Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

08 Oktober 2012

Amy Search Kesal Penampilan Nabila Kecam Pereka Fesyen Pakaian Anaknya


Dua hari selepas majlis itu diadakan, pelbagai respons serta reaksi yang diterima daripada peminat mengenai penampilan seksi Nabila yang rata-ratanya mengkritik penampilannya.

Situasi itu turut dirasai bapanya, Amy yang ketika dihubungi Sinar Harian Online berkata, "memang saya tidak bersetuju dengan penampilannya pada malam itu."

"Bagi saya 'designer' pun perlu tahu jenis pakaian yang direkanya serta dia (Nabila) sendiri perlu tahu apa yang dipakainya itu.

"Banyak lagi baju rekaan cantik yang boleh dipakai dan saya percaya dia sudah cukup dewasa untuk mengetahui serta berfikir dengan lanjut mengenai perkara itu," katanya yang turut membuat persembahan dengan mendendangkan tiga lagu pada majlis anugerah itu.

Amy turut berkata, "sekarang hasil kerja dan lakonan dia sudah semakin bagus."

"Seharusnya dia menjaga penampilan dan imejnya, jangan sampai memberi peluang dan ruang untuk orang mengata, menghentam atau jatuhkan dia," katanya lagi.


Baca keseluruhan berita http://www.sinarharian.com.my/hiburan/anugerah-blokbuster-amy-search-terkilan-penampilan-nabila-1.92570?localLinksEnabled=false


Panglima : senang sahaja, pereka atau pelakon yang sengaja menimbulkan kemarahan umat Islam melalui penampilannya walau diberi teguran dan mengulanginya wajar didoakan hidayah kepada mereka.

Kita benci perbuatan bukan diri yang melakukan. Semoga semua berubah ke arah kebaikan seperti artis lain yang mula dah bertudung. Mengamalkan syariat Islam.

Sent from my iPad

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Papa Rock anak bohsia

Cari Blog Ini

Translate