Pada pandangan Panglima, DS Shahrizat Abd Jalil yang kini sudah tidak ada jambul lagi selepas pulang umrah baru-baru ini dan semakin cantik dengan tudung lengkap seperti gambar di atas, adalah seorang yang baik.
Buktinya beliau diberi peluang menjadi Menteri di Kementerian yang mengendalikan orang kelainan upaya, orang tua, anak miskin dan sebagainya. Kehendak Allah yang mengkehendakinya berada di sana. Pegawai khas beliau juga lulusan Al Azhar Mesir, senior Panglima di sana, bukti Ketua Wanita kita ini suka orang agama menguruskan urusan khasnya.
Selain itu, beliau juga nampaknya cermat dan bijak menjawab tohmahan pembangkang isu NFC dengan menyerahkan kedudukannya kepada Perdana Menteri meskipun beliau agak emosi sedikit semasa menyinsing tangan menjawab isu NFC di Perhimpunan Agung UMNO yang lalu. Sekali lagi tolong jangan fikir tulisan ini bernilai RM 7,000 kerana ini tulisan demi kebenaran bukan untuk melindungi kebatilan.
Meskipun ramai rakan suka jika beliau meletakkan jawatan, namun bagi Panglima beliau seharusnya kekal dan juga tidak meletakkan jawatan. Agak malu jika kerana fitnah pembangkang kita membiarkan orang kita terpaksa meletakkan jawatannya. Nampak seperti kita mengakui fitnah tersebut walhal ia propaganda jahat yang begitu terancang melibatkan penyusupan dua pekerja khabarnya ahli DAP untuk mengorek maklumat syarikat.
Macam mana mahu selesaikan kes ini ?
Jawatan Menteri atas tiket senator barangkali tidak perlu disambung lagi oleh YAB Perdana Menteri ekoran persepsi isu NFC yang sedikit sebanyak mencalit titik hitam kepada beliau sendiri manakala jawatan Ketua Wanita Umno perlu terus disandang oleh beliau hingga selesai pilihanraya.
Sekaligus Shahrizat tidak perlu meletakkan jawatannya sebagai Menteri dan membiarkan sahaja ia tamat tempoh begitu sahaja seiring dengan jawatan senatornya...
Jika jawatan Ketua Wanita pula ditukar orang lain, maka tempoh yang singkat menjelang pilihanraya untuk menyesuaikan diri oleh orang baru, akan merencatkan persediaan Barisan Nasional menghadapinya. Lagipun tempoh sudah tidak lama lagi rasanya untuk menghadapi perang besar PRU 13.
SASARAN UTAMA PAKATAN DALAM ISU NFC IALAH UNTUK MELEMAHKAN PERGERAKAN WANITA UMNO YANG MENJADI TULANG BELAKANG BN TERMASUK MENJADI PERAYU UNDI DARI DULU HINGGA KINI...
Semangat jentera Wanita pasti meningkat apabila Shahrizat dibela oleh Presiden dan saf kepimpinan selain kawan seperjuangan sehingga kekal meneruskan tugas sebagai Ketua hingga ke pemilihan akan datang.
Ini rasanya jalan penyelesaian yang Panglima bincangkan bersama kawan seperjuangan dan harap dibaca oleh YAB Perdana Menteri atau mana-mana pegawai khas beliau akan idea ini.
Anda pula fikir bagaimana?
Mari kita cari jalan keluar isu ini dan harapnya kepada sesiapa yang kena tohmahan pembangkang selepas ini tolong jawab segera sebelum bengkak menjadi nanah dan menjadi barah yang sukar diubati lagi selepas sekian lama. Kami bloggers tidak mahu ganjaran apa-apa kecuali membantu pemimpin kita menentang fitnah jahat Pakatan yang ingin merosak nama baik Pemimpin UMNO/BN dan Kerajaan sedia ada hari ini.
Lihat isu fitnah zakat Nik Nazmi kepada Menteri Jamil Khir yang sudah reda apabila pertemuan dengan UMB dibuat, begitu juga Raja Nong Chik yang sudah dua kali bertemu bloggers untk dua isu yang diserang kepada Kementeriannya iaitu Perbadanan Kg Baru dan Skim Khas KWSP Rumah PPR. Lihat juga isu VC UiTM yang sudah berjaya dipatahkan walaupun ia diserang dari dalam. Namun berjaya dijawab tanpa memerlukan RM25,000 atau RM 250 ringgit untuk menyelesaikannya.
Alhamdulillah isu tersebut sudah reda dengan izin Allah jua berkat satu hati tentera siber kita yang berjuang dengan ikhlas demi alif ba ta.
Sekian, mohon jasa baik anda tolong sebarkan.
Published with Blogger-droid v2.0.2
Tiada ulasan:
Catat Ulasan