YDP Blogger Pembela Negara (BPN) Malaysia / Chief Blogger Of National Defence
Translate
Video Pilihan
12 September 2012
Lebih 3000 Kereta Termasuk Yang Mewah Ditinggalkan Di Lapangan Terbang Dubai Krisis Kewangan Elak Hutang
Kereta mewah tersadai
Oleh MUHAMAD ZAID ADNAN
zaid.adnan@utusan.com.my
KERETA mewah pernah dianggap sebagai simbol kekayaan golongan ekspatriat Britain yang tinggal di Dubai. Namun kini, ia tidak memberi sebarang erti lagi bagi golongan profesional itu kerana krisis ekonomi yang melanda dunia mengakibatkan mereka turut sama dihimpit masalah kewangan.
Justeru, bagi melindungi kepentingan golongan itu, mereka lebih rela pulang ke Britain dengan membiarkan kereta berprestasi tinggi masing-masing tersadai begitu sahaja di lapangan terbang Dubai.
Ini berlaku kerana mereka takut dikenakan tindakan undang-undang hutang yang agak ketat oleh Emiriah Arab Bersatu (UAE) yang memungkinkan golongan ekspatriat itu dipenjarakan.
Oleh itu, daripada berdepan hukuman penjara, mereka sanggup memilih untuk meninggalkan negara berkenaan tanpa mempedulikan kereta mewah masing-masing waima untuk menjualnya.
Malah, terdapat kereta mewah seperti Audi, Mercedes dan Jaguar yang tersadai di lapangan terbang itu dibiarkan dengan kuncinya sekali.
Apa yang mengejutkan polis di negara kaya dengan minyak itu adalah penemuan sebuah kereta Ferrari Enzo yang dianggarkan bernilai 1 juta pound (RM4.9 juta).
Hanya sebanyak 399 kereta itu dikeluarkan dengan empat daripadanya kini berada di pasaran United Kingdom dan dijual pada harga 775,000 pound (RM3.8 juta) dan 1.5 juta pound (RM7.4 juta).
Kereta itu mempunyai enjin enam liter dan mampu memecut sehingga 349 kilometer sejam.
Seorang ekspatriat ketika ditemubual berkata, krisis kewangan yang menghimpit mereka menjadi punca golongan ekspatriat itu meninggalkan kereta masing-masing tersadai di lapangan terbang.
''Sekiranya anda menanggung beban yang besar, bahayanya adalah status kewangan anda akan terdedah.
''Cubaan untuk menjual kereta mewah anda bagi meringankan beban hutang adalah baik tetapi ia mengambil masa lama.
''Oleh itu, adalah lebih mudah untuk melarikan diri sahaja,'' katanya.
Cukup mengejutkan setakat tahun lalu sahaja, lebih 3,000 kereta dijumpai terbiar. Kereta itu kemudiannya sama ada dijual oleh polis ataupun dimusnahkan.
Jumlah ahli perniagaan yang dimasukkan ke penjara kerana berhutang di Dubai semakin meningkat antaranya kerana menggunakan cek palsu yang menjadi kesalahan jenayah di negara itu. - AGENSI
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan