Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

28 September 2012

Google Tidak Akan Sekat Filem Hina Islam di Youtube


Pengerusi Google pertahan YouTube

Pelajar-pelajar Indonesia membakar tayar di luar premis Kentucky Fried Chicken di Kendari semasa mengadakan protes terhadap filem anti-Islam Innocence of Muslims, semalam. - AFP

SEOUL 27 Sept. - Pengerusi Eksekutif Google, Eric Schmidt, hari ini mempertahankan tindakan YouTube menyiarkan filem anti-Islam yang mencetuskan rusuhan ganas di seluruh dunia.

Schmidt berkata, jawapan kepada isu itu ialah apabila kebebasan disekat, maka lebih banyak lagi perkara seperti itu akan berlaku dan bukannya dengan pengharaman.

Google yang merupakan pemilik YouTube, telah menyekat penyiaran filemInnocence of Muslims di beberapa negara, termasuk di India, Mesir dan Arab Saudi kerana dianggap tidak sah.

Namun, Schmidt menekankan bahawa filem bajet rendah itu menepati kriteria asas sebagai bahan yang boleh dipos di laman perkongsian video itu dan sebab itulah sehingga kini ia masih boleh diakses di beberapa negara.

"Google mempunyai pandangan yang jelas berhubung perkara ini yang kami percaya bila kebebasan disekat, perkara seperti itu tetap akan berlaku dengan lebih berleluasa.

"Kami juga tidak menyokong penggunaan filem atau idea ini untuk mencetuskan kebencian dan keganasan, tetapi kami lebih percaya pengharaman bukanlah satu penyelesaian," katanya kepada wartawan di Seoul, Korea Selatan, hari ini.

Sementara itu, mahkamah Turki semalam membenarkan pihak berkuasa negara itu menyekat penyiaran filem itu di Internet.

Binali Yildirim, menteri yang bertanggungjawab dalam komunikasi dan pengangkutan memberitahu televisyen kerajaan, TRT, injunksi itu membenarkan pihak berkuasa teknologi maklumat dan telekomunikasi menyekat penyiaran filem tersebut.

Tindakan itu dibuat sehari selepas sebuah lagi kementerian menyatakan bahawa Perdana Menteri, Recep Tayyip Erdogan mengarahkan pegawai mencari jalan untuk menyekat filem itu.

Di Thailand, beratus-ratus orang berhimpun di luar Kedutaan Amerika Syarikat dan ibu pejabat Google di negara itu hari ini sambil memegang sepanduk dan memekik 'kenakan hukuman bunuh ke atas sesiapa yang menghina Islam'.

Kira-kira 300 orang menyertai perhimpunan bantahan itu yang diadakan di daerah perniagaan Bangkok. - AFP/AGENSI

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate