Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

26 September 2012

40 Cedera Bila 2000 Pekerja Bertumbuk Kilang Pengeluar Apple Ditutup Di China


BEIJING: Syarikat Foxconn yang mengeluarkan produk keluaran syarikat Apple dan beberapa firma elektronik lain menutup sebuah kilang di China semalam ekoran insiden pergaduhan melibatkan 2,000 orang pekerjanya, kata beberapa pegawai.

Sekitar 40 orang cedera dalam pergaduhan yang berlaku di kilang Foxconn, di Taiyuan pada pukul 11 malam kelmarin.

Syarikat induk Foxconn, Hon Hai memberitahu, pergaduhan tersebut berjaya dikawal oleh polis.

Beberapa gambar berkaitan insiden tersebut kemudian disiarkan di internet.


Imej-imej itu menunjukkan tingkap-tingkap sebuah bangunan pecah dan sebuah kereta polis berada dalam keadaan terbalik.

"Fasiliti ini akan dibuka semula esok," kata jurucakap Hon Hai, Simon Hsing.

Foxconn yang merupakan pengeluar komponen komputer terbesar di dunia, memasang produk untuk Apple, Sony dan Nokia selain beberapa firma lain.

Kenyataan yang sama memberitahu, pergaduhan itu bermula dengan pertikaian peribadi melibatkan beberapa pekerja di sebuah asrama kilang berkenaan yang terletak dalam wilayah Shanxi. - AFP

http://www.putrajaya-online.com/2012/09/gaduh-di-kilang-produk-apple.html

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate