Saturday, February 25, 2012
T. Sivanesan, 25, yang dipecat KSSB September lepas, membuat laporan itu di Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Selatan hari ini.Sivanesan mendakwa menerima satu panggilan di telefon bimbitnya pada pukul 12.54 tengah hari yang menegah beliau masuk campur dalam isu pasir."Pemanggil berkata 'Jangan masuk campur isu pasir. Jangan ganggu ADUN (Ahli Dewan Undangan Negeri) Sri Muda (Shuhaimi Shafie), KSSB dan MB (Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim). Jika tidak, kami akan bunuh awak'," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis itu.
Beliau yang bertugas sebagai eksekutif pemasaran ketika bekerja di KSSB berkata, suara pemanggil misteri itu seperti biasa didengar beliau dan beliau mengesyaki individu tersebut bekerja dengan KSSB."Panggilan itu datangnya daripada nombor 018-3142328 dan mengambil masa kurang dua minit," katanya.Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Mohammad Yusof mengesahkan menerima laporan itu. - BERNAMA
Sent from my Samsung Galaxy Tab
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Berikan pendapat anda sebanyak di sini.
Komen menyalahi undang-undang akan ditanggung oleh penulisnya..
Tapisan tidak dibuat di blog ini.
Cuma ulasan mencarut dan sewaktu dengannya akan dipadamkan.