Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

30 Disember 2012

Hadis Tanda Hampir Kiamat Bukti Amanat Hj Hadi Disebut Dalam Hadis Nabi ???

Banyak hadis tanda kiamat menceritakan kisah yang berlaku hari ini. Antaranya seperti hadis wanita akan jadi imam solat Jumaat, ulama jadi sejahat manusia, perang di Negara Arab, umat Islam diserang seperti kambing diterkam serigala dan banyak lagi.

Sekaligus menafikan Nabi hanya Ummi buta huruf dan tidak mengetahui apa akan terjadi !

Blogger Sang Tawal sahabat maya Panglima turut menulis tentang tanda hari kiamat di link bawah ini

Selepas diselidik dengan teliti maka kita dapati bahawa Amanat Hj Hadi yang berpuluh tahun merosakkan umat Islam  rupanya sudah disebut oleh Nabi saw secara kiasan di sebuah blog http://www.tarbawi.my/index.php/en/inspirasi/isu-ummah/282-akhir-zaman-merebaknya-kebodohan-a-kedustaan. Yang berbunyi :

: Hadis lain yang juga sangat tepat menggambarkan keadaan dunia moden jahiliyah saat ini ialah sebagai berikut, "Akan datang tahun-tahun penuh dengan kedustaan yang menimpa manusia, pendusta dipercaya, orang yang jujur didustakan, amanat diberikan kepada pengkhianat, orang yang amanah dikhianati, dan ruwaibidhah turut bicara. Lalu Baginda S.A.W ditanya; Apakah Ruwaibidhah itu? Baginda menjawab; "Orang-orang bodoh yang mengurusi perkara umum" (rujuk sunan Ibnu Majah)

Dalam dunia jahiliyah moden kita menyaksikan bagaimana orang yang memiliki karakter jujur dan amanah justeru didustakan dan dikhianati. Sebaliknya pendusta dan pengkhianat dibenarkan, disokong dan diberi jabatan serta diangkat menjadi pemimpin masyarakat.

Begitulah dahsyatnya kehidupan di zaman merebaknya kebodohan dan kedustaan. Inilah zaman jahiliyah moden di mana fitnah-fitnah menyelimuti dunia sehingga dunia menjadi laksana potongan malam yang gelap-gelita. 

The End

Pada pandangan panglima, perkara ini sudah diketahui oleh Nabi saw namun menyatakannya dalam bentuk yang sangat mudah namun sukar difahami oleh yang buta hati. 

Lihat perkataan Nabi tentang maksud pendusta dipercaya yang jelas berlalu di mana orang yang berdusta tentang agama, dan juga lemah dalam pentadbiran dan celaru bab kepartian dianggap orang yang benar dan dibenarkan.

Orang meliwat dan berkhalwat serta menghina Allah dan Rasulullah serta menggadaikan kalimahNya dianggap benar manakala orang yang mempertahankan Islam dan memajukan Malaysia dan hormati Raja dianggap penipu dan tidak amanah dengan serangan bertalu-talu puak Ruwaibidhah melalui peluru fitnah yang tidak bermata lagi tidak berperi kemanusiaan.

Golongan yang menerima dana asing juga dianggap benar dan boleh dipercaya berbanding pihak yang menolak campur tangan asing dalam negara kita. Banyak lagi jika kita mahu sebutkan di sini tetapi cukuplah beberapa contoh sebagai perbandingan untuk kita susuri.

Amat pelik sebenarnya tetapi itulah yang berlaku dan telah pun dikhabarkan dengan jelas lagi nyata dalam sabda Nabi 1400 tahun yang lalu yang sangat pengasih terhadap umatnya di hari akhir zaman ini.

Sudah tentu mustahil manusia akan mempercayai pendusta namun selepas diteliti pendekatan mempergunakan agama dan imej agama seperti jubah dan serban maka tidak peliklah orang awam mempercayai golongan ini. 

Begitu juga dengan kepetahan berpidato diselit kebencian dihiasi kemarahan maka puak ini mendapat sokongan orang yang lemah fikiran dan mudah terangsang dengan kata ghairah dan maki hamun.

Apabila disebut Ruwaibidah yang dirujuk sebagai orang bodoh menguruskan perkara umum, dengan jelas sekali apa yang berlaku hari ini memang berlaku. Dengan kebodohan itu maka tidak pelik banyak isu seperti Loji Air di Selangor, ladang rakyat di Kelantan membenarkan sabda Nabi saw.

Namun semua ini tidak akan berguna atau jadi tanda dan peringatan kepada mereka yang tidak beriman !

Terima kasih Wahai Nabi atas titipan berharga ini yang pasti memudahkan kami melihat malam yang gelap dengan cahaya mu yang mengiringi perjalanan kami di akhir zaman ini.


Sent from my iPad

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate