Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

06 Mei 2012

Kempen Hari Belia Negara 2012 Kini Menjangkau Tepi Jalan Raya Utama Malaysia #HBN2012



Semakin banyak kempen promosi dilakukan semakin luas mesej bahawa Kerajaan menghargai orang muda akan dapat disampaikan. Orang muda adalah penentu masa depan negara dan sambutan sangat hebat yang dirancang bukti bagaimana anak muda hari ini dihargai kewujudan mereka dengan pengisian yang pasti memenuhi minat setiap anak muda di negara kita. 

Meskipun dengan kos yang mahal, namun pemasangnan billboard di tepi jalan raya KL- Seremban ini bertepatan dengan kesungguhan YAB Perdana Menteri untuk mengajak anak muda menyertai acara hebat bertaraf dunia ini. Lihat lebih 500 acara disediakan dan puluhan Menteri Kabinet akan terlibat merasmikannya.

Dalam Islam juga pemuda pemudi disebutkan sebagai orang yang berpengaruh sehingga kisah mereka seperti Ashabul Kahfi dirakamkan khusus dalam Surah Al Kahfi dan disunatkan membacanya setiap hari Jumaat yang merupakan hari penghulu segala hari. Jatuh dan bangun negara bergantung kepada orang muda dan jangan pelik kejatuhan negara-negara Arab akibat hasutan agen Barat berpunca dari kuasa media baru yang banyak dikuasai oleh golongan ini.

Ikuti twitter Hari Belia Negara 2012 di @HariBelia2012 untuk maklumat terkini. Atau klik link facebook rasmi di sini http://www.facebook.com/pages/Hari-Belia-Negara-2012/ 


Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate