KUALA LUMPUR 11 Sept. - Malaysia akan mempunyai sebuah lagi syarikat penerbangan tambang murah iaitu Malindo Airways yang akan memulakan operasinya Mei tahun depan.Malindo Airways merupakan sebuah syarikat penerbangan kerjasama antara National Aerospace & Defence Industries Sdn. Bhd. (NADI) dari Malaysia dan P.T. Lion Grup dari Indonesia.
NADI akan menguasai sebanyak 51 peratus kepentingan dalam Malindo Airways, manakala selebihnya daripada P.T. Lion Grup.Buat permulaan, sebanyak 12 pesawat Boeing 737 dijangka beroperasi di bawah Malindo Airways yang menghubungkan kota-kota besar Indonesia ke Kuala Lumpur.Kuala Lumpur akan digunakan sebagai pusat penerbangan ke negara-negara ASEAN dan Asia.Pengarah Presiden P.T. Lion Grup, Rusdi Kirana berkata, Malindo Airways akan berpangkalan dan beroperasi di KLIA2, Sepang, Selangor.Katanya, selain Kuala Lumpur, Bali di Indonesia juga akan dijadikan sebagai pusat penerbangan Malindo Airways ke Australia."Jadi, para penumpang dari KLIA2 boleh menggunakan Bali sebagai transit ke Australia," katanya.Beliau berkata demikian pada taklimat media selepas menandatangani perjanjian kerjasama di antara NADI dengan P.T Lion Grup di sini hari ini.Hadir pada majlis Presiden NADI, Tan Sri Ahmad Johan. - UTUSAN
Panglima mengharapkan penerbangan ini tidak meniru sikap AirAsia yang bercadang memindah operasinya ke Jakarta.
Perbuatan seakan mengugut itu tidak sepatutnya dikeluarkan. Selepas menikmati ratusan juta keuntungan di Malaysia.
Walaupun usaha seperti menjemput tokoh tertentu bekas Menteri Kabinet Malaysia menyertai mereka namun ia tidak mungkin akan memberi kesan positif kepada reputasi AirAsia yang nampaknya sudah tercalar dengan perbuatan boss mereka sendiri.
Satu lagi tolong jangan menjadi terlalu kejam sehingga tidak ada tolak ansur jika terlewat penerbangan. Perbuatan tersebut pernah disaksikan sendiri penulis, dialami saudara mara sungguh menyayat hati dan perlu dielak oleh Malindo ini.
Jangan buang kemanusiaan demi keuntungan dan ingatlah perbuatan baik balasannya baik jua.
Sekian, wassalam.
Sent from my iPad
2 ulasan:
MR Tony vs M'sian Gov. Sapa menangggggggg
semoga tiada diskriminasi suku kaum. pengalaman pahit ini menyebabkan saya benci pd airasia... selamat berjaya Malindo Airways...
Catat Ulasan