Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

20 April 2013

Belantan: Calon @BarisaNasional Pasir Mas (Che Johan) Tarik Diri Demi KALAHKAN PAS #TUKAR Kelantan



PASIR MAS 20 April - "Saya memohon maaf kepada Presiden UMNO dan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Najib Tun Razak kerana menarik diri daripada dicalonkan dan saya bersedia untuk menerima apa jua hukuman." 

Demikian luahan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Pasir Mas, Che Johan Che Pa selepas tidak menyerahkan borang pencalonan pada proses penamaan calon Pilihan Raya Umum Ke-13 bagi kerusi Parlimen Pasir Mas di sini pagi ini. 

Tindakan Che Johan itu menyaksikan 'mentor politiknya' Datuk Ibrahim Ali akan bertanding satu lawan satu menentang anak Mursyidul Am Pas, Nik Mohd. Abduh Nik Abdul Aziz.

Che Johan berkata, beliau mengambil keputusan itu bagi memastikan Pas tewas di kerusi tersebut dan membantu BN mendapatkan majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat. 

Serentak dengan itu, beliau menyeru kepada semua pihak supaya memberikan sokongan sepenuhnya kepada Ibrahim dan semua calon BN di tiga kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Pasir, Tendong dan Chetok.
  
"Selepas mendapat tahu Ibrahim mencalonkan dirinya dan saya pasti pagi tadi selepas saya melihat beliau menyerahkan borang pencalonan, maka saya menarik diri daripada bertanding di Parlimen Pasir Mas untuk mengelak pertandingan tiga penjuru kerana semua tahu pertembungan tiga penjuru amat sukar untuk BN menang di sini. 

"Jadi saya mengambil langkah untuk menarik diri lebih-lebih lagi saya melawan Ibrahim yang saya anggap seperti ayah dan mentor politik saya. Saya tidak mahu kami berdua terkorban dan dengan hati yang berat saya menarik diri bagi memastikan Pasir Mas tidak jatuh ke tangan pembangkang dan seterusnya membantu BN mengambil balik Kelantan," katanya kepada pemberita pada sidang akhbar di Pejabat UMNO Pasir Mas di sini hari ini

Banyak pihak melihat tindakan Che Johan merupakan pilihan yang tepat kerana tindakan beliau bertanding akan menyebabkan berlakunya pecahan undi diantara beliau dan Ibrahim Ali.

Situasi ini pastinya akan menguntungkan PAS.

Ramai yang percaya, jika situasi satu lawan satu di antara Ibrahim Ali dan Nik Abduh maka peluang adalahb lebih besar untuk memihak kepada Ibrahim.

Memandangkan sebelum ini secara terang-terangan Ibrahim Ali telah menyatakan sokongan kepada UMNO dan BN maka, jika Ibrahim memenangi kerusi ini pastinya akan menguntungkan BN juga.

Suara Politik
Belantan

http://belantan.blogspot.com/2013/04/tidak-serah-borang-calon-bn-pasir-mas.html?utm_medium=twitter&utm_source=twitterfeed


Panglima : Syabas kepada pejuang sejati Umno ini. Mengundur diri walau dicalonkan demi masa depan parti dan anak Kelantan agar rejim PAS dapat dijatuhkan.

Sent from my iPad

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

syabas che johan. anda satu dalam seribu. tok jib kalau nak hukum pun jangan yang berat2 sebab dia membuat keputusan mendahulukan parti

Tanpa Nama berkata...

Inilah prinsip ahli politik yang matang tahu menganalisa situasi politik yang menguntungkan BN tidak seperti setengah calon yang menggunakan wincable instead winnable.
































Tanpa Nama berkata...

tahniah kepada yang memahami situasi walaupun mempunyai borang pencalonan.malangnya ada juga yg tak memahami situasi dengan mencalonkan diri sendiri meskipun tidak dipilih parti.inilah sifat anwar satu ketika dulu bila berada dalam parti.lebih mementingkan diri drpd ummah.diharap penyokong tidak mengundi calon yg melantik diri sendiri seperti kiram III.

Cari Blog Ini

Translate