Berikut sedikit perkongsian berhubung ejaan perkataan yang salah tetapi digunakan secara berleluasa oleh setengah pihak yang mungkin tidak menyedarinya. Maka demi memastikan hanya ejaan yang betul dilakukan mari kita baca senarai perkataan yang sepatutnya dieja dengan betul di bawah ini. Sebagai blogger kita juga bertanggungjawab memastikan tulisan kita tepat mengikut tatabahasa.
Kesalahan ejaan merupakan kesalahan umum bahasa yang tidak sepatutnya berlaku. Hal ini adalah kerana ejaan merupakan peringkat yang paling asas dalam bahasa.
Tapi sayang, disebabkan sikap ketidakprihatinan kita, masalah ini kadang-kadang berlaku secara berleluasa. Lihat contoh di bawah:-
- merbahaya SEPATUTNYA berbahaya
- mendokong / didokong SEPATUTNYA mendukung / didukung
- mensasarkan SEPATUTNYA menyasarkan
- ko-kurikulum SEPATUTNYA kokurikulum
- mengguriskan SEPATUTNYA menggoreskan
- keretapi SEPATUTNYA kereta api
- Bahasa Inggeris SEPATUTNYA bahasa Inggeris
- jimat-cermat SEPATUTNYA jimat cermat
- kaki tangan SEPATUTNYA kakitangan
- tanda tangan SEPATUTNYA tandatangan
- seringkali SEPATUTNYA sering kali
- kadang kala SEPATUTNYA kadangkala
- disamping SEPATUTNYA di samping
- kebanyakkan SEPATUTNYA kebanyakan
- pilihanraya SEPATUTNYA pilihan raya
- suaikenal SEPATUTNYA suai kenal
- temuduga SEPATUTNYA temu duga
- jawatan kuasa SEPATUTNYA jawatankuasa
- mengkebumikan SEPATUTNYA mengebumikan
- mengenepikan SEPATUTNYA mengetepikan
- mententeramkan SEPATUTNYA menenteramkan
- menyintai SEPATUTNYA mencintai
- menghadkan SEPATUTNYA mengehadkan
- zohor SEPATUTNYA zuhur
- hajjah SEPATUTNYA hajah
- masaalah SEPATUTNYA masalah
- analisa SEPATUTNYA analisis
- minima SEPATUTNYA minimum
- berkuatkuasa SEPATUTNYA berkuat kuasa
- penguat kuasaan SEPATUTNYA penguatkuasaan
- ramadhan SEPATUTNYA ramadan
- perabut SEPATUTNYA perabot
- satay SEPATUTNYA sate
- tips SEPATUTNYA tip
- lagenda SEPATUTNYA legenda
- kontingen SEPATUTNYA kontinjen
Tiada ulasan:
Catat Ulasan