Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

14 Oktober 2012

Lawatan Menteri Pertahanan DS @Zahid_Hamidi dan Editor Kanan Media Ke Pengkalan TLDM Teluk Sepanggar

Hari ini seramai 80 Editor Kanan Media Massa dan Media Sosial telah menyertai lawatan bersama Menteri Pertahanan ke Teluk Sepanggar, Sabah. Perjalanan bermula jam 7.30 pagi menaiki pesawat TUDM Charlie tiba kira-kira jam 11 pagi di Lapangan Terbang Kota Kinabalu.


Suasana di dalam pesawat yang jarang dirasai kecuali yang mendapat jemputan sahaja

Selepas tiba kami dibawa dengan diiringi kereta peronda ATM menuju pengkalan TLDM Teluk Sepanggar.


Dalam perjalanan menuju Pengkalan TLDM tempat kapal selam KD Tunku Abdul Rahman berlabuh


Dua buah bas disediakan kepada kami semua. Selepas tiba satu upacara penyampaian sijil dan insignia kepakaran kapal selam telah disempurnakan oleh Menteri Pertahanan DS Dr. Ahmad Zahid Hamidi.


Lokasi kapal selam milik KD Tunku Abdul Rahman negara disimpan

Dalam ucapan Menteri menyebut antaranya :

Isu Scorpene dibangkitkan oleh Suaram utk modal pilihanraya.

Pendakwaraya  Perancis sendiri sahkan tidak ada pendakwaan kapal Scorpene dilakukan di sana.

Isu kapal salam didakwa tidak boleh menyelam selesai apabila Lim Guan Eng dibawa naik kapalselam oleh Menteri Pertahanan baru- baru ini.

Lim Guan Eng di hadapan seratus wartawan  mengaku kapal selam boleh menyelam namun mengubah kenyataan tersebut kemudiannya.

Aset kapal selam bukan sekadar kebanggaan negara tetapi patut dipertahankan oleh semua.

Berbeda pendapat tidak menjadi masalah namun jangan melibatkan soal keselamatan.

Pengorbanan yang dilakukan anak kapal selam berkhidmat di dalam kapal yang sempit ini, patut dihargai oleh semua pihak.

Menteri Pertahanan sedang menyampaikan ucapan beliau disaksikan Panglima Angkatan Tentera Laut dan Laksamana Pemerintah Pengkalan TLDM

Selepas selesai, kami telah dibawa menaiki kapal selam tanpa dibenarkan mengambil gambar. Jurugambar ATM sahaja merakam gambar kami.Memang bertuah kami diberi peluang meninjau sendiri kapal selam tersebut dari dekat.

Selepas itu rombongan kami menjalani sesi menembak menggunakan peluru sebenar 9 mm menggunakan pistol Glock.

Panglima turut mencuba buat pertama kali. Alhamdulillah mengena sasaran.

Sambung lagi selepas ini.


Sent from my iPad

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate