Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

22 Oktober 2012

Anak Menteri Pertahanan DS @Zahid_Hamidi Antara Lulusan Pegawai Wataniah Baru-Baru Ini





Sebagai Menteri Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tidak menggunakan kedudukan untuk memberikan kemudahan kepada anaknya sendiri.

Meskipun digegarkan dengan percubaan memburukkan nama beliau kerana gambar memeluk anaknya bernama Nurul Hidayah di akhbar Cina sebelum ini namun ia berjaya diterangkan dengan tenang tanpa melatah atas gambar tersebut.

Gambar tersebut juga telah dispin untuk memburukkan pemimpin Naib Presiden UMNO walaupun ia tidak sedikitpun mencalar imej beliau.

Melalui instagram berbagai aktiviti semasa latihan disiarkan oleh anak Menteri Pertahanan ini yang diikuti oleh Panglima.

Beliau juga telah menunjukkan contoh yang baik dengan menjadi askar wataniah yang akan dipanggil ke medan perang jika diperlukan.

Walaupun menjadi ibu kepada tiga anak namun Nurul Hidayah binti Ahmad Zahid Hamidi tetap gigih menjalankan latihan demi masa depan agama bangsa dan negara.

Insya Allah panglima juga akan sertai briged askar wataniah jika berkesempatan selepas ini. 

Pegawai Media Menteri Pertahanan ada memberitahu tentang hal tersebut semasa lawatan ke Sepanggar minggu lepas.






Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate