Kes Deepak: Perang Bohong Harakah VS Malaysiakini
Nama Deepak Jaikishan tiba-tiba menghiasi akhbar-akhbar bagaikan seorang artis Bollywoodyang baru muncul dengan sebuah filem kontroversi. Nama ini pernah disebut-sebut suatu ketikadahulu oleh Raja Petra Kamaruddin, seorang penulis pro-pembangkang yang mempunyai sejarahsakit jiwa ketika muda, sering mengaku sebagai seorang yang berani dan berprinsip tetapikemudiannya melarikan diri apabila tidak dapat membuktikan tuduhannya terhadap PerdanaMenteri konon terlibat dalam pembunuhan Altantuya. Raja Petra sebelum ini menuduh Deepaksebagai ‘pengantara’ yang memperkenalkan penyiasat persendirian, Balasundram kepada pihakPerdana Menteri. Bala kemudiannya turut menjadi pelarian setelah membuat U-Turn dalamAkuan Bersumpah yang mengaitkan Perdana Menteri dengan pembunuhan Altantuya.
Sebagai respon kepada tulisan Raja Petra itu, Deepak membuat penafian tegas di dalamMalaysiakini (http://www.malaysiakini.com/news/161382).
Mungkin tidak perlu disebut di sini bahawa Raja Petra juga kemudiannya membuat U-Turntanpa mengaku salah, bahawa beliau membuat tuduhan tersebut atas ‘suruhan’ orang tertentu danbahawa segala apa yang dituduhnya adalah palsu dan ianya dilakukan semata-mata untukmemburukkan dan menjatuhkan Perdana Menteri.
Pendedahan Raja Petra itu mematikan terus langkah pembangkang dalam isu ini. Namun,apabila keadaan semakin buruk bagi mereka di mana segala usaha untuk menjatuhkan kerajaandan Perdana Menteri tidak berjaya dengan demonstrasi-demonstrasi yang gagal dan memakandiri serta Anwar pula tidak ke penjara, maka pembangkang memutuskan bahawa isu Altantuyaadalah satu-satunya isu yang cukup besar yang jika dimainkan dengan baik pasti mampumembantu mereka mencapai Putrajaya.
Justeru, SUARAM pun digunakan untuk memainkan lagi isu ini sehingga ke peringkatantarabangsa iaitu Perancis. Pembelian kapal selam oleh Kementerian Pertahanan dijadikansandaran kes yang tiada kes pun. Harapan pembangkang, memandangkan ia melibatkan negaralain maka penyokong mereka tidak akan tahu penipuan mereka, sekurang-kurangnya sehinggapilihanraya.
Malang bagi mereka apabila pilihanraya tidak berlangsung secepat yang dijangka sehinggaakhirnya penipuan SUARAM terbongkar apabila pihak Perancis sendiri mendedahkan bahawamahkamah negara itu telah menolak aduan SUARAM sejak awal tahun lagi, kerana tidak berasassama sekali.
Dengan RPK mengaku kalah, SUARAM pula kantoi, isu Altantuya secara rasminya ditutup. Pakatan Rakyat pula semakin huru-hara dengan masalah-masalah dalaman yang semakin harisemakin parah manakala BN pula semakin kukuh dengan rekod ekonomi negara yangmemberangsangkan.
Justeru, pembangkang begitu terdesak perlukan isu yang cukup besar untuk menutup segalakelemahan mereka sekali gus mengalihkan pandangan rakyat dari melihat rekod cemerlangkerajaan BN. Ini, ditambah dengan ketandusan isu serta dendam akibat keegoan yang tercalardalam isu Altantuya, maka pembangkang memilih untuk meneruskan isu yang sama sebagaisenjata utama menghadapi pilihanraya.
Bukan satu kebetulan nampaknya apabila ketika UMNO sedang bersidang dengan penuhsemangat di sini, SUARAM pula membuat sidang akhbar di Singapura berkenaan isu kapalselam dan Altantuya. Lalu, sejurus kemudiannya, isu Deepak yang juga dari Singapura,bermula.
