Pages

25 Februari 2012

Ahli Parlimen PAS Pakar Nuklear Sahkan LYNAS Selamat Depan Khalid Samad cc@NajibRazak

Cerita asal 

http://agendadaily.com/Muka-Hadapan/isu-kilang-lynas-lawak-jenaka-di-sidang-akhbar-khalid-samad-pas.html

Sedutannya : 

Namun kejadian Jumaat membuat ada wartawan yang gelak keras perut.

Ianya berlaku tidak terancang.

Hadir sama di situ Dr Rosli.

Di celah sidang akhbarnya itu  ada wartawan yang bertanya Dr Rosli apa pandangannya tentang kilang Lynas.

Ini ekoran kehangatan akan berlangsungnya Perhimpunan Hijau dimana PAS sedang sibuk menghasut ahlinya menyertainya.

Dr Rosli telah buat PAS ' angin' pada Ogos tahun lalu bila beliau membuat kenyataan menyuarakan pendapatnya bahawa kilang itu selamat.

Mungkin di luar dugaan Khalid...rakan Ahli Parlimennya itu tidak teragak-agak langsung ulangi pandangannya bahawa kilang itu selamat.

Katanya kilang itu selamat jika diawasi dengan betul.

Dr Rosli juga memberitahu beliau tidak akan turut serta dalam perhimpunan di Kuantan itu.

Apapun katanya terserahlah pada orang Kuantan membuat penentuan mengenai kilang di Gebeng itu yang didakwa oleh Ahli Parlimen PKR Fuziah Saleh tidak selamat.

Cukup melucukan Khalid yang mungkin panas telinga mendengar komen Dr Rosli betul-betul di depannya itu terus kata pandangan Ahli Parlimen Hulu Langat itu adalah pandangan peribadinya bukan pandangan PAS atau pakatan pembangkang.

"Bagi PAS dan PKR...ia tidak selamat," kata mulut Khalid yang tidak ada kepakaran langsung dalam bidang itu.

Ada kalangan  wartawan yang hadir pada sidang akhbar itu kedengaran berkata," ini adalah salah satu jenaka politik yang boleh masuk buku sejarah."-24/2/2012


Panglima - jadi apa perlu lagi Himpun Hijau 2.0 dirancang Ahad ini ?

Sent from my Samsung Galaxy Tab

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Berikan pendapat anda sebanyak di sini.

Komen menyalahi undang-undang akan ditanggung oleh penulisnya..

Tapisan tidak dibuat di blog ini.

Cuma ulasan mencarut dan sewaktu dengannya akan dipadamkan.