Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

30 Mac 2012

Akaun Twitter 'Twitter' Kalah Twitter Lady Gaga dan Barack Obama

Berikut ranking twitter top dunia...




Analisa mudah ialah pemimpin politik lebih rendah peminat berbanding artis.

Tandanya manusia suka hiburan bukan soal berat seperti politik dan kenegaraan...

Maka manusia akan suka gosip dari statistik.

Lalu mereka akan malas berfikir dan mula memilih yang nampak pandai bercakap dan hensem bukan kualiti kepimpinan.

Dengan itu siapa pandai tabur janji akan mudah dipercaya manakala pihak mengotakan janji dipandang sebelah mata.

Kadangkala silap Kerajaan juga membenarkan terlalu banyak hiburan...

Perkara yang menyalahi syarak seperti iklan seksi dibiarkan walau atas nama perniagaan. Seperti waktu berita utama jam 8 malam.

Kita juga seperti sudah tidak kisah lagi melihat perkara yang dilarang oleh Allah walau kita sedar bukan mudah untuk mendidik rakyat Malaysia beragama Islam yang berbagai corak kehidupan, tahap pendidikan dan jalur pemikiran.

Adanya TV Al Hijrah, sebelumnya TV9 selain radio IKIM satu usaha yang perlu dipuji walau ia masih lagi belum mencukupi.

Pendidikan untuk belajar cara berhibur mengikut Islam perlu diterapkan.

Ulama disukai orang muda perlu dilahirkan.

Majalah ilmiah dan padat nasihat agama dengan pendekatan sempoi mesti diwujudkan.

Mari kita gunakan statistik di atas untuk difikirkan bersama.

Demi agama,bangsa dan negara Malaysia.

Link info :

http://www.socialbakers.com/twitter/


Sent from my Samsung Galaxy Tab

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate