Pages

13 Disember 2012

Kesian - Deepak Jakishan Dah Mula Silap Baca Skrip Bila Bercanggah Harakahdaily & Malaysiakini cc @NajibRazak @PMO


Kes Deepak: Perang Bohong Harakah VS Malaysiakini
Nama Deepak Jaikishan tiba-tiba menghiasi akhbar-akhbar bagaikan seorang artis Bollywoodyang baru muncul dengan sebuah filem kontroversi.  Nama ini pernah disebut-sebut suatu ketikadahulu oleh Raja Petra Kamaruddinseorang penulis pro-pembangkang yang mempunyai sejarahsakit jiwa ketika mudasering mengaku sebagai seorang yang berani dan berprinsip tetapikemudiannya melarikan diri apabila tidak dapat membuktikan tuduhannya terhadap PerdanaMenteri konon terlibat dalam pembunuhan Altantuya.  Raja Petra sebelum ini menuduh Deepaksebagai ‘pengantara’ yang memperkenalkan penyiasat persendirianBalasundram kepada pihakPerdana Menteri.  Bala kemudiannya turut menjadi pelarian setelah membuat U-Turn dalamAkuan Bersumpah yang mengaitkan Perdana Menteri dengan pembunuhan Altantuya.  


Sebagai respon kepada tulisan Raja Petra itu, Deepak membuat penafian tegas di dalamMalaysiakini (http://www.malaysiakini.com/news/161382).

Mungkin tidak perlu disebut di sini bahawa Raja Petra juga kemudiannya membuat U-Turntanpa mengaku salah, bahawa beliau membuat tuduhan tersebut atas ‘suruhan’ orang tertentu danbahawa segala apa yang dituduhnya adalah palsu dan ianya dilakukan semata-mata untukmemburukkan dan menjatuhkan Perdana Menteri.  

Pendedahan Raja Petra itu mematikan terus langkah pembangkang dalam isu ini.  Namun,apabila keadaan semakin buruk bagi mereka di mana segala usaha untuk menjatuhkan kerajaandan Perdana Menteri tidak berjaya dengan demonstrasi-demonstrasi yang gagal dan memakandiri serta Anwar pula tidak ke penjaramaka pembangkang memutuskan bahawa isu Altantuyaadalah satu-satunya isu yang cukup besar yang jika dimainkan dengan baik pasti mampumembantu mereka mencapai Putrajaya.  

Justeru, SUARAM pun digunakan untuk memainkan lagi isu ini sehingga ke peringkatantarabangsa iaitu Perancis.  Pembelian kapal selam oleh Kementerian Pertahanan dijadikansandaran kes yang tiada kes pun.  Harapan pembangkangmemandangkan ia melibatkan negaralain maka penyokong mereka tidak akan tahu penipuan merekasekurang-kurangnya sehinggapilihanraya.  

Malang bagi mereka apabila pilihanraya tidak berlangsung secepat yang dijangka sehinggaakhirnya penipuan SUARAM terbongkar apabila pihak Perancis sendiri mendedahkan bahawamahkamah negara itu telah menolak aduan SUARAM sejak awal tahun lagikerana tidak berasassama sekali.  

Dengan RPK mengaku kalah, SUARAM pula kantoiisu Altantuya secara rasminya ditutup. Pakatan Rakyat pula semakin huru-hara dengan masalah-masalah dalaman yang semakin harisemakin parah manakala BN pula semakin kukuh dengan rekod ekonomi negara yangmemberangsangkan.  

Justerupembangkang begitu terdesak perlukan isu yang cukup besar untuk menutup segalakelemahan mereka sekali gus mengalihkan pandangan rakyat dari melihat rekod cemerlangkerajaan BN.  Iniditambah dengan ketandusan isu serta dendam akibat keegoan yang tercalardalam isu Altantuyamaka pembangkang memilih untuk meneruskan isu yang sama sebagaisenjata utama menghadapi pilihanraya.  

Bukan satu kebetulan nampaknya apabila ketika UMNO sedang bersidang dengan penuhsemangat di sini, SUARAM pula membuat sidang akhbar di Singapura berkenaan isu kapalselam dan Altantuya.  Lalusejurus kemudiannyaisu Deepak yang juga dari Singapura,bermula.  

Isu Deepak yang sedang berjalan di mahkamah sekarang adalah berkisar kepada tuntutan Deepakke atas projek perniagaan yang tidak menjadi yang kebetulannya memperolehi nota tangan ‘tiadahalangan’ dari Perdana Menteri.  Bagaimanapun, yang menimbulkan tandatanyaapakah hakDeepak untuk menuntut wang atas alasan pengaruh beliau yang membolehkan projek tersebutmendapat pinjaman bank?  Atas alasan apa kita dapat membuktikan elemen pengaruh?  Dan dimanakah tertulisnya hak peribadi Deepak ke atas pinjaman yang diluluskan untuk projektersebut?  

Persoalan ini terjelas sendiri apabila media pembangkang memetik kes Deepak di mahkamahdari sudut yang langsung tiada kena mengena dengan kes.  Sebaliknyakisah Altantuya dannama Balasundram pula yang menjadi tumpuan laporan mereka.  

Dalam wawancara dengan Harakah Deepak telah membuat kenyataan yang bertentangan terusdari apa yang dinyatakannya sendiri di dalam Malaysiakini sebelum ini.  

Kes perniagaan Deepak sebenarnya telah pun dijelaskan oleh Deepak sendiri sepertimana yangterakam kemas dalam kenyataannya sendiri dalam Malaysiakini pada tahun 2011 di atas. Katanyapinjaman RM600 juta yang diperolehi dari Kuwait Finance House adalah untuk sebuahpelaburan hartanah dan dijamin oleh pengarah dan pemegang saham serta bank itu sendiri. Beliau juga menjelaskan bahawa kontrak hiasan dalaman istana baru di Jalan Duta adalahdiperolehi dari kontraktor utama dan bukannya dari kerajaan. Pendek katabeliau adalah ahlipernigaan yang tulen dan tidak terlibat dalam politik.  

Deepak juga menafikan sekeras-kerasnya yang beliau mengenali Balasundram di dalamkenyataan di Malaysiakini tersebut.  Namunkini beliau nampaknya telah membuat kenyataanyang bertentangan pula kepada Harakahdaily.  

Dengan membawa kes perniagaan yang kabur dan mengaitkannya dengan isu lain yang tidakberkaitanmaka jelaslah sudah bahawa Deepak telah ditugaskan untuk meneruskan kerja-kerjayang sebelum ini gagal dibuat oleh RPK dan juga SUARAM, bagi pihak pembangkang.  
Untuk ituHarakahdaily dan Malaysiakini mungkin perlu duduk semeja terlebih dahulu untukmencari kata putussiapakah di antara mereka yang berbohongatau kenyataan Deepak yangmanakah yang akan dilaporkan sebagai pembohongan selepas ini.  

Nampaknyabukan RPK seorang sahaja yang terlalu banyak menonton filem Hindustansepertisindirian Deepak di dalam kenyataannya di Malaysiakini.  Sesiapa juga yang menulis skrip untukRPK ataupun Baladan mungkin juga Deepakjelas tidak dapat menilai sebuah penceritaan yangbaik.  Kisah pembunuhan yang berkait dengan pembelian kapal selam serta perniagaan yang takmenjadi yang berbelit sesama sendiritidak konsistenberpusing dan U-turn dua tiga kali tentumenarik untuk ditonton di panggungtetapi amatlah memualkan jika cuba disampaikan sebagaisatu kisah benar.    
Mungkin Pakatan Rakyat serta rangkaian NGO atau individu yang menjadi alat mereka,termasuk para ‘penaja mereka perlu memikirkan cara lain untuk menjatuhkan BN atau PerdanaMenteri.  Tidakkah mereka belajar dari kesilapan bahawa strategi menulis skrip fitnah untukdilakonkan oleh pelakon-pelakon upahan bukanlah strategi yang baik.  Ia mungkin bolehmembuatkan penyokong-penyokong jumud lagi tegar mereka terujatetapi lebih dari itu ia hanyamembuatkan penyokong-penyokong yang masih mampu berfikir, serta mereka yang berada diatas pagar terus lari meninggalkan mereka.  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Berikan pendapat anda sebanyak di sini.

Komen menyalahi undang-undang akan ditanggung oleh penulisnya..

Tapisan tidak dibuat di blog ini.

Cuma ulasan mencarut dan sewaktu dengannya akan dipadamkan.