Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

27 Mei 2012

Video Tragedi Lumba Drag #HariBelia2012 #HBN2012 Di Putrajaya Semalam - 3 Parah 19 Cedera Tiada Mati

3 parah, 19 cedera ringan ketika menyaksikan perlumbaan drag


PUTRAJAYA 27 Mei - Tiga cedera parah manakala 19 cedera ringan apabila sebuah kereta merempuh penonton yang sedang menyaksikan perlumbaan drag sempena karnival Himpunan Jutaan Belia di sini, malam tadi.


Kejadian tersebut berlaku kira-kira pukul 12 tengah malam tadi ketika sesi ujian sebelum perlumbaan sebenar bermula, di tapak perlumbaan drag di Presint 19 di sini.


Menurut Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Abdul Razak Abdul Majid, kejadian dipercayai berpunca daripada sebuah kereta jenis Mitsubishi Lancer hilang kawalan lalu merempuh penonton yang sedang berdiri.


"Pemandu kereta telah ditahan dan diikat jamin. Kereta ditahan di IPD (Ibu Pejabat Polis Daerah) Putrajaya."Ketika kejadian, perlumbaan baru bermula, pemandu kereta terbabit dipercayai hilang kawalan lalu terbabas ke tepi tempat penonton berdiri," katanya dalam kenyataan menerusi khidmat pesanan ringkas (sms) di sini semalam. - UTUSAN


Penulis : mujur tiada kematiaan berlaku. Semoga penonton tidak berada terlalu dekat dengan litar lumba untuk elak kejadian buruk pada masa hadapan.


Kepada blogger Pakatan jangan kata ini angkara SB seperti kejadiaan di Kuala Lumpur Bersih 3.0.


Sampai bila lelaki sejati mahu guna nama SB untuk tutup perbuatannya sendiri?


KEPADA yang cedera dalam kejadian semalam semoga cepat-cepat sembuh i...Allah


Published with Blogger-droid v2.0.2

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate