Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

16 April 2012

Lupa Bagitahu : Akta Kerajaan Tempatan DBKL 1981 Benarkan Kekerasan !!!

Pagi tadi jam 10.30 penulis telah menyiarkan satu artikel tentang kuasa DBKL kepada pengacau taman yang berada di bawah jagaan mereka.

Maksud taman dalam Undang-Undang DBKL 1981 juga telah dijelaskan panjang lebar di sini http://www.penembak-tepat.com/2012/04/perbuatan-mahasiswa-berkhemah-dataran.html

Isinya :

AKTA KERAJAAN TEMPATAN 1976 UNDANG-UNDANG KECIL TAMAN (WILAYAH PERSEKUTUAN) 1981 telah menjelaskan pada perkara kesalahan-kesalahan iaitu antaranya :


(u) bersyarah atau menyampaikan apa-apa ucapan di hadapan khalayak ramai atau berkumpul di dalam tamanbagi maksud mengadakan atau mengambil bahagian dalam apa-apa mesyuarat ugama, politik atau apa-apa mesyuarat lain atau mengadakan sesuatu tunjuk perasaan tanpa mendapat kebenaran bertulis daripada Datuk Bandar terlebih dahulu;








Dalam permulaan Akta tersebut dijelaskan bahawa : 

maksud "taman" termasuklah kawasan lapang, siar-kaki di tasik, taman rekreasi atau hiburan,bulatan, batasan tengah sepanjang jalan, sisian jalan, jalan rezab, anak sungai, sungai, tebing sungai atau mana-mana perkarangan yang disenggara atau di bawah bidangkuasa Datuk Bandar.


Petang ini sedikit sambungan artikel tersebut dibuat bagi memberitahu rakyat bahawa tindakan kekerasan yang sepatutnya boleh dibuat ada disebut di dalamnya.

Ia disebut dengan terang dan jelas bahawa kekerasan boleh digunakan. 

Baca peruntukannya :

(2) Mana-mana orang yang melakukan apa-apa perbuatan yang menyalahi
mana-mana daripada peruntukan Undang-undang Kecil ini boleh diperintahkan keluar dari
sesuatu taman oleh Datuk Bandar atau mana-mana pegawai yang diberikuasa secara
bertulis olehnya atau pegawai polis dan boleh enggan diterima masuk kemudiannva.

(3) Mana-mana orang yang enggan mematuhi perintah di bawah perenggan (2)
boleh diusir keluar dari taman itu dangan menggunakan kekerasan yang berpatutan.


Maka jangan pelik jika anda terbaca mereka dikasari kerana ia termaktub di dalam undang-undang DBKL...Jelas penjawat awam DBKL melakukan mengikut peraturan berbanding mahasiswa yang berdemo langsung tidak memikirkan undang-undang.

Penulis juga terfikir mungkin mahasiswa ini diberi imbuhan yang lumayan untuk berdemo, maka apa kata sedikit bantuan kewangan boleh dihulurkan agar pengajian mereka tidak akan tertangguh disebabkan terpaksa mencari makan dengan berdemonstrasi seperti ini.

Di Thailand dan Indonesia menjadi perusuh dan pendemo adalah satu pekerjaan dan apakah ia telah menjadi mata pencarian di Malaysia, penulis tidak pula mempunyai butiran lengkap tentangnya. Menurut rakan penulis digelar dengan Pak  Do, ramai mahasiswa yang hadir bukan lagi pelajar di IPT dan hanya segelintir sahaja masih lagi belajar. 

Maka boleh jadi masa menganggur mereka diisi dengan pekerjaan tidak terhormat seperti ini demi mencari sedikit wang saku untuk teman wanita seperti gambar di bawah.


Kenapa beliau tidak solat ? Mungkin ini jawapannya 


Gambar di atas penulis telah siarkan di sini sebelum ini 


Untuk makluman anda, Ketua Muslimat PAS sekarang ialah Siti Zailah Mohd Yusuf ... Boleh jadi gambar di atas anak beliau Wallahu A'lam... Maklumat lanjut sedang dicari.
Jika mahu tahu Khalid Ismath syiah atau tidak sila tengok blog beliau di sini


Banyak link pro Syiah seperti yang diketahui ramai iaitu penarik beca dan blog peguam PAS di sana.. Ini kerana puak Syiah memang menggunakan blogger PeguamPas Hanipa Maidin sebagai peguam mereka. 

Info klik di google...

Gambar tunang beliau lebih jelas ada di blog Bahaya Syiah http://bahayasyiah.blogspot.com/2011/10/bahaya-pergerakan-khalid-mohd-ismath.html :



Menurut rakan penulis iaitu Bro Jinggo, demo mansuh PTPTN telah bersurai secara rasmi petang tadi...



Kita tidak pasti adakah disebabkan gambar atau artikel akta taman DBKL di atas.

Yang penting, mereka yang berdemo ini seperti anak kurang perhatian ibubapa dan sedang berhempas pulas menyara tunangnya...

Barangkali...

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate