Berikut berita yang disiarkan oleh Malaysiakini yang melaporkan perhimpunan mahasiswa desak mansuh PTPTN di ibukota sebentar tadi. Dalam laporan tersebut terbukti hanya 300 mahasiswa sahaja yang datang mengikuti demo yang dianjurkan dan biasanya seperti kita selalu alami sebelum ini, jumlah yang ditulis oleh Malaysiakini biasanya dua kali ganda dari jumlah yang sebenar. Maknanya mungkin lingkungan yang benar datang kira-kira 150...
Namun untuk tidak melemahkan semangat pendemo adik remaja kita dan peminat mereka maka kita kekalkan sahaja jumlah pendemo seperti yang mereka tulis dalam berita di sana. Kerana dibandingkan dengan jumlah pelajar IPT IPTS seluruh negara, jumlah tersebut beratus ribu kali ganda lebih kecil jumlahnya.
Alhamdulillah perhimpunan hari ini menggambarkan begitu jelas sekali bahawa mahasiswa/i tidak menerima hasutan pembangkang yang mahu menggunakan adik remaja mahasiswa kita untuk politik kebencian mereka. Pendekatan pembangkang yang bertindak jauh dari radius intelektual yang ditanam oleh mahaguru mereka di IPTA mahupun IPTS, meloyakan tekak minda mahasiswa untuk menelan dakyah yang mereka hidangkan.
Lihat bagaimana tindak balas mahasiswa pro Aspirasi Mahasiswa yang bergerak menjelajah seluruh negara menemui mahasiswa dengan misi yang aman dan selamat dari sebarang kekacauan telah memberi mesej yang sungguh berbeza dan boleh diterima oleh mereka. Berita AMAN KAMPUS boleh diikuti melalui blogger YY yang mengikut jelajar tersebut di sini http://yuseriyusoff.blogspot.com/
Beberapa keping gambar menarik perlu anda lihat bezanya mahasiswa pro pembangkang dengan mahasiswa pro kerajaan.
berjumpa masyarakat desa
Bantuan kepada warga emas
ceramah agama
Fitrah semulajadi mahasiswa di Malaysia majoritinya mahukan suasana aman tanpa kekecohan. Mereka yang dididik dengan ilmu dan fakta yang benar,pasti tidak mampu untuk menerima menerima sebarang penyelewengan atau putar belit fakta berdasarkan ilmu dan maklumat yang mereka ada. Yang akhirnya mencetuskan huru-hara dan merosak suasana tenang kehidupan mahasiswa.
Walaupun ada kalangan mahasiswa bernama Adam Adli atau bekas pensyarah UIA seperti Dr Aziz Bari yang bersifat melawan arus intelektualiti mahasiswa dan pensyarah di Malaysia namun tindakan pembangkang yang cuba mempopularkan dua ikon dari dua golongan pendidik dan mahasiswa ini jelas tidak berjaya.
Serangan balas pihak kebenaran menjelaskan perkara sebenar telah berjaya membetulkan kembali longitud dan latitude keilmuan mereka yang cuba diubah dengan tsunami fitnah yang terancang dengan bantuan berbagai sudut dari luar dan dalam.
Terima kasih Malaysiakini yang membantu membuktikan Mahasiswa tidak menyokong demo mansuh PTPTN selepas mereka menyedari ia sangat berjasa dan perlu diteruskan untuk masa depan adik dan anak mereka.
Dengan berbagai kaedah sungguh fleksibel untuk membayar balik pinjaman ditambah dengan penambahbaikan dalam resolusi meja bulat PTPTN yang diserahkan kepada pihak Kementerian maka tidak ada sebab lagi dana yang dimulakan semasa zaman Anwar Ibrahim menjadi Menteri Kabinet ini ingin dimansuhkan.
Banyak perkara akan terencat akibat sejumlah besar wang PTPTN berpuluh bilion ringgit dimansuhkan antaranya masa depan negara kita yang memerlukan wang sangat besar untuk memajukannya bukan mengikut gaya pembangkang yang mahu menghabiskan apa sahaja simpanan Malaysia demi mendapatkan kerusi idaman mereka di Putrajaya.
Mari kita pertahanakan Kerajaan yang ada dan bersama membaiki kelemahan di dalamnya bukan menyertai golongan yang mahu memusnahkan negara kita dengan perbuatan negatif mereka. Terima Kasih Malaysiakini atas berita dan ia begitu bermakna untuk digunakan sebagai panduan kepada anak-anak muda adakah perlu mereka turun ke jalanraya pada BERSIH 3.0 28 April depan selepas baru dibebaskan dari sangkar AUKU yang menyekat mereka selama ini.
Siswa berarak tuntut mansuh pinjaman PTPTN
Seramai kira-kira 300 orang mahasiswa berhimpun di ibu negara hari ini untuk menuntut pinjaman pelajar melalui Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dimansuhkan.
Gambar yang dikalungkan bunga itu turut diarak bersama pelajar berkenaan.
Pelajar berkenaan mula berkumpul di perkarangan Masjid Jamek, Kuala Lumpur pada pukul 2 petang dan berarak melalui Jalan Raja Laut untuk menuju kawasan pusat membeli belah Sogo.
Perhimpunan diketuai aktivis mahasiswa Adam Adli Abdul Halim dan pemimpin Solidariti Mahasiswa Malaysia itu turut disertai NGO Gabungan Anak Muda Pantai Timur.
Kumpulan berkenaan melaungkan slogan antaranya "Najib Altantuya", "Mansuh PTPTN", "Jahanam Umno-BN", "Musnah Rosmah", "Reformasi" dan "Jahanam Najib."
Kumpulan siswa itu turut kain rentang yang bertulis 'Free education now!', 'Mahasiswa bukan robot' dan 'Mansuh PTPTN'.
Di hadapan Sogo, kumpulan pelajar berkenaan bertindak mengalungkan bunga pada gambar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan juga Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.
Menurut salah seorang mahasiwa berkenaan, tindakan itu sebagai tanda bahawa "demokrasi telah mati."
Dua orang MP PKR, Tian Chua dan Nurul Izzah Anwar turub berucap ketika pelajar berkenaan berhimpun di hadapan Sogo.
Kumpulan berkenaan kemudiannya mula beredar daripada kawasan tersebut pada jam 3.30 petang dan berarak menuju Dataran Merdeka melalui Jalan Tuanku Abdul Rahman.
Gambar yang dikalungkan bunga itu turut diarak bersama pelajar berkenaan.
Gambar di atas sekali, muka mahasewel 'pencen': hutang banyak tu, tak pernah lulus pun. Dah berapa IPTA/IPTS yang dihadirinya? Sampai ke tua tak ada kelulusan akademik peringkat pelajaran tinggi. Dia mahu semua hutang dia dimansuhkan, heheheh.
BalasPadammuka2 gagal di univ. pinjam pandai guna duit bukan utk belajar..ni muka2 sampah yg nak elak bayar hutang sbb tak boleh bayar kerana gagal...kalau pandai tak payah bayar balik beb..muka2 tak pandai mcmni le yg jd perosak negara..masa dpn sendiri dah rosak nak seret org lain sama jd rosak mcm mereka..mereka hanya jd pakar panjat pagar, pecah cermin jd lanun dijln yg diupah oleh kepala yahudi zionis malaysia..dlm kubur nnti kamu jwb hutang2 kamu yg tak dibayar ni..takkn bnumno nak jwb kut..bila roh2 kamu bertebaran mcm berdemo ni..kamu2 ni lebih teruk drp budak2 hisap ganja. buat malu je ngaku belajar diuniv...ini bahana semua nak free..takde jati diri langsung...ootak kosong sbb makan sumber haram..mcmni le jdnya...
BalasPadamSyabas Mahasiswa! Andalah orang berakal dan tahu hak anda. Anda tidak mudah diperbodohkan.
BalasPadamPemimpin2 umno memang mahukan org2 melayu bodoh dan kerana dgn ini senanglah melayu diperbodohkan.