Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

27 November 2011

Mesti Baca : Blogger SarfaMS Tulis Pelajar IPT Juga Mahu Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M)


Kedai Rakyat 1Malaysia



Menu Rakyat 1Malaysia






Wujudkan KR1M di IPT
Oleh SHARAIMEI SHAIK AHMEDULLAH
pengarang@utusan.com.my

PUTRAJAYA 21 Nov. – Penuntut di institusi pengajian tinggi (IPT) meminta kerajaan menimbangkan mewujudkan Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) dan Menu Rakyat 1Malaysia di setiap kampus universiti.


Cadangan tersebut terkandung dalam kertas kerja Mesyuarat Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK) yang diadakan di sini, hari ini.


Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, usul tersebut dibuat memandangkan penuntut universiti juga tidak terkecuali daripada menanggung kos sara hidup yang tinggi.


“Kita sedang menimbangkan cadangan itu dan ia disambut baik oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang kebetulan ada bersama.


“Pada saya kenapa mereka perlu dikecualikan daripada mendapat manfaat itu dan saya juga tak nampak sebarang sebab kita tak boleh memperluaskannya,” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat tersebut di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).


Mesyuarat tersebut merupakan platform yang diwujudkan oleh kerajaan dalam memastikan suara mahasiswa berkaitan dengan isu-isu nasional didengari.


Menurut Mohamed Khaled, majlis perundingan tersebut juga menerima cara dan kaedah kerajaan dalam melaksanakan program bantuan subsidi bagi mengurangkan beban rakyat.


Sementara itu, ketika ditanya situasi semasa penuntut Malaysia di Mesir, beliau berkata, kerajaan sentiasa peka dan memantau situasi di sana.


“Kerajaan telah menghubungi pejabat penuntut Malaysia di sana supaya dapat menghebahkan dan memberi nasihat kepada penuntut supaya berhati-hati dengan keadaan tidak menentu.




KOMEN :

1. KEDAI RAKYAT 1MALAYSIA dan MENU RAKYAT 1MALAYSIA adalah antara usaha kerajaan untuk cuba menyelesaikan permasalahan kos sara hidup rakyat Malaysia terutama yang berada di sekitar bandar dan pinggir bandar.

2. Cadangan untuk mewujudkan KR1M dan MR1M di kampus-kampus seluruh Malaysia adalah amat bertepatan dengan keadaan para pelajar kita yang turut merasakan senario kos sara hidup yang tinggi tersebut.

3. Uniknya, cadangan untuk membawa masuk KR1M dan MR1M ke dalam kampus adalah disuarakan sendiri oleh para pemimpin pelajar di kampus dalam mesyuarat Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK) baru-baru ini.

4. Cadangan itu telah mendapat reaksi yang baik daripada YAB Timbalan Perdana Menteri selaku Pengerusi Mesyuarat, YB Menteri Pengajian Tinggi selaku Timbalan Pengerusi Mesyuarat dan YB Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan yang turut hadir sebagai ahli mesyuarat.

5. Ini bukti kerajaan membuka seluas luasnya kepada pelajar IPT untuk bersuara waima untuk menegur kerajaan sekali pun tetapi dengan masa, tempat dan platform yang sebetulnya. Bukan dengan turun ke jalan-jalan raya untuk berdemo dan sebagainya.

6. Selaku bekas pelajar IPT, saya amat berharap agar 2 cadangan bernas ini dapat diterima dan dijayakan oleh pihak kerajaan demi membantu meringankan bebanan pelajar-pelajar IPT.




Pesanan : satu group fb baru nama 'Facebooker 1Malaysia' telah diwujudkan oleh Panglima pada 6.6.2011. Sasaran 1 Juta sebelum 13 Julai 2012. Sila klik di sini http://on.fb.me/kFnvGS untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

JIKA KEUJUDAN PEMBANGKANG UNTUK CHECK & BALANCE TADBIR URUS KERAJAAN...KRIM.MR1M.KEDAI IKAN 1 MALAYSIA DLL JUGA ADALAH UNTUK CHECK & BALANCE MONOPOLI PERNIAGAAN YANG SUDAH BEGITU LAMA MENDOMINASI PASARAN..FAIR & SQUARE..

Cari Blog Ini

Translate