عبد الحليم أتين wrote:
Dewan Rakyat Kecoh, MP Pembangkang Persoal Kerajaan Tarik Balik RUU Pilihan Raya
KUALA LUMPUR: Hari pertama mesyuarat kedua persidangan Dewan Rakyat bagi penggal kelima bermula kecoh apabila wakil rakyat pembangkang mempersoalkan kredibiliti kerajaan menarik balik Rang Undang-undang(Pindaan) Akta Kesalahan Pilihan Raya di peringkat senat pada 10 Mei lalu.
Menggunakan Peraturan Mesyuarat 14, M. Kulasegaran (DAP-Ipoh Barat) mahu kerajaan memohon maaf diatas tindakan menarik balik rang undang-undang tersebut malah mendakwa ia dibentangkan secara tergesa-gesa tanpa melalui proses kajian yang menyeluruh.
Bagaimanapun dakwaan Kulasegaran disanggah Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz kerana tegasnya penarikan balik rang undang-undang itu dibuat selepas mendapat persetujuan semuapihak termasuk Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan wakil Ketua Pembangkang.
"Saya sudah berbincang dengan Ketua Pembangkang (Datuk Seri Anwar Ibrahim). Saya sudah hubungi...saya panggil Ketua Pembangkang. Tanya Ipoh Timur (Lim Kit Siang).
"Tiada minta maaf...anda tak faham," katanya pada pemulaan sesi persidangan Dewan Rakyat di sini, Isnin.
Bagaimanapun Kulasegaran tetap tidak berpuas hati malah terus membangkitkan isu bahawa kerajaan perlu melakukan perbincangan dengansemua pihak termasuk pembangkang sebelum membentangkan rang undang-undang berkenaan.
"Kurang perpincangan antara kerajaan dan pembangkang. Sepatutnya perlu ada sedikit penghormatan kepada kami (pembangkang)," katanya.
Namun Mohamed Nazri sekali lagi menegaskan bahawa perbincangan tidak perlu diadakan demi menjaga kredibiliti SPR sebagai badan bebas kerana pindaan undang-undang sedia ada itu dibuat oleh suruhanjaya itu sendiri.
"Kita tak boleh campur urusan SPR. Kalau kata nak bincang dulu antara kerajaan dan pembangkang, ia tak mungkin boleh berlaku kerana itu cadangan daripada SPR. Kita mesti bertanggungjawab.
"Kita hanya boleh tengok cadangan pindaan itu selepas ia dibentangkan. Ini kes istimewa kerana ia dibawa oleh SPR. Ini bukansoal penghormatan, kita mesti hormati kebebasan SPR," katanya.
Sebelum itu Mohamed Nazri memberitahu Dewan Rakyat bahawa kerajaan mengambil keputusan menarik balik rang undang-undang itu selepas Dewan Negara membahaskan untuk meminda dua pindaan terhadap cadangan akta itu.
"Dalam perbahasan peringkat Dewan Rakyat kita lakukan tiga pindaan. Kemudian apabila ia dibahaskan diperingkat Dewan Negara, Dewan Negara bahaskan untuk membuat dua lagi pindaan menjadikan semua lima pindaan.
"Kalau kelima-lima pindaan ini dibuat, bermakna rang undang-undang itu sudah tidak bermakna. Sebab itu kita telah berunding bersama dengan Ketua Pembangkang dan SPR bagi mendapatkan persetujuan supaya rangundang-undang itu ditarik balik," katanya.
Tegas beliau tidak timbul isu yang mengatakan pindaan terhadap akta itu dilakukan secara tergesa-gesa tanpa kajian.
"Ia bukan tergesa-gesa. Ini rang undang-undang daripada SPR, cara urusan kita ialah apabila SPR cadangkan apa-apa pindaan undang-undang berkaitan SPR...jemaah menteri tak buat apa-apa pindaan atau kajian untuk jaga kebebasan SPR.
"Sebab itu apabila cadangan itu sampai ke kabinet, kita luluskan tanpa apa-apa pindaan yang dibuat kerana kita tiada hak untuk berbuat demikian.
"Itu bukan tergesa-gesa, kalau ada apa-apa perasaan tak puas hati, ia harus dihalakan kepada SPR," katanya.
Rang undang-undang itu dibentangkan pada 9 April lepas di mana pindaan berkenaan bertujuan menambah baik proses pengundian termasuk menjauhkan lagi tempat bagi orang ramai menunggu atau berada dekat pusat mengundi pada hari mengundi dari 50 meter kepada 100 meter kecuali bagi mereka yang masuk untuk mengundi.
Dewan Rakyat telah meluluskan rang undang-undang tersebut pada 19 April setelah dibahaskan selama tujuh jam.
Disiar di Graoup Facebooker 1Malaysia
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
1 ulasan:
Salam... Bro mohon untuk masukkan blog ini ke dalam bloglist Bro... http://www.cywarputrajaya.com/
Ini blog baru aku, blog lama akan ditutup berikutan masalah kerenah birokrasi dengan Google... Mohon untuk remove blog http://exception2008.blogspot.com/ dari bloglist (jika ada)
Catat Ulasan