga-jaga, mungkin 'k.e.a.d.i.l.a.n' lain turut boleh dikesan kerana namanya sahaja 'persatuan' ataupun NGO.

Politik Di Dalam Persatuan

Secara peribadi, saya melihat kemelut tentangan bekas-bekas perajurit melalui persatuan-persatuan tertentu bukanlah sebenarnya mewakili seluruh ahli persatuan-persatuan tersebut. Ianya sebenarnya kemelut dalaman persatuan tersebut dalam mengekalkan jawatan individu tertentu. Mengambil kesempatan atas isu AV2010 adalah satu politik bijak bagi meraih sokongan dari ahli-ahlinya.

Melihat kepada politik dalaman persatuan terbesar iaitu PBTM, Muhammad Ghani sebenarnya menghadapi dilema tentangan dalaman terutama barisan timbalan dan naib-naibnya.

Muhammad Ghani menjadi begitu penting kepada PBTM suatu ketika dahulu kerana berjaya menduduki kerusi senator atas tiket kelaziman Perdana Menteri melantik seorang senator dari bekas tentera. Sudah pasti PBTM yang mempunyai keahlian seramai 300,000 lebih adalah penting untuk didengari di dalam dewan negara mewakili keseluruhan bekas tentera walaupun dari kalangan persatuan yang lain. Sedangkan pandangan artis yang ternyata kurang dari keahlian bekas tentera juga mendapat tempat istimewa; inikan pula bekas tentera.

Malangnya, tempoh gemilang Muhammad Ghani sudah pun berlalu. Senatorship yang dipegangnya telah pun tamat dan tidak mungkin dilantik semula kerana batas perundangan yang memberi tempoh hanya 2 penggal untuk seorang senator.

Kerana itu beliau kini ditentang hebat. Melainkan beliau dicalonkan sebagai calon kepada Barisan Nasional (BN) untuk mana-mana parlimen atau DUN pada PRU 13 nanti, beliau akan ditentang oleh kepimpinan bawahan bagi mengharap kerusisenatorship atas tiket PBTM jika menduduki kedudukan tertinggi persatuan.

Muhammad Ghani sudah pasti tidak akan membenarkan hal ini dari berlaku. Untuk beliau tetap memegang jawatan Presiden, strategi politik mudah yang beliau lakukan adalah bagi bergelar ‘hero’ kepada PBTM - maka mungkinkah isu AV10 mula bangkit sedangkan ianya adalah suatu yang baik? Beliau perlu perjuangkan sesuatu!

Atau memang wajar saja Muhammad Ghani mengundurkan diri dan memberi peluang kepada ahli yang lain mencuba nasib mendapatkan tempat kekosongan senatorship atas tiket bekas tentera melalui kepimpinan baru PBTM nanti?

Bagaimana pula dengan Ali Baharom dari PVTM? Jika anda benar-benar rapat dengannya anda pasti tahu bahawa kelantangan penentangan beliau akan sesuatu perkara, pasti ada pula ‘sesuatu’ yang dimahukannya. Mungkin Zahid sendiri memahami Ali kerana Ali dikatakan amat baik dengan beliau sebelum ini hinga menyokong pembacaan kali pertama rang undang-undang AV10. 

Setidak-tidaknya itu adalah pandangan peribadi saya.

Selamat Bersidang PBTM

Hujung minggu ini telah dijadualkan sebagai tarikh mesyuarat agong PBTM dan ura-ura menyebut bahawa Muhammad Ghani sedang melakukan usaha bagi mengusul serta meluluskan penolakan AV10 sedang giat dijalankan oleh kumpulannya.

Ucapan saya mudah, “selamat bersidang dan semoga setiap perwakilan persidangan kenal antara tujuan bersama ahli dengan tujuan peribadi individu. Semoga tidak silap menyokong”.


Penulis juga adalah kolumnis di portal http://www.kritis-online.com/ 

PANGLIMA : JANGAN SOKONG SIAPA YANG KURANG AJAR SAMPAI NAK UGUT MENTERI DAN MENYALAKAN API ANTARA MENTERI - MENTERI KABINET. 

JANGAN BIAR ORANG TIDAK BERMORAL MENERAJUI PERSATUAN KITA.

PANGLIMA TIDAK DIBAYAR UNTUK JATUHKAN SESIAPA TETAPI BERTEKAD RUNTUHKAN KEEGOAN ORANG YANG BERNAFSU BESAR DAN GILA KUASA HINGGA SANGGUP BUAT APA SAHAJA.

HINGGA MEROSAKKAN IMEJ AGAMA, BANGSA DAN NEGARA KITA.


Pesanan : satu group fb baru nama 'Facebooker 1Malaysia' telah diwujudkan oleh Panglima pada 6.6.2011. Sasaran 1 Juta sebelum 13 Julai 2012. Sila klik di sini http://on.fb.me/kFnvGS untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate