Oleh Muhammad Shaahidullah Shayaa
Timbul pelbagai isu tentang Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) di dalam media sejak beberapa hari yang lepas, apabila ahli-ahli politik pembangkang memperbesarkan isu ini dan menjadikannya persis sebuah sarkas.
Kenapa kita begitu kuat mempertahankan pesalah-pesalah trafik? Bukankah kita menggunakan jalanraya setiap hari dan menyedari betapa tingkahlaku sesetengah pengguna-pengguna jalanraya adalah sangat menjengkelkan dan merbahaya?
Memandu melebihi had laju, melanggar lampu insyarat, memotong barisan, memotong di jalan garisan dua selari serta mereka yang memasuki jalan-jalan larangan pada waktu-waktu yang sibuk; ini semua adalah senario harian dalam pengalaman pemanduan kita semua.
Adakah kita ini semata-mata sebuah negara yang dipenuhi pengguna-pengguna jalanraya yang tidak bertimbangrasa sehinggakan kita harus menyuarakan ketidakpuasan hati kita kepada sebuah sistem baru yang boleh memastikan keselamatan jalanraya untuk kita semua?
Pertama sekali, AES telah pun dilaksanakan di seluruh dunia terutamanya di negara-negara membangun seperti Perancis, Jerman, Australia, Singapura dan Amerika Syarikat. Terdapat lebih daripada 90 negara-negara di seluruh dunia yang melaksanakan sistem elektronik yang serupa, dan hasilnya amat memberangsangkan.
Kita ambil contoh Perancis di mana jumlah kematian akibat kemalangan jalanraya telah menurun sebanyak 27 peratus dalam tempoh hanya tiga tahun selepas dilaksanakan. Di Kuwait, kadar kemalangan trafik telah berkurangan sebanyak 48 peratus sementara di Jerman pula, 80 peratus daripada pengguna-pengguna jalanraya telah mula mematuhi peraturan-peraturan jalanraya di kawasan-kawasan yang diletakkan di bawah pengawasan AES.
Sejak fasa pertama pelancarannya di negara kita pada 23 September tahun ini, 14 buah kamera yang telah dipasang di kawasan-kawasan "blackspot" di Perak, Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya telah dilaporkan dapat merakamkan sejumlah 63,558 kesalahan-kesalahan trafik dalam masa lapan hari yang pertama.
Perangkaan ini seharusnya mengingatkan kita semua agar mematuhi undang-undang trafik, bukannya untuk kita menimbulkan satu bentuk perbalahan yang menuduh pihak kerajaan sedang cuba untuk merompak kita semua! Dan tahukah anda bahawa jumlah pemandu yang didapati melakukan kesalahan-kesalahan trafik telah berkurangan lebih daripada separuh sejak minggu lepas?
Pengguna-pengguna jalanraya kini bertambah berwaspada dan lebih mematuhi undang-undang trafik kerana mereka tidak mahu ditangkap melakukan kesalahan oleh kamera berkuasa tinggi yang diletakkan di tepi jalanraya-jalanraya kita. Kenapa ini dianggap sebagai sesuatu yang membebankan rakyat Malaysia?
|
1 ulasan:
kenapa ada askar wataniah yg dokumen dirinya diragyi ic dan surat beranak berbeza nama boleh menjadi askar wataniah?skrg telah berpangkat koperal dan bertugas di kem wataniah kem paradise kota belud..bernama `Thukle bin Pukul' dlm ic dan 'thulke bin tahir' dlm surat beranak dan batc 20,tnyata dia mdapat ic projek. Keluarganya berasal dari Zamboanga Philipine..bagaiman boleh berkhidmat dalam askar wataniah. Anggota ini juga kuat mengampu pegawai atasan sehingga sarjan dan pegawai waran tidak boleh apa apakan dia..sila ambil perhatian dan tindakan. Boleh jadi dia adalah salah seorang pgkhianat pganas kiram yg mjadi risik..nama di BAT C 20 6134810 Kpl Thulke bin Tahir manakala dalam nama IC Thulke bin Pukul, bgmana nama dia boleh berbeza?dia kuat mengampu dan selalu membukz rahsia bkaitan dgn taktik ketenteraan kpd org awam, menjual pakaian pt loreng kpd org awam dan banyak lagi kerja kerja salah semasa berada di Kem, namun akibat kuat mengampu pegawai atasan kem, maka tiada tindakan disiplin dikenakan ke atas dia. Tolong sebarkan berita ini. -Warga Kem Paradise yg Kecewa-
Catat Ulasan