Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

29 Oktober 2012

Perkasa cadang Suruhanjaya Diraja siasat projek Lembah Sireh


Perkasa cadang Suruhanjaya Diraja siasat projek Lembah Sireh
PASIR MAS 29 Okt. - Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) mencadangkan Suruhanjaya Diraja dibentuk bagi menyiasat projek pembangunan di Lembah Sireh yang dilaksanakan secara usahasama oleh kerajaan Pas Kelantan dengan syarikat Liziz Standaco Sdn. Bhd.

Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali berkata, penubuhan suruhanjaya
tersebut perlu bagi menyiasat sama ada keputusan yang dibuat oleh
kerajaan negeri untuk memajukan kawasan tersebut dibuat secara telus
tanpa sebarang penyelewengan atau sebaliknya.

Beliau berkata, pihaknya memandang serius perkara tersebut selepas projek pembangunan tersebut mendapat teguran serius daripada pihak Jabatan Audit Negara dalam Laporan Ketua Audit Negara 2011 baru-baru ini.

"Kita hendak tahu sama ada pihak pemaju akan melunaskan janji-janjinya iaitu pembinaan jambatan berharga RM150 juta begitu juga dengan yang lain kerana tanah di kawasan tersebut telah digunakan.
"Pemaju sudahpun menjual rumah kedai dan bangunan yang dibuat, adakah kerajaan negeri sudah mendapat faedah hasil pemberian kawasan berkenaan kepada syarikat tersebut.

"Selain itu, saya difahamkan ada beberapa ekar tanah telah dicagarkan
kepada pihak bank oleh pemaju. Sekarang ini bagaimana kepentingan
kerajaan negeri dan rakyat dan perkara ini cukup serius," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis
perkahwinan seorang Orang Kelainan Upaya (OKU), Siti Habsiah
Mohammad, 26, dan pasangannya Bakri Setapa, 32, di Kampung Pangkal Kala, Bunut Susu dekat sini hari ini. - UTUSAN


© Utusan Melayu (M) Bhd 


Sent from my iPad

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate