Pages

15 April 2012

Video Demo 300 Mahasiswa Desak Mansuh PTPTN CC @NajibRazak


Syukurlah hanya tiga ratus sahaja yang mampu dikumpulkan dari jangkaan awal 5,000 orang.

Rupanya mahasiswa kita masih ramai yang waras dan sihat akal pemikiran mereka.

Setakat 300 orang ia bukan bukti majoriti mahasiswa mahu mansuhkan PTPTN.

Kerajaan dalam apa jua situasi hanya mendengar suara majoriti mahasiswa bukan sebaliknya.




Seperti kes LGBT yang hanya mewakili suara rakyat minoriti, sudah tentu mana mungkin suara luar tabie diambil kira untuk menghalalkannya.

Sekali lagi, mahasiswa majoritinya menolak pembangkang dan puak mahasiswa yang menjadi suara tidak rasmi mereka seperti Adam Adli.

Kesian hanya 300 yang sudi menyertai Pakatan.

Jangan pelik jika kalah PRU kerana hari ini mahasiswa juga menolak cara politik mereka yang gemar mencipta fitnah membuat masalah dan menabur janji, bukan melaksanakannya.

Selamat tinggal impian ke Putrajaya wahai Tian Chua dan Nurul Izzah.

Kehadiran anda berdua dihargai kerana ia bukti nyata mahasiswa malas bayar hutang disokong oleh anda sebagai pemimpin mewakili Pakatan yang masih gagal didaftarkan dengan Pendaftar Pertubuhan.

Video dimuatnaik oleh Blogger Double Y.

Published with Blogger-droid v2.0.2

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Berikan pendapat anda sebanyak di sini.

Komen menyalahi undang-undang akan ditanggung oleh penulisnya..

Tapisan tidak dibuat di blog ini.

Cuma ulasan mencarut dan sewaktu dengannya akan dipadamkan.