Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

18 April 2012

Kemaskini - Video : Bersih 3.0 Bukti Pakatan Kejam Tidak Peduli Periuk Nasi Beribu Pemandu Teksi






Jika ada 5000 pemandu teksi di Lembah Klang maka bayangkan berapa banyak kerugian mereka alami akibat pembatalan pelancong ke Malaysia dan juga kerugian rakyat tidak keluar ke Kuala Lumpur ? Jika seratus ringgit sehari pendapatan mereka maka nilai kerugian anggara kasar boleh mencecah SETENGAH JUTA !!! 

Apakah Pakatan sedia membayar mereka ? Siapakah yang untung jika pemandu teksi hilang mata pencarian untuk beli susu dan lampin anak ? 

Jangan terlalu ghairah mencari keuntungan atas kesulitan orang...

Jangan memberi sokongan kepada puak yang menggunakan rakyat untuk keuntungan diri dan parti walaupun memudaratkan kehidupan penyokongnya sendiri dan juga orang awam yang tidak menyokong apa yang mereka lakukan. 

Jangan salahkan polis menutup jalanraya kerana tugas anggota keselamatan seperti polis ialah untuk mengawal keselamatan orang awam dari sebarang kekacauan puak pendemo.

Ingat lagi, gara-gara BERSIH 2.0 juga pemandu teksi Baharuddin Ahmad telah meninggal dunia




Makluman : RM100 juta anggaran kerugian peniaga BERSIH 2.0 http://www.kosmo.com.my/ 



Peniaga mahu saman Ambiga, dakwa rugi RM100 juta




MOHD. RIDZUAN (dua dari kiri) bertanya khabar seorang peniaga di sekitar Arked Masjid Jamek selepas sidang akhbar di Jalan Masjid India, Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR – Kira-kira 5,000 peniaga kecil di sekitar ibu negara akan mengemukakan saman terhadap penganjur perhimpunan haram Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) ekoran kerugian yang mereka alami mencecah RM100 juta.
Presiden Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (Ikhlas), Mohd. Ridzuan Abdullah berkata, saman itu terpaksa dibuat kerana perhimpunan haram kelmarin menyebabkan peniaga terlibat kerugian besar kerana tidak dapat berniaga.
“Anggaran awal kerugian RM30 juta tetapi kami percaya kerugian sebenar boleh mencecah RM100 juta dan kami tidak boleh biarkan mereka terlepas, kita kena hukum penganjurnya, Datuk S. Ambiga.
“Satu surat peringatan berhubung saman tersebut akan dihantar kepada Ambiga pada minggu depan,” katanya pada sidang akhbar di hadapan Masjid India di sini semalam.

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate