Logo Kerajaan Negeri salah
NUR FARHANA ABDUL MANAN
2 Mac 2012
SERI KEMBANGAN – Tidak berpuas hati dan kecewa. Itu yang digambarkan penduduk Taman Universiti Indah dekat sini apabila mendapati kalimah ALLAH pada logo Kerajaan Negeri tidak berada di tempat sepatutnya dan dipamerkan pada papan iklan Kempen 20 meter Air padu Percuma di Jalan Putra Permai, di sini.
Pengerusi Persatuan Penduduk Taman Universiti Indah, Hasan Nodin Andak berkata, beliau dimaklumkan perkara itu oleh seorang penduduk petang kelmarin sebelum melihat sendiri apa yang didakwa.
Katanya, beliau terkejut apabila mendapati kalimah ALLAH yang tertera menggunakan huruf Jawi itu berada di bahagian kanan ‘kaki’ logo sedangkan ia sepatutnya berada di bahagian kiri atas selari dengan perkataan ‘dipelihara’.
“Bagaimana pihak berkenaan boleh terlepas pandang mengenai perkara ini. Ia sudah tentu menimbulkan sensitiviti kepada masyarakat lain yang beragama Islam.
“Kami memang rasa kesal dengan Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) yang sebelum ini pernah berjanji untuk mengubah bendera Malaysia dengan bertindak mengubah logo Kerajaan Negeri dahulu apabila berjaya memerintah negeri ini,” katanya.
Hasan berkata, pihak yang memaparkan iklan gergasi perlu bertanggungjawab kerana perkara seperti itu boleh menimbulkan keadaan tidak diingini.
“Sepatutnya mereka lebih peka kerana iklan besar dilihat oleh ribuan orang setiap hari. Menyedihkan selepas tiga bulan barulah kami menyedari perkara ini.
“Kesal dengan apa yang berlaku, kami membuat laporan di Balai Polis Seri Kembangan, petang semalam (kelmarin),” katanya.
Seorang lagi wakil penduduk, Abd Kadir Selamat berkata, pihaknya mempersoalkan bagaimana perkataan ALLAH boleh terkeluar daripada logo Kerajaan Negeri apabila dicetak dan dipapar di papan iklan gergasi.
Menurutnya, perkara itu dilihat sebagai satu propaganda untuk membuang agama Islam sebagai agama rasmi di negara ini.
“Ini bukan perkara yang boleh dikatakan tidak disengajakan, pada saya ia memang disengajakan kerana bukankah sepatutnya apabila sesuatu papan iklan perlu diperiksa perkataannya dahulu,” katanya yang difahamkan papan tanda memapar kempen sama dipacakkan di
tempat lain di negeri ini.
Abd Kadir berkata, apa yang berlaku adalah akibat pihak berkenaan tidak mendalami hal-hal agama serta tidak peka dengan perkara itu.
“Adakah kerana hendak memberitahu Kerajaan Negeri memberikan 20 meter padu air percuma kepada rakyat, mereka tergamak mengalihkan kalimah ALLAH yang menggambarkan Islam dari tempat sepatutnya,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Serdang, Superintendan Abd Razak Elias berkata, kes itu disiasat di bawah Seksyen 298 A Kanun Keseksaan.
Beliau berkata, selepas menerima laporan, pihaknya memaklumkan kepada Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) .
“Semalam (kelmarin) anggota pihak majlis bertindak menurunkan iklan kempen berkenaan,” katanya.
Sementara itu, tinjauan Sinar Harian mendapati iklan gergasi di Seri Kembangan dan Puchong Perdana diturunkan oleh MPSJ.
Panglima : perbuatan meletakkan kalimah Allah di bawah kanan sekali satu tindakan sungguh biadap. Perkara ini perlu disiasat sehingga lubang cacing. Ia tentu menimbulkan kemurkaan Sultan Selangor yang tentu murka jika mendapat tahu perkara ini.
Pesanan : satu group fb baru nama 'Facebooker 1Malaysia' telah diwujudkan oleh Panglima pada 6.6.2011. Sasaran 1 Juta sebelum 13 Julai 2012. Sila klik di sini http://on.fb.me/kFnvGS untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Berikan pendapat anda sebanyak di sini.
Komen menyalahi undang-undang akan ditanggung oleh penulisnya..
Tapisan tidak dibuat di blog ini.
Cuma ulasan mencarut dan sewaktu dengannya akan dipadamkan.