Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

21 Mei 2012

Pencapaian #JDAB Setakat 7 Negeri Berjaya Mengesan 3781 Lepasan SPM @datosahol @KhaledNordin @NajibRazak


Berikut liputan blogger Yuseri Yusoff atau Double Y tentang pencapai jelajah destini anak bangsa atau JDAB yang bertujuan mengesan anak orang yang susah tetapi mempunyai pencapaian tinggi.  


Menariknya program ini turut ditemani oleh VC UiTM sendiri iaitu Dato' Sahol sendiri di beberapa lokasi walaupun sentiasa sibuk dengan tugas menjaga Universiti.


Fungsi utama JDAB boleh diperiksa di sini http://jelajah-anak-bangsa.blogspot.com/ 



Berikut entri YY tentang JDAB yang dilaksanakan.


Liputan Khas #JDAB2012 : 3,781 Lepasan SPM Berjaya Dikesan Di 7 Negeri Yang Dikunjungi

Oleh YY :




Program Jelajah Destini Anak Bangsa (JDAB2012) yang mula menjelajah ke seluruh pelusuk negara pada 9 Mei yang lalu telah menjelajah tujuh buah negeri dan kini Skuad JDAB2012 berada di Perlis setelah selesai menjelajahi negeri Perak dan Pulau Pinang.

Seramai 3,781 lepasan SPM berjaya dikesan sepanjang 7 hari penjelajahan yang mana Naib Canselor UiTM iaitu Dato Prof. Ir. Dr. Sahol Hamid Bin Abu Bakar turut menyertai Skuad JDAB2012 di Parlimen Kepala Batas, Alor Star dan Kuala Kedah.




Kepala Batas merupakan lokasi pilihan beliau kerana program Mengubah Destini Anak Bangsa atau (MDAB) yang diilhamkan oleh beliau mula dilaksanakan di bahagian tersebut. Seramai 350 orang lepasan SPM yang ditemani ibu bapa masing-masing hadir memenuhi Dewan Sekolah Menengan Haji Abdullah Ahmad Badawi semata-mata mahu mendengar serta membuat rayuan bagi anak-anak mereka.

Dalam ucapan ringkasnya Dato Prof. Ir. Dr. Sahol berkata, program MDAB yang diilhamkan beliau telah berjaya membantu hampir 12,000 anak melayu bumiputera melanjutkan pengajian mereka di UiTM dan 82 peratus daripada jumlah tersebut berjaya bergelar graduan UiTM.

Melihat kejayaan program (MDAB) YAB Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri menggesa agar program tersebut diperbesarkan bagi menjayakan lagi aspirasi beliau iaitu Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.

Lepasan SPM dari Pulau Pinang menerima surat tawaran mengikuti Pra Diploma MDAB
Selain menyerahkan surat tawaran kepada kepada 50 pelajar dari Pulau Pinang, beliau turut membuka peluang kepada ibu bapa serta pelajar lepasan SPM yang hadir meluahkan apa sahaja persoalan serta rayuan kepada memandangkan bukan selalu beliau berkunjung ke kawasan tersebut.

Selain bertanyakan soalan beliau turut membuka peluang kepada pelajar yang pernah memohon untuk memasuki UiTM namun gagal mendapat tempat akibat kesilapan mengisi borang atau kursus yang bertepatan dengan kelulusan yang diperolehi.

Sebanyak 73 rayuan yang dibuat terus kepada beliau di dewan tersebut terus ditawarkan tempat untuk melanjutkan pengajian di UiTM setelah beliau meneliti serta mencadangkan kursus yang sesuai dengan kelulusan pelajar-pelajar yang membuat rayuan.

Slip keputusan Ashraaf Adilah yang memperolehi 7A.
Paling mengejutkan seorang lepasan SPM dari Baling, Kedah yang ditemani ibu bapanya terkejut dan terharu kerana berjaya mendapatkan tempat mengikuti pengajian di UiTM setelah permohonan beliau gagal dalam permohonan sebelum ini.

Bapa Ashraaf Adilah bersalaman bersama Dato Sahol serta mengucapkan ribuan terima kasih kepada kerajaan.
Ashraaf Adilah 18, ternyata terkejut bila mendengar jawapan yang diberikan oleh Dato Prof. Ir. Dr. Sahol dan melahirkan rasa syukur kerana berkat doa dan usaha beliau bersama ibu dan bapanya yang sanggup menempuh perjalanan yang jauh, semata-mata ingin bertemu dengan Dato Sahol berjaya menempatkan dirinya mengikuti pengajian diploma dalam bidang Kejuruteraan Mekanikal di UiTM untuk kemasukkan yang akan datang.

Layari blog : JELAJAH DESTINI ANAK BANGSA

Ikuti twitter : @JelajahDestini untuk mengetahui lokasi yang bakal dikunjungi Skuad JDAB2012 yang bakal  berkunjung ke Kelantan, Terengganu, Pahang, Melaka sebelum menjelajah ke Sabah dan Sarawak.

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate