Pages

02 Mac 2012

PM @NajibRazak Di Kelantan Untuk Lawatan Kerja Sehari






KOTA BHARU: Datuk Seri Najib Razak tiba di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa, di sini pagi ini untuk lawatan kerja sehari ke tiga daerah di Kelantan.
Perdana Menteri tiba jam 9.25 pagi sebelum menaiki helikopter untuk menghadiri majlis ramah mesra bersama anggota tentera Rejimen Sempadan dan keluarga mereka di Batu Melintang, Jeli, selain menghadiri majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Universiti Malaysia Kelantan (UMK) Kampus Jeli.
Di Pasir Mas, beliau akan menunaikan solat Jumaat di Masjid Hutan Chengal, dan menemui pengetua dan guru-guru di kawasan Parlimen berkenaan serta menghadiri jamuan rakyat di Sekolah Menengah Teknik Pasir Mas.
Seterusnya, Perdana Menteri akan menghadiri majlis Pemimpin Bersama Rakyat dan ramah mesra bersama profesional Kelantan di Kompleks Sekolah-sekolah Wakaf Mek Zainab, Kota Baharu.
Pada sebelah malam, Najib dijadual menghadiri majlis bersama pemimpin-pemimpin Barisan Nasional negeri sebelum pulang ke Kuala Lumpur. – BERNAMA
http://detikperubahan.com/2012/03/02/najib-di-kelantan-untuk-lawatan-kerja-sehari/

Panglima :

Moga pemimpin BN Kelantan akan berusaha keras untuk kemenangan BN Kelantan.

Cadangan Panglima : peruntukan kepada Ketua Bahagian perlu dikekalkan walau BN memerintah Kelantan selepas ini.

Perkara ini perlu dimaklumkan lebih awal agar mereka lebih jelas nasib mereka selepas BN menang.

Harap PM membaca idea Panglima ini.




Sent from my Samsung Galaxy Tab

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Berikan pendapat anda sebanyak di sini.

Komen menyalahi undang-undang akan ditanggung oleh penulisnya..

Tapisan tidak dibuat di blog ini.

Cuma ulasan mencarut dan sewaktu dengannya akan dipadamkan.