Sekarang ini berlangsung majlis anak Kelantan bersama TPM di UiTM Shah Alam. Turut hadir Menteri dari Kelantan iaitu Dato Mustafa Mohamad dan Datuk Seri Awang Adek.
Antara inti ucapan TPM sebentar tadi :
Kerajaan telah belanjan RM50.2 bilion untuk sektor pendidikan, antara negara yg paling besar belanja untuk pendidikan di dunia.
Kerajaan percaya untuk menjadi negara maju peluang rakyat mendapat pendidikan perlulah ditingkatkan.
Antara langkah ialah dgn Pmenubuhkan TPTN yang dilulus Jemaah Menteri 18 Sept 1996.
Sebelum itu biasaiswa hanya mampu disediakan untuk 26 ribu sahaja.Hari ini jumlahnya pada tahun 2011 seramai 227,209 pelajar telah diluluskan pinjaman untuk peringkat pengajian Tinggi.
900 peratus iaitu 9 kali ganda peluang ditingkatkan dengan wujudnya PTPTN.
3.6 bilion ditanggung kerajaan untuk membayar faedah pinjaman kepada institusi kewangan yang memberi pinjaman kepada PTPTN.
Subsidi 85-95 peratus Kerajaan beri kepada pelajar mengikut bidang pengajian.
Pemansuhan PTPTN akan menyusahkan pelajar untuk mencari dana untuk belajar di IPT.
11,764 pelajar pada tahun 2011 dikecualikan bayaran pada tahun 2011 kerana mendapat kelas pertama kepujian.
TPM berharap mahasiswa dapat memberi penerangan yang benar dan tepat kepada rakyat Kelantan agar ibubapa dan keluarga mereka di sana akan membuat pilihan yang tepat pada PRU akan datang tidak lama lagi.
TPM merasmikan Tabung Anak Desa Kelantan sejurus selesai ucapannya.
Sebelum itu Dato Mustafa Mohamad memberi ucapan sebagai penanung HIMSAK selepas ucapan VC UiTM melalui rakaman video.
Turut hadir Datuk Seri Awang Adek Timbalan Menteri Kewangan.
Majlis turut diserikan dengan persembahan dikir barat dengan lagu bertema bersatu. Manakala Danny X-Factor dan Neolofa menjadi pengacara majlis.
TPM dan dif kehormat
Ucapan oleh TPM
Ketibaan TPM
Ucapan penaung HIMSAK Tok Pa
Ucapan VC UiTM Dato Sahol
Persembahan Dikir Barat
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Berikan pendapat anda sebanyak di sini.
Komen menyalahi undang-undang akan ditanggung oleh penulisnya..
Tapisan tidak dibuat di blog ini.
Cuma ulasan mencarut dan sewaktu dengannya akan dipadamkan.