Nurul Izzah menghasut segelintir penduduk untuk membuat bermacam tuntutan yang tidak masuk akal. Bayangkanlah, pemaju telah bersedia memberi apartment baru 3 bilik dengan keluasan 900 kaki persegi untuk menggantikan flat usang tiada bilik keluasan 380 kaki persegi.
Anggaran harga rumah baru mereka ialah RM350,000!! Bukan murah tu!! Pemaju juga beri wang pampasan untuk perpindahan keluar dan masuk. Pemaju juga menanggung kos menyewa penduduk sepanjang projek dilaksanakan. Itu pun tak cukup lagi?
Kesian pakcik ni, kena tidur atas pangkin di luar rumah. Mana taknya, rumah takda bilik, kalau anak bini dah tidur kat dalam, mana cukup tempat tidur!
Penduduk gembira melihat suasana ruang tamu di rumah contoh. Ruang tamu je dah lebih besar dari rumah dulu!
Nurul cuba berlagak kononnya dia pejuang hak penduduk Flat 4 Tingkat Kerinchi, padahal dia baru je tunjuk muka di situ sedangkan Dato' Raja Nong Chik telah 25 TAHUN MEMPERJUANGKAN HAK PENDUDUK FLAT 4 TINGKAT KERINCHI!
93% dari kesemua penduduk iaitu 433 dari 468 keluarga telah menyokong pembangunan semula ini tetapi hak 34 individu yang menentang dijadikan tiket oleh Nurul Izzah untuk cuba menggagalkan pembangunan semula ini.
Kawan-kawan tentu masih ingat lagi rusuhan di tapak Flat 4 Tingkat Kg Kerinchi yang didalangi Nurul Izzah. Nurul Izzah bawa masuk orang luar seperti Adam Adli, samseng tahi kucing yang sebelum ni tak pernah pun jejak kaki ke Kg Kerinchi dan juga samseng-samseng Cina dan India untuk merusuh.
Samseng India yang dibawa Nurul untuk merusuh.
Samseng Cina yang dibawa Nurul untuk merusuh.
Kawasan ini penduduknya 100% orang Melayu, tapi Nurul, mengapa kau bawa masuk samseng-samseng Cina dan India untuk buat kacau?
Alhamdulillah, penduduk telah bersatu-padu dan menghalau keluar anasir asing yang dibawa masuk oleh Nurul Izzah.
Kini sejarah telah tercipta. Pembangunan semula flat usang Kg Kerinchi telah bermula.
Tahniah kepada para penduduk yang berjaya merealisasikan impian mereka.
Untuk Nurul Izzah, aku ada soalan:
Mengapa kau dengki sangat dengan penduduk Flat 4 Tingkat Kerinchi sampai mati-matian berusaha menggagalkan impian mereka?
Baca lagi
Sent from my iPad
Tiada ulasan:
Catat Ulasan