Isu Deepak yang sedang berjalan di mahkamah sekarang adalah berkisar kepada tuntutan Deepakke atas projek perniagaan yang tidak menjadi yang kebetulannya memperolehi nota tangan ‘tiadahalangan’ dari Perdana Menteri. Bagaimanapun, yang menimbulkan tandatanya, apakah hakDeepak untuk menuntut wang atas alasan pengaruh beliau yang membolehkan projek tersebutmendapat pinjaman bank? Atas alasan apa kita dapat membuktikan elemen ‘pengaruh’? Dan dimanakah tertulisnya hak peribadi Deepak ke atas pinjaman yang diluluskan untuk projektersebut?
Persoalan ini terjelas sendiri apabila media pembangkang memetik kes Deepak di mahkamahdari sudut yang langsung tiada kena mengena dengan kes. Sebaliknya, kisah Altantuya dannama Balasundram pula yang menjadi tumpuan laporan mereka.
Dalam wawancara dengan Harakah Deepak telah membuat kenyataan yang bertentangan terusdari apa yang dinyatakannya sendiri di dalam Malaysiakini sebelum ini.
Kes perniagaan Deepak sebenarnya telah pun dijelaskan oleh Deepak sendiri sepertimana yangterakam kemas dalam kenyataannya sendiri dalam Malaysiakini pada tahun 2011 di atas. Katanya, pinjaman RM600 juta yang diperolehi dari Kuwait Finance House adalah untuk sebuahpelaburan hartanah dan dijamin oleh pengarah dan pemegang saham serta bank itu sendiri. Beliau juga menjelaskan bahawa kontrak hiasan dalaman istana baru di Jalan Duta adalahdiperolehi dari kontraktor utama dan bukannya dari kerajaan. Pendek kata, beliau adalah ahlipernigaan yang tulen dan tidak terlibat dalam politik.
Deepak juga menafikan sekeras-kerasnya yang beliau mengenali Balasundram di dalamkenyataan di Malaysiakini tersebut. Namun, kini beliau nampaknya telah membuat kenyataanyang bertentangan pula kepada Harakahdaily.
Dengan membawa kes perniagaan yang kabur dan mengaitkannya dengan isu lain yang tidakberkaitan, maka jelaslah sudah bahawa Deepak telah ditugaskan untuk meneruskan kerja-kerjayang sebelum ini gagal dibuat oleh RPK dan juga SUARAM, bagi pihak pembangkang.
Untuk itu, Harakahdaily dan Malaysiakini mungkin perlu duduk semeja terlebih dahulu untukmencari kata putus, siapakah di antara mereka yang berbohong, atau kenyataan Deepak yangmanakah yang akan dilaporkan sebagai pembohongan selepas ini.
Nampaknya, bukan RPK seorang sahaja yang terlalu banyak menonton filem Hindustan, sepertisindirian Deepak di dalam kenyataannya di Malaysiakini. Sesiapa juga yang menulis skrip untukRPK ataupun Bala, dan mungkin juga Deepak, jelas tidak dapat menilai sebuah penceritaan yangbaik. Kisah pembunuhan yang berkait dengan pembelian kapal selam serta perniagaan yang takmenjadi yang berbelit sesama sendiri, tidak konsisten, berpusing dan U-turn dua tiga kali tentumenarik untuk ditonton di panggung, tetapi amatlah memualkan jika cuba disampaikan sebagaisatu kisah benar.
Mungkin Pakatan Rakyat serta rangkaian NGO atau individu yang menjadi alat mereka,termasuk para ‘penaja’ mereka perlu memikirkan cara lain untuk menjatuhkan BN atau PerdanaMenteri. Tidakkah mereka belajar dari kesilapan bahawa strategi menulis skrip fitnah untukdilakonkan oleh pelakon-pelakon upahan bukanlah strategi yang baik. Ia mungkin bolehmembuatkan penyokong-penyokong jumud lagi tegar mereka teruja, tetapi lebih dari itu ia hanyamembuatkan penyokong-penyokong yang masih mampu berfikir, serta mereka yang berada diatas pagar terus lari meninggalkan mereka.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan