Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

11 Mac 2012

Shahrizat Abdul Jalil umum berundur sebagai Menteri 8 April ini cc @NajibRazak

BH 11/03: Shahrizat Abdul Jalil umum berundur sebagai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, 8 April ini selepas tamat penggal sebagai Senator.

Sumber : sms news alert Berita Harian

Panglima : Keputusan ini meskipun amat sukar namun ia membuktikan pengorbanan besar beliau sebagai pejuang sebenar UMNO.

Beliau jelas mendengar suara Ayahanda Tun Mahathir dan rakan yang lain (termasuk blogger seperti Panglima dalam tulisan sebelum ini) yang mencadangkan beliau berundur walaupun beliau tidak terlibat dan tidak didapati bersalah dalam kes NFC.

Tanpa perlu meletakkan jawatan Ketua Wanitanya.

Jasa beliau atas keputusan ini, akan diingati khasnya oleh pejuang UMNO seluruh tanah air sebagai pemimpin yang tidak tamak jawatan dan rela berkorban apa sahaja demi alif ba ta.

Harap DS Shahrizat Abd Jalil akan terus berjuang khasnya di dalam memperkasa Wanita Umno dan buktikan kepada pembangkang yang tentu baru sedar tindakan mereka menyerang beliau isu NFC menguntungkan UMNO akhirnya.

Wanita Umno akan lebih rancak lagi berjuang selepas ini menemui rakyat dalam beberapa bulan yang berbaki dan pasti beliau akan mengecutkan perut Pakatan yang terpaksa menelan air liur ketakutan melihat Shahrizat 'menyinsing lengan ' mengamuk membalas fitnah Pakatan dengan bantuan seluruh jentera Wanita selain Pemuda dan tidak lupa Puteri jua.

Ibarat 'harimau betina' yang marah melihat keluarga dicederakan (secara mental yakni diaibkan) tentu dia akan mengamuk sekuat mungkin untuk menghapuskan musuh keluarganya tanpa takut kepada sesiapa.

Tahniah kepada DS Shahrizat atas keputusan sukar tetapi sungguh bermakna ini, yang pasti direstui YAB Perdana Menteri DS Najib Tun Razak.

Masa depan beliau dalam politik masih cerah pada pandangan Panglima bukan sebaliknya.

Harap selepas ini DS Shahrizat Abd Jalil rajin-rajinlah bertemu jentera parti pejuang alam siber untuk kita berganding bahu melawan fitnah pembangkang bukan berdiam diri memberi ruang Pakatan membuat serangan.

Sekian.

Mohon maaf jika tulisan ini mengguris perasaan anda sekalian.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate