Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

11 Mac 2012

Isu Imam Baling Selipar : Sejarah Hitam Hoslan Husin - Pernah Gelar Imam Masjid Setan - Perlu Dibaca Umat Islam cc @NajibRazak @WardinaSafiyyah

Berikut penjelasan penuh oleh blog masjid yang boleh dilayari di sini : 



Antaranya kisah beliau semasa menjadi imam di sana termasuk menggelar imam masjid sebagai setan seperti berikut :

" Ketua Imam yang baru, Ustaz Asri (kini bertugas di Masjid Besi Putrajaya), seorang yang begitu tegas dalam menjalankan amanahnya.Sedikit demi sedikit, masalah yang ditimbulkan oleh petugas-petugas masjid diperbetulkan dan Ustaz Asri jugalah yang bertanggung-jawab menyediakan uniform untuk Imam-Imam sebagaimana yang dipakai oleh Imam-Imam masjid yang lain.Hoslan tidak senang dengan ketegasan Ustaz Asri kerana Hoslan sering ditegur kerana selalu ponteng tugas (di cover oleh ayahnya), dan selalu melarikan diri setiap program yang dianjurkan oleh masjid. Hoslan juga ingkar agar diwajibkan semua Imam-Imam dan Bilal memakai pakaian rasmi sewaktu Solat Jumaat kerana Hoslan lebih suka dengan penampilannya.


Sewaktu Hoslan bertugas untuk membaca khutbah dan menjadi Imam Solat Juma'at, terdapat banyak rungutan daripada jemaah kerana bacaannya dalam Solat dari segi Tajwid tidak betul.Malah beberapa jemaah juga tidak senang apabila Hoslan dengan riak seolah-olah menunjuk-nunjuk menangis sewaktu membaca Khutbah. Daripada rungutan jamaah tersebutlah, maka pihak masjid mengambil keputusan untuk tidak membenarkan Hoslan membaca khutbah dan menjadi Imam bagi Solat Juma'at. Hoslan juga dinasihati agar mendalami ilmu Tajwid kerana masjid juga mengadakan pengajian Bertalaqi al-Quran bertajwid yang dibimbing oleh Ustaz Khalid Isa. Namun Hoslan tetap dengan pendiriannya untuk tidak belajar dengan berkata, bahawa beliau hanya menyerahkan bacaannya kepada Allah swt.


Masjid Ar-Rahimah sebagaimana lazimnya juga menjemput penceramah untuk menyampaikan Tazkirah Juma'at. Pada satu Juma'at sekitar tahun 2008, seorang Pegawai Jakim datang menyampaikan Tazkirahnya dan seterusnya akan menaiki mimbar untuk berkhutbah dan menjadi Imam Solat.Hal ini tidak disenangi oleh Hoslan yang akhirnya beliau sendiri naik ke atas mimbar untuk berkhutbah dan sudah tidak dapat dihalangi lagi.Sebelum itu, berlaku sedikit pertengkaran di dalam bilik Imam di mana Hoslan memanggil semua Imam-Imam kecuali ayahnya sebagai syaitan. Perbuatan Hoslan menaiki mimbar membuatkan pihak JAWI memanggil beliau untuk diberi kaunseling yang diketuai oleh Ustaz Syed Abdullah.


Baca kisah sepenuhnya di blog link di atas.

Lihat juga penyokong tegar PAS yang menjadi ahli seumur hidup PAS menyokong Teoh Beng Hock.




Penampilan beliau walaupun memakai sunnah Rasulullah saw namun jelas ia tidak selari dengan akhlak baginda, bukti ia satu perbuatan yang merosakkan nama baik Islam sebagai agama suci lagi penuh akhlak. Tidak ubah seperti munafiq yang berpakaian seperti Nabi namun merosakkan intipati Islam dengan perbuatannya sendiri dengan sengaja.

Adakah ada ajaran yang dibawa dan ditunjukkan oleh Rasulullah saw menyuruh kita membaling selipar kepada Hakim

Renungkan kisah di Taif, baginda dilontar batu hingga berdarah namun membalasnya dengan doa hidayah walau ditawar menghempaskan penduduk kampung Taif oleh Malaikat. Akhirnya mereka memeluk Islam pada generasi selepasnya.

Akhir zaman ramai manusia berwajah Islam namun merosakkan Islam dengan perbuatan bodoh mereka.

Ya Allah selamatkan umat ini dengan segera !!!

Allahumma Solli 'Ala Saidina Muhammadin waalihi wasallim.


Pesanan : satu group fb baru nama 'Facebooker 1Malaysia' telah diwujudkan oleh Panglima pada 6.6.2011. Sasaran 1 Juta sebelum 13 Julai 2012. Sila klik di sini http://on.fb.me/kFnvGS untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate