Beritanya :
DAP Sarawak hari ini menafikan dakwaan bekas timbalan presiden PAS bahawa satu bacaan doa supaya "Malaysia menjadi negara Kristian" diadakan dalam satu majlis makan malam anjuran parti itu selepas pilihan raya negeri Sarawak tahun lalu.
"Dakwaan itu tidak benar, berniat jahat dan tidak bertanggungjawab," kata pengerusinya Wong Ho Leng dalam satu sidang media di bangunan Parlimen hari ini.
Tegasnya, majlis makan malam bersama sukarelawan pilihan raya yang turut dihadirinya itu hanyalah untuk menghargai individu terlibat dan tiada sesi doa dijalankan.
Dalam sidang media sama, setiausaha DAP Sarawak Chong Chien Jien berkata parti itu menganggap dakwaan Nasharuddin itu sebagai satu perkara serius.
Namun, DAP Sarawak tidak akan mengambil apa-apa tindakan ke atas Nasharuddin dan menyerahkannya untuk tindakan di peringkat Pakatan Rakyat. "Kami serahkan kepada PAS untuk tindakan sewajarnya," katanya. -MKINI-
http://www.malaysiakini.com/news/211267
Beberapa perkara pelik dapat dihidu antaranya kenapa DAP yang memiliki barisan peguam yang handal tidak mahu mengambil tindakan terhadap mantan Timbalan Presiden PAS tersebut.
Beberapa kes mahkamah telah difailkan terhadap musuh mereka seperti Utusan http://syaomel85.blogspot.com/2008/12/teresa-kok-saman-utusan-dan-chamil.html dan dalam hal ini pelik apabila DAP hanya diam seribu bahasa dari mengambil tindakan pada perkara sangat serius ini.
Adakah mereka khuatir perbuatan mereka ini akan didedahkan ?
Jika begitu maka apa kata kita dedahkan 'belang sebenar' DAP yang sebenarnya mempunyai banyak tohmahan mahu 'mengkristiankan' Malaysia dalam beberapa siri pendedahan sebelum ini antaranya oleh bekas ahli DAP sendiri bernama Razali Abdul Rahman di Pulau Pinang.
Perkara ini ada disebut panjang lebar oleh BigDog di blog beliau di sini http://bigdogdotcom.wordpress.com/2011/07/25/kembali-ke-pangkal-jalan/
YDP Blogger Pembela Negara (BPN) Malaysia / Chief Blogger Of National Defence
Translate
Video Pilihan
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